Monthly Archives: April 2012
BERSIH 3.0 Semakin Menghuru-harakan!
Dari malam tadi, pelbagai fraksi yang mempunyai kepentingan, menggerakkan ahli-ahli mereka untuk berkumpul di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan jalan-jalan yang menjadi sasaran adalah Jalan Medan Pasar, Jalan Tun HS Lee, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Tengah malam tadi, sekitar 3 ribu orang penunjuk perasaan berkumpul di persimpangan Jalan Tun Perak- Jalan TAR- Jalan Raja Laut apabila hajat mereka untuk melepak di Dataran Merdeka tidak berjaya setelah pihak berkuasa tempatan memagar seluruh jalan masuk ke Dataran Merdeka.
Sehingga jam 2:45 pagi tadi, kumpulan yang berkumpul dan menyesakkan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Raja Laut, tidak sekadar melakukan provokasi terhadap kenderaan-kenderaan yang lalu lalang tetapi pada masa yang sama turut membuatkan jalan-jalan utama itu sesak teruk.
Serangan juga dilakukan ke atas sebuah bas PDRM yang melalui kawasan tersebut. Bagaimanapun, tendangan dan pukulan ke atas badan bas berkenaan hanya melibatkan beberapa orang daripada mereka sahaja. Hujan gerimis menjelang 2:30 pagi menyebabkan masing-masing mula mencari tempat berlindung dan kebanyakan pemerhati yang memenuhkan kawasan tersebut beredar dan pulang.
Mahasiswa Sendiri Tak Sokong Anwar Hapuskan PTPTN
Tinjauan dan kajiselidik yang dibuat, mengesahkan bahawa perjuangan Adam Adli yang didalangi oleh Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN tidak mendapat sokongan. Di Kedah, pendapat mahasiswa-mahasiswa di KUINS dan UUM, telah diperolehi. Hampir kesemua daripada mereka berpendapat bahawa PTPTN tidak sewajarnya dihapuskan.
Di sebalik cubaan PKR untuk menunjukkan kepada dunia kononnya, PTPTN adalah sesuatu yang bersifat zalim dan membuat aniaya kepada para pelajar serta golongan muda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, lebih ramai pula yang berpendapat PTPTN telah banyak memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka.
Sanggahan telah dibuat terhadap cadangan Anwar Ibrahim dan PKR, khususnya yang konon-kononnya untuk menjadikan PTPTN percuma kepada golongan muda menerusi pengalihan modal dan keuntungan syarikat-syarikat negara. Bahkan idea kering Anwar Ibrahim itu dianggap sebagai satu angan-angan besar yang tidak akan berjaya memandangkan tidak ada sebuah negara di dunia pun yang memberikan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya menerusi cara atau kaedah yang dimimpikan oleh Anwar kepada rakyat Malaysia.
Kerajaan PAS Kedah Suruh Pohon Lesen Pusat-Pusat Maksiat Di Kedah
Memang ‘hebat’ dan ‘sejahtera’ negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS dan Pakatan Haram. Biarpun masih banyak agenda manifesto PRU12 yang gagal dilaksanakan, Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, dilihat begitu ‘mesra rumah urut’!
Kalau dulu sebelum berjaya menjajah negeri Kedah, PAS telah bertindak mencanang mengutuk Barisan Nasional sebagai ‘kerajaan kafir’ kerana meluluskan lesen pusat-pusat hiburan dan refleksologi.
Tapi kini setelah memerintah Kedah, PAS luluskan lebih banyak pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut di negeri Jelapang Padi itu. Malah dengan pemantauan yang minimum oleh Exco yang asyik naik turun pentas berkempen ceramah politik, pusat-pusat hiburan dan rumah urut haram tumbuh bagai cendawan!
Sebenarnya, Kerajaan PAS Kedah arif dan tahu mengenai kewujudan pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut ini. Itupun setelah diberitahu dan diberi amaran oleh para pemimpin UMNO/BN di Kedah yang “kasihan” terhadap Azizan Razak yang cuba digulingkan oleh “pemimpin PAS Kedah” sendiri.
Punca Sebenar Pusat Maksiat Terus Bermaharajalela Di Kedah
Semalam, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menegur sekali lagi Kerajaan PAS Kedah ekoran tumbuhnya pusat-pusat hiburan dan kedai-kedai urut di negeri Jelapang Padi itu sejak dijajah oleh PAS pada tahun 2008.
Tidak dinafikan, memang benar apa yang didakwa Mukhriz itu. Saya sendiri terkejut melihat begitu banyak pusat-pusat hiburan dan kedai urut sewaktu di Kedah baru-baru ini.
Sebelum ini, beberapa ADUN UMNO yang bertindak sebagai pembangkang pernah bertanyakan soal meningkatnya pusat-pusat maksiat di sidang DUN Kedah. Ia dilihat begitu banyak di sekitar Sungai Petani, Kulim, Alor Setar dan beberapa bandar lain di sana.
Namun, pihak Kerajaan PAS Kedah menjawab bahawa hanya 4 (empat) buah saja pusat hiburan yang berlesen dan sedang beroperasi di Alor Setar. Persoalannya, mengapa menurut tinjauan saya tempohari, bilangannya lebih banyak dari 4 buah?
Malik “Itik” Dan Salleh Man Berebut Jawatan YDP MAIPP
Perebutan kuasa di antara Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, bukan lagi rahsia bagi rakyat di negeri Pulau Mutiara itu.
