Monthly Archives: March 2012

Israel dan Zionis: Dua ‘Fatwa’ Berbeza Untuk Senangkan Hati Anwar Ibrahim

Setelah Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat menyatakan yang beliau “menyokong usaha melindungi Negara Israel”, dengan tidak semena-mena, Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan, “Umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi yang tidak berpandangan Zionis.”

Dan kemudiannya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata pula bahwa, “Yahudi tetap haram dan apa bentuk urus niaga dengan mereka menghasilkan sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung umat Islam Palestin”.

Tetapi, kemudian lagi pula, Nasruddin menafikan kenyataannya sendiri dan memberi alasan bahawa ianya telah dipetik separuh sahaja oleh Sinar Harian. Beliau juga ‘memperbetulkan’ kembali apa yang dilapor oleh Sinar Harian dengan hujah-hujah yang menyamai hujah Hadi iaitu tidak salah berurusniaga dengan Yahudi yang tidak memusuhi umat Islam dengan memberi contoh bagaimana Rasulullah S.A.W berniaga dengan Yahudi.

Hadi dan Nasrudin boleh membelit dan boleh menepis kata-kata mereka sendiri semahu-mahunya.

Tetapi, mereka tidak boleh menepis sejarah. Kita tidak pernah lupa bagaimana mereka telah melabel kerajaan sebagai Zionis dan Tun Dr. Mahathir sebagai Firaun apabila buah pisang kaki Israel dibawa masuk dari Singapura pada tahun 2000. Bukankah ini juga merupakan hubungan dagang dengan Yahudi yang tidak memusuhi kita? Kenapa dulu haram dan sekarang halal?

Dan kita juga tidak lupa dengan drama PAS dan PKR meroyan dan histeria sakan apabila BN menggunakan khidmat syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan orang Yahudi, iaitu APCO sehingga melabelkan konsep 1Malaysia sebagai 1Israel. Walaupun telah diterangkan berkali-kali bahawa APCO bukan milik Yahudi dan Malaysia tidak pernah berhubungan dagang dengan Israel tetapi PAS dan PKR terus melompat-lompat di parlimen dan di jalanraya menolak hujah bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis.

DAP To PAS: I’m Your Boss!

The meeting point between DAP, PKR and Pas who then made the PR (was not registered) was only based on the factor that BN was their enemy, not because they want to take care of the rakyat or even developing the nation.

The internal fight that goes in Pakatan Rakyat nowadays include the fight for DUN and Parliamentary seats between Kedah DAP and Pas is only one of the hundreds of proofs that show PR would be dead by the coming 13th GE.
According to Kedah DAP Chairman, Lee Guan Aik who is also Kota Darul Aman ADUN, if Pas fails in giving more seats in the next GE, a fight between three corners would occur.

The threatening statement does not only trigger rage among Pas supporters, it also questions the position of DAP in PR that is seen that they are trying to dominate the pact.

Seems that Pas’s supporters just realized how arrogant DAP is in keeping their interest instead of the interest for all.

In BN, the same issue would still be there, but solutions would be discussed together as BN is the party that came from the Perikatan party that was established through good intentions to help the people and to reach Independence for the nation.

Tuntutan Rasis dan Mengarut Dong Zhong!

Kita mula melihat bagai ada sesuatu yang lebih dalam sifat Dong Zhong dari sekadar pertubuhan yang berteraskan akademik. Dong Zhong seolah-olah satu ‘agama’ di mana kaum Cina hanya akan menurut setiap rentak yang dimainkan mereka tanpa berfikir dua kali mengenai kerasionalan ataupun akibat darinya.

Dengan bantahan terbaru Dong Zhong, kaum Cina tidak lagi boleh menafikan bahawa Dong Zhong atau diri mereka sendiri, majoritinya, adalah bersifat rasis tegar.

Tidak ada sebuah pertubuhan pun yang menjadikan pemisahan antara kaum di sekolah sebagai matlamat utama, selain pertubuhan Dong Zhong.

Dan bagi melonjakkan pemisahan kaum ini ke tahap yang lebih tinggi, Dong Zhong sekarang mendesak agar tiada guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibekalkan di sekolah-sekolah Cina. Dalam ertikata lain, pertubuhan ini enggan menerima guru dari kaum lain kerana sudah tentulah kaum Cina sahaja yang fasih berbahasa Mandarin.

Dong Zhong tetap mengemukakan bantahan ini walaupun mereka tahu bahawa tidak ramai kaum Cina yang berminat menjadi guru yang mana menjadikannya mustahil bagi kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka. .

