Monthly Archives: February 2012
Adnan Saad Ketuai Gerakan Jatuhkan Azizan Abdul Razak
Nama Adnan Saad sebelum ini tidak begitu dikenali. Di kalangan orang PAS Kedah pun, nama Adnan Saad agak terasing. Ketiadaan jawatan kecuali sebagai Penyelaras DUN Bakar Bata (PAS) selain kurangnya promosi, menjadikan Adnan Saad bagaikan orang asing dalam kepimpinan PAS Kedah.
Bagaimanapun, kemelut kepimpinan PAS Kedah menyaksikan nama Adnan Saad tiba-tiba terpacul. Adnan Saad yang menjadi dalang grup Anwarinas, kini mengetuai gerakan menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.
Adnan Saad mengetuai kumpulan yang diberi nama JAWATANKUASA BERTINDAK SELAMATKAN PAS KEDAH. Kumpulan tersebut bermatlamat merealisasikan penyingkiran Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.
Dr.Dzulkefly Ahmad Semakin Mengarut
Kelab Anwarinas merupakan kelab yang paling berkuasa atau setidak-tidaknya cuba menonjolkan kekuatan mereka. Kumpulan ini tidak sahaja wujud dalam Parti Keadilan Rakyat, tetapi merebak dalam Parti Islam SeMalaysia dan yang paling tidak disangka-sangka, di dalam UMNO.
Dr.Dzulkefly Ahmad, salah seorang pemimpin PAS Pusat merupakan antara anggota Kelab Anwarinas yang galak memperkenalkan liberalisme dan keterbukaan dalam PAS.
Anehnya, keterbukaan yang dianjurkan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad turut mendapat perhatian daripada ahli-ahli PAS sendiri. Kalau dahulu, PAS pernah kecoh kerana ingin mengubah perkataan KEBANGSAAN kepada ISLAM sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaannya sekarang, nampaknya sekali lagi perlu ditukar bagi memungkinkan perlantikan seorang Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam.
Berkecamuknya PAS Di Kedah
Pertanyaan / Komen: MB Kedah/Ustaz Azizan;
“Saya pun nak buat kejutan juga”…. persoalannya?
Phahrolrazi/Exco kanan;
“Bagi buah masak cukup dulu, baru boleh buat kenyataan”…..
persoalannya?
Dr Ismail Salleh/Exco kanan;
“Tanya MB(Menteri Besar), beliau tahulah kot, saya tidak tahu apa-apa, jadi
tak mahu kata apa-apa lagi”
persoalannya?
Hj Hadi Awang/Presiden PAS;
“Hak negeri untuk pilih siapa yang layak. Lantik orang baru atau gugur
(orang lama) juga perkara biasa”.
persoalannya?
Sokong Juga Walaupun Haram Hanya Kerana Pakatan Rakyat

Seolah-olah telah menjadi satu trend di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat. Sebarang perkara negatif yang terpalit ke tubuh badan para pemimpin Pakatan Rakyat, akan segera dibasuh dan disucikan. Dan pada masa yang sama, segala tuduhan negatif tersebut akan dihamburkan semula kepada pihak lawan iaitu UMNO dan Barisan Nasional.
Itulah yang berlaku dalam dua KRISIS PAKATAN iaitu krisis kepimpinan di Kedah dan kontroversi khalwat Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Selangor yang bertaraf EXCO, Badrul Amin Bahrom.
MB Diarah Bercuti, Taulan Ambil Alih Tugas MB Kedah
Lapan orang Exco telah dilantik semula. Manakala dua orang lagi Exco yang sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco Kedah yang ‘diperbaharui’, tetap tidak bersama-sama barisan Exco berkenaan.
Taulan Mat Rasul dan Hamdan Che Khalib yang sebelum ini turut bersama-sama dalam kumpulan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, rupa-rupanya kecut perut apabila diancam akan diambil tindakan disiplin oleh PAS Pusat.
PAS akan mengeluarkan surat penolakan Exco oleh Phahrolrazi dalam Malaysiakini. Tujuannya mudah, PAS mahu rakyat Kedah melihat dan menghilangkan persepsi bahawa PAS Kedah sedang bergolak dengan hebat. PAS Kedah hendak menimbulkan tanggapan bahawa penolakan jawatan Exco oleh Phahrolrazi adalah disebabkan faktor enggan disambung tugas dan tanggungjawab sahaja walaupun sebenarnya Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang telah ‘merampas’ tugasnya sebelum ini.
Hanya Bertuala Ketika Ditahan, Badrol Amin Memalukan PKR