Sejak Salleh Man menang pilihanraya kecil di Permatang Pasir dahulu, Pesuruhjaya PAS itu dijanjikan jawatan besar di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Janji tersebut dipercayai untuk memancing undi dan semangat ahli-ahli PAS di negeri itu.
Antara jawatan yang dijanjikan ialah jawatan Exco yang kini disandang oleh Abdul Malik dan juga jawatan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang juga kini disandang oleh Abdul Malik yang lebih dikenali sebagai “Malik Itik”.
Akibat perebutan kuasa itu, kedua-dua pemimpin PAS dan PKR ini sering naik turun ke pejabat “Khalifah” mereka, menjilat-jilat dan mengharapkan jawatan tersebut. Bagaimanapun, Malik “itik” menang. Mungkin dia “jilat lebih” dan menggunakan pengaruh “raja liwat”…
Anwar Dan Azmin Terlalu Dayus Untuk Wan Azizah Dan Shamsidar…
Baru-baru ini bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah tampil mendesak Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalannya, Shamsidar Taharin untuk menjelaskan mengenai status hubungan anak mereka berdua iaitu Nurul Izzah dan Farah Afifah.
Menurutnya, status sebenar Farah Afifah sudah lama bermain di fikiran ramai ahli-ahli PKR yang ingin mengetahui mengenai dakwaan bahawa anak perempuan Shamsidar itu adalah hasil hubungan sulitnya dengan suami Wan Azizah iaitu Anwar Ibrahim.
Katanya, ahli-ahli PKR terpaksa mendiamkan diri dari terus mempersoalkan hal tersebut kerana takut dipecat dari parti.
Antara yang mencetus kesangsian mengenai status Farah Afifah itu ialah adik ipar Shamsisar sendiri, Ummi Hafilda Ali yang mendakwa kakak iparnya itu curang terhadap abangnya yang ke luar negara suatu ketika dahulu.
ADUN PAS Gagal Tunai Tanggungjawab Terhadap Isteri Dan Anak!
Kalau bercerita tentang tanggungjawab, para pemimpin PAS adalah yang paling hebat. Semua pihak lawan buat, semuanya nak dikritik dan dihentam, kononnya RASUAH, KRONISME dan sebagainya. Dan yang paling ketara ialah apabila para pemimpin PAS lebih sibukkan rambut isteri pemimpin parti lawan untuk dijaja-jaja di dalam setiap ceramah mereka bagi membuktikan yang pemimpin parti lawan tidak seIslam para pemimpin parti PAS.
Isteri orang dipersoalkan. Suami orang diperlekehkan. Namun apabila kena ke batang hidung sendiri, masing-masing menekup muka dan cuba menyembunyikan tembelang dan ketidakbertanggungjawaban mereka.
Itu yang berlaku apabila isteri kedua seorang ADUN di Kelantan menuntut cerai kerana suaminya yang sangat manis mulut tetapi gagal menunaikan tanggungjawabnya selaku ketua keluarga. Si isteri yang merupakan seorang Penolong Kanan sebuah sekolah di negeri Kelantan, tidak berpuas hati apabila suaminya hanya pulang dua kali dalam sebulan dan kepulangannya hanya pada sebelah malam.
Selain tidak cukup nafkah batin, si isteri juga mengadu kepada mahkamah, ADUN berkenaan tidak memberikan nafkah zahir dan perbelanjaan buat dirinya dan anak-anaknya. Bahkan ADUN berkenaan sentiasa menggunakan kedudukan dan jawatan isterinya untuk kepentingan diri.
Difahamkan, ADUN tersebut enggan menceraikan isteri keduanya itu. Sebaliknya berjanji akan berubah sikap selepas PRU13. Malangnya, si isteri sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji manis ADUN PAS tersebut kerana menurutnya, suaminya kuat berjanji tetapi tidak pernah menepati janji. (SELANJUTNYA ADA DI SINI)
Kerajaan PAS Kedah Takut Rumah Allah Cacatkan “Orchard Road Azizan”
Semalam adalah hari yang sangat mendukacitakan bagi seluruh ummah yang cintakan Islam di negara ini, khususnya umat Islam di Kedah. Apa tidaknya apabila Kerajaan PAS Kedah meletakkan harga sebuah ‘rumah Allah’ pada harga RM1.4 juta.
Mungkin itu saja harganya sebuah musolla berbanding harga sebuah komplek komersial pusat membeli belah yang direncanakan oleh Kerajaan PAS Kedah.
Semalam, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memaksa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mencari tapak baru bagi mengganti Madrasah Salihiyyah yang sudah bertapak di tengah bandaraya Alor Setar sejak lebih 100 tahun lalu.
Menurut Azizan, Kerajaan ‘miliknya’ sudah memberikan imbuhan sebanyak RM1.4 juta itu sebagai pampasan ganti rugi tanah wakaf dan robohnya musolla tersebut. Malah tapak madrasah tersebut akan dijadikan kawasan komersial seperti Orchard Road di Singapura!
Benarkah Amiruddin Hamzah ‘Ular Air’?
Pada ketika Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh dengan penuh yakin menolak untuk dilantik semula ke jawatan Exco, Amiruddin Hamzah tiba-tiba menggemparkan kem Anwarinas dan PARASIT PAS Kedah apabila bercerita tentang betapa 'hormatnya' dia kepada Azizan Abdul Razak, sekalipun dia cukup dikenali sebagai penyembah Anwar Ibrahim yang sangat tegar.
Pujian dan menjadi orang terawal untuk menerima tawaran sebagai Exco membolehkan Amiruddin dilihat sebagai orang yang boleh dipercayai. Sekaligus membolehkan tanggapan negatif