Justeru, apakah motif sebenar di sebalik drama protes ini sehingga menyebabkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, diserang?

DAP Kiasu Terus Kacau PAS Kedah

Sudah ada teori yang mengatakan, pertembungan antara pemimpin-pemimpin PAS di Kedah sebenarnya bukanlah disebabkan tangan-tangan ghaib UMNO-BN, sebaliknya dilakukan oleh DAP yang bijak menyorok dan kemudian menyalahkan UMNO-BN sebagaimana yang mereka lakukan di seluruh Malaysia.

Kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini dikaburi dengan idealistiknya idea-idea DAP, tidak dapat melihat bahaya yang dibuat oleh DAP terutama dalam memastikan hemegoninya mereka dalam Pakatan Rakyat dan politik di Malaysia.

Konflik antara PAS dan UMNO memang sudah sah terdapat tangan ghaib DAP di dalamnya. Perhatikan sahaja bagaimana DAP yang menjadi pihak yang paling kelam-kabut menentang Kerajaan Perpaduan yang diura-urakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

DAP dengan menggunakan kaedah melaga-lagakan PAS dan UMNO dengan alasan-alasan yang adakalanya cukup dangkal dan menyedihkan. Sudah berulang kali DAP menyatakan perasaan tidak senang mereka terhadap kerjasama dan cubaan untuk berbaik-baik antara PAS dan UMNO pada sebarang masa.

nyah mazlan aliman

Mazlan Aliman..10,000 Tandatangan “Peneroka” Tu Palsu Atau Tulen?

Saya difahamkan bahawa Mazlan Aliman akan membawa sebanyak 10,000 tandatangan “peneroka” Felda yang membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia esok di Putrajaya. Lebih 10,000 “peneroka”? “Ramai” bukan?

Menurut rencananya, Mazlan Aliman yang juga merupakan AJK PAS Pusat akan berhimpun di Masjid Putrajaya selepas solat Jumaat esok dan berarak beramai-ramai ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa memorandum 10,000 bantahan “peneroka” tersebut.

Begitulah susah payahnya Mazlan Aliman yang mahu menggagalkan usaha kerajaan menambah rezeki anak bangsa yang setelah sekian lama membanting tulang di tanah-tanah rancangan Felda…

Meskipun penyenaraian FGVH itu sudah dijamin kerajaan dan dijangka berpotensi memberikan durian runtuh kepada warga peneroka, Mazlan yang seolah-olah pekak itu tidak dapat menerimanya. Begitu juga dengan penjelasan demi penjelasan mengenainya telah dibuat, Mazlan Aliman tetap dengan bantahannya.

Kenapa Mazlan bertindak begitu? Ini adalah disebabkan dia adalah wakil pembangkang. Dan sememangnya resmi pembangkang yang akan membangkang apa saja rancangan kerajaan walaupun ia membawa kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat.

PARASIT PAS Kedah Makin Panas Punggung, Lancar Serangan Balas

Tiga hari lepas, Kedahan69ers.com menerima tiga e-mel yang dipercayai datangnya daripada kumpulan yang menyokong Menteri Besar Kedah dan anti-PARASIT serta ANWARINAS di Kedah. Bagaimanapun, cuma salah satu daripada e-mel tersebut disiarkan memandangkan kesuntukan ruang dan masa. Apatah lagi, dua lagi e-mel berkenaan mengandungi perkara-perkara peribadi yang mengaibkan selain tuduhan yang perlu disertakan bukti.

Berdasarkan tinjauan di sekitar Alor Star, sememangnya risalah tentang Phahrolrazi Zawawi sedang tersebar secara meluas. Bentuk dan isinya, sama seperti yang terdapat dalam artikel Kedahan69ers.com sebelum ini.

Walaupun Phahrolrazi Zawawi dan bala tenteranya mengamalkan perangai berdiam diri daripada menjawab serangan-serangan berkenaan, namun ternyata mereka tidak mati akal.

Serangan balas dilancar. Risalah yang memburuk-burukkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak pula dilancarkan dan disebarkan sekaligus menepati khabar-khabar angin selama ini yang kumpulan Phahrolrazi atau lebih tepat lagi PARASIT PAS Kedah akan melakukan pemburukan peribadi terhadap Azizan Abdul Razak, tidak bersalahan.

Ketegasan Azizan Memeningkan PARASIT!

PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar dengan diperkuatkan oleh kehadiran Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, terus pening dengan gelagat dan ketegasan yang dipertontonkan oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Dalam pada mereka sangat berharap, Azizan akan tunduk dengan tekanan daripada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim, Azizan dengan tegas memberikan isyarat kepada ketua mereka itu bahawa Pakatan tidak perlu memandai-mandai di Kedah.

Itu yang berlaku apabila Azizan dengan tegas menolak cadangan PKR dan DAP untuk menambah kerusi yang bakal mereka tandingi pada PRU akan datang. Tidak sahaja cadangan tersebut ditolak mentah-mentah, malahan Jawatankuasa Pemandu yang seharusnya memulakan tugas mereka sebagai Residen Inggeris di bumi Kedah, turut tidak dihiraukan oleh Azizan.

Sebenarnya, serba-salah kumpulan Anwarinas mudah difahami. Sokongan Melayu sebagai majoriti di Kedah adalah penentu segala-galanya. Politik di Kedah tidak boleh mengimport politik MENGHALALKAN SEGALANYA seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan anggota-anggota PARASIT PAS.

mat sabun

Ahli PAS Kedah Takkan Beri Undi Pada Pakatan Haram Disebabkan Mat Sabu?

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu jelas membuktikan bahawa kemelut yang melanda dalaman PAS Kedah di antara Pesuruhjaya PAS Negeri dan dua Timbalannya tidak juga selesai sebagaimana yang digembar-gemburkan Hadi dan Salahuddin Ayyub sebelum ini.

Kenyataan dua tokoh kepimpinan Pemuda PAS yang meminta agar Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail meletak jawatan mereka sebagai Timbalan Pesurujaya PAS baru-baru ini sepatutnya tidak timbul sama sekali jika kemelut itu selesai.

Kenyataan Mat Sabu yang mahu kedua tokoh Pemuda PAS itu diam, juga menunjukkan dia cuba menyembunyikan kemelut yang belum selesai, sekaligus menunjukkan bahawa dialah dalang sebenar yang meracun PAS Kedah agar menggulingkan kepimpinan PAS Kedah, khususnya Azizan Razak.

Dia cuba menipu dengan menyatakan bahawa perbalahan antara Azizan dengan Phahrolrazi dan Dr. Ismail bukanlah perbezaan dasar. Padahal memang mereka bergaduh kerana dasar pun. Kalau tidak, takkanlah Phahrolrazi sanggup menyebut bahawa Azizan patut letak jawatan sebab dia terlalu baik dengan UMNO!

11 DALIL PHAHROLRAZI HANYA LAYAK JADI MENTERI BESAR KUALA KEDAH

1.     SAPA LOBI ZULKIFLI NAYAN UNTUK PROJEK RM 660 JUTA…?

 2.     SAPA LULUS KEPADA PEMAJU CINA PULAU PINANG UNTUK PROJEK BERIBU-RIBU RUMAH DI KUALA MUDA TANPA RUJUK MB KEDAH…?

 3.     SAPA KENA BELI SAMPAI KUOTA RUMAH BUMIPUTRA TIDAK TERCAPAI…?

 4.     PI MANA DUIT TANAH KEDAH AGRO UNTUK PRU DAN MUASASAH…?

 5.     SAPA DAPAT BAN PASIAQ DI KAMPUNG GEH, KUALA KETIL YANG DIUSAHA OLEH YIKED…?

 6.     SAPA PI CHINA NGAN ZULKIFLI NAYAN NAK ORDER MESIN GETAH NAK GANTI BARU KONONNYA YANG ADA DI LADANG BUKIT PERAK TAK BOLEH PAKAI…?

 7.     SAPA YANG SAKIT ATI BILA SERI TEMIN DILETAK BAWAH KULIM HI-TECH…?

 8.     MAT DERIS LOSONG YANG DAPAT KAWASAN BALAK KAWAN BAIK SAPA? KEJA DIA TAMBAH KUOTA BINI DAN KOLEKSI TERKINI CINA MAKLOH KEJA DI SIRIM…

 9.     12 DARI 15 YDP KAWASAN TAK SOKONG DIA, MALAH MEMPERLECEH DIA DALAM MESYUARAT PERHUBUNGAN…

 10.  MAT SABU MAI KEDAH, MALAM KEMPEN HENTAM UMNO SIANG KEMPEN HENTAM USTAZ AZIZAN DAN BANTU MB KUALA KEDAH…

 11.  24 MAC 2012, DEPA ADAKAN PAKATAN SULIT  DI SUNGAI PETANI UNTUK JATUHKAN USTAZ AZIZAN YANG DI ATOQ OLEH HJ LATIFF (TOKEY EMAS TIMOQ)…!!!!!