PKR yang sedang dalam program RETREAT di Kuantan Pahang sambil menantikan esok untuk demonstrasi menentang Lynas, terpalit dengan sejarah yang amat memalukan. Sekali lagi, PKR terpalit dengan masalah moral yang teruk di kalangan para pemimpinnya. Bermula dengan masalah moral yang melibatkan Ketua Umum Anwar Ibrahim, ADUN Bukit Lanjan, Khalid Ibrahim, kini melarat pula kepada pemimpin-pemimpin peringkat bawahan seperti Badrulamin Bahrom.
Phahrolrazi Gugur! Taulan Kempunan!
Berita yang baru diterima menyatakan Menteri Besar Kedah telah mempunyai senarai pendek Exco sekiranya kumpulan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi terus tunjuk keras kepala. Menurut maklumat, Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail tetap berkeras untuk tidak dilantik semula sebagai Exco negeri. Manakala Dr. Hamdan Che Khalib yang mempunyai skandal video seks dan Taulan Mat Rasul, besar kemungkinan akan digugurkan daripada jawatan Exco yang mereka sandang sekarang.
Dua orang ADUN PAS yang bakal membarisi barisan Exco Negeri menggantikan kumpulan yang
keras kepala itu adalah Md. Zuki Yusuf, ADUN Kuala Ketil, Yahya Abdullah ADUN Jeneri, Rosidi Osman ADUN Bukit Pinang dan Mohd Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan.
Keempat-empat mereka berada dalam senarai pendek Menteri Besar Kedah.
Cubaan untuk mendapatkan campurtangan daripada PAS Pusat juga nampaknya tidak akan berjaya. Ini adalah kerana PAS Pusat tidak mahu masuk campur lagi dalam isu Menteri Besar Kedah. Terpulang kepada Azizan Abdul Razak untuk menyelesaikan isu ini.
26 Februari 2o12, atas arahan Azizan Abdul Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Pejabat Perhubungan PAS Kedah sedang berkira-kira hendak menggantung tugas Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Kedah iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh.
Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Adnan Saad dan kumpulannya.
Maklumat yang baru diterima pula menyatakan Cikgu Johari dan Ustaz Yahya telah dilantik sebagai Exco baru Kedah menggantikan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh.
Nik Aziz Jadi Ghapla Jingga Kepada Phahrolrazi!
Satu pertemuan tertutup telah diadakan antara Exco Kedah dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Februari 2012 di Seri Mentalon, Alor Star. Antara Exco yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Dr. Hamdan Che Khalib, Taulan Mat Rasul, Abdul Ghani Ahmad dan Amiruddin Hamzah.
Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah diminta pendapatnya berhubung keengganan Exco-Exco tersebut untuk terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Nik Aziz diharapkan mampu memberikan penyelesaian kepada kemelut yang sedang melanda kepimpinan Kedah. Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan yang dibuat dengan Mursyidul Am PAS itu, Phahrolrazi dan tiga orang kawannya yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak, tidak berjaya memperolehi apa yang mereka inginkan.
Dalam pertemuan berkenaan, Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Taulan Mat Rasul melahirkan rasa tawar hati untuk terus memegang jawatan Exco. Jika dikehendaki, mereka ingin terus memegang jawatan dalam parti, tawaran untuk jawatan Exco, mereka akan tolak dan begitulah sebaliknya.
Suara hati ketiga-tiganya itu amat mudah difahami. Ketiga-tiganya telah tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka selaku Exco dengan berkesan. Sebaliknya, ketiga-tiga Exco ini kerapkali menimbulkan masalah kerana kekerapan mereka melancong ke luar negara dengan menggunakan wang negeri. Pada masa yang sama, banyak kerja-kerja negeri yang tidak dapat diselesaikan oleh Exco-Exco berkenaan, sebaliknya taraf hidup mereka pula yang kelihatan berubah secara drastik.
BADROL AMIN BAHAROM DITANGKAP KHALWAT!!!

Badrol Amin Baharom, ustat PKR yang telah mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi, telah ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Badrol Amin Baharom dicekup berkhalwat dengan isteri orang bernama Zatiwani, juruteknik Kolej Komuniti.
Badrol Amin Baharom merupakan antara pemimpin PKR yang sedang dalam proses RETREAT di Kuantan selama tiga hari.
Ini macam punya RETREAT, memang bagus punya sampaikan bini orang pun main hentam semacam.
Menurut maklumat, Badrol Amin Baharom dan pasangan khalwatnya ditangkap di Swiss Garden, Pahang oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang!
Phahrolrazi Zawawi Dapat Nasihat Anwar Sebelum Kosongkan Pejabat
Phahrolrazi Zawawi mengetuai Taulan Mat Rasul, Hamdan Che Khalib dan Dr. Ismail Salleh memulau perlantikan semula Exco pada 28 Februari atau Selasa ini biarpun para penyokong dan pemimpin PAS cuba menafikan pergolakan hebat yang sedang berlaku di Pejabat Menteri Besar Kedah.
Phahrolrazi yang merupakan Exco Perumahan Tempatan sudah lama tidak sabar-sabar untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak yang dilihatnya sebagai Menteri Besar Kedah yang sangat lemah dan tidak mampu bertindak. Disokong oleh Mahfuz Omar, Phahrolrazi Zawawi berasakan tindakannya itu mendapat restu daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Jom Berkunjung Ke Pusat-Pusat Maksiat Dan Persundalan Di Kedah
Antara kerja Exco tertentu yang kemaruk nakkan jawatan Menteri Besar ialah membanyakkan pusat-pusat persundalan dan hiburan di seluruh Kedah. Apabila rakyat bising, maka segala taik itu akan tertumpuk ke kepala Menteri Besar. Akan dikatakan kononnya Menteri Besarlah yang punya angkara sehingga Kedah yang dahulunya susah nak cari pusat hiburan, sekarang ini bersepah-sepah pusat hiburan dan persundalan walaupun pentadbirannya adalah diketuai oleh Azizan Abdul Razak dari kem Ulama PAS.
Kemelut Di Pejabat Menteri Besar Kedah Semakin Meruncing
Azizan Abdul Razak terus dibelasah dari segenap arah oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri. 28 Februari semakin mendekat. Namun kemelut di Pejabat Menteri Besar Kedah belum memperlihatkan tanda-tanda akan reda.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang cuba meredakan kemelut tersebut dengan menyatakan bahawa segala yang berlaku di Kedah, bukanlah perkara besar. Penafian masih cuba dilakukan sekalipun penafian berkenaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah menambahkan lagi lawak dalam PAS Kedah.