 

 

 JOM PAKAT RAMAI2 SELAMATKAN USTAZ AZIZAN…….

KIRIMAN EMEL: ABDUL MAJID

azizan ijn

Azizan Bakal Dikejarkan Ke IJN Dalam Masa Terdekat..?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dijangka akan dimasukkan kembali ke Institut Jantung Negara apabila hari ini menerima tekanan lebih besar dari DAP Kedah yang tidak mahu bertolak ansur dan mahukan kerusi lebih banyak untuk DAP di Kedah pada PRU13 kali ini.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, hari ini turut memberi kata dua kepada Pesuruhjaya PAS Kedah itu untuk bersetuju dengan kehendak parti serpihan PAP Singapura itu untuk meletakkan calon DAP di Kedah mengikut selera mereka atau Azizan terpaksa berdepan dengan PAS dalam pertandingan 3 penjuru.

Katanya, Azizan selepas itu mungkin akan dituduh sebagai punca masalah Pakatan Haram kerana tidak mengamalkan “setia kawan” dengan DAP. Kononnya, DAP kini semakin kuat kerana aura “Khalifah Lim Guan Eng” di Pulau Pinang.

Azizan sebelum ini telah menegaskan bahawa PAS Kedah tidak akan tunduk kepada kemahuan DAP itu dan berikrar tidak akan memberikan lebih satu kerusi pun kepada DAP berbanding kerusi sedia ada. Kata Azizan, dia ikut kuota yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut pertandingan kerusi DUN Kedah pada PRU12, PAS bertanding di 24 kerusi, PKR bertanding di 11 kerusi dan DAP bertanding di SATU kerusi sahaja.

Azizan Makin Teruk Diserang PAS Pusat

Dalang sebenar yang melakukan serangan terhadap Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah adalah dari PAS Pusat sendiri yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Rasa-rasanya ramai yang dapat menjangkakan kaitan terus Mat Sabu dengan Zionis di Israel yang perantaranya di Malaysia adalah Anwar Ibrahim.

Selepas cubaan Anwarinas yang menggunakan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal menumbangkan Azizan Abdul Razak, kumpulan Anwarinas menggunakan pula kuasa PAS Pusat dengan kewujudan Jawatankuasa Pemandu yang ingin mengongkong Azizan Abdul Razak, sekaligus mengembalikan semula kita ke zaman penjajah Inggeris di mana Sultan-Sultan perlu menerima nasihat daripada Residen atau Pemandu yang dilantik oleh British.

Azizan Abdul Razak bagaimanapun tidak mudah melatah dengan kewujudan Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh Mustafa Ali, Mahfodz Mohammad, Asmuni Alwi, Kamaruddin Jaafar dan Halim Abdul Rahman, sebaliknya dengan tegas menyatakan Jawatankuasa Pemandu tiada hak dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campurtangan dalam pentadbiran Kedah.

mahfuz bodoh

Mahfuz Perlu Masuk West Bank Untuk Puaskan Hatinya

Meneruskan tindakan memperlihatkan kebodohan tahap maksimum, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar membuktikan tahap IQnya yang rendah apabila gagal memahami jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkenaan isu eksport produk Felda ke Palestin.

Ahmad Maslan sebelum ini menjelaskan bahawa anak syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) iaitu Felda Iffco Sdn Bhd mengeksport produknya ke Palestin dan bukannya ke Israel sebagaimana yang dituduh Mahfuz sebelum ini.

Menurut Tmbalan Menteri JPM itu lagi, kapal dagang yang membawa produk tersebut terpaksa berlabuh di pelabuhan Ashdod milik Israel ekoran Palestin tidak mempunyai sebarang pelabuhan. Dari situ, produk tersebut dibawa masuk ke Palestin.

Demi membuktikan kebengapan mindanya, Mahfuz mendakwa alasan Ahmad Maslan itu tidak boleh dipakai kononnya tiada bukti produk FISB itu sampai ke negara Palestin. Dia turut mempersoal mengenai jaminan produk tersebut sampai ke tangan penduduk Palestin.

Lebih teruk lagi, akal bodohnya itu mengandaikan Israel membayar pihak tertentu agar produk yang diekspot itu tidak sampai ke Palestin. Katanya, ada invois yang dipadam di dalam rekod Felda mengenai eksport tersebut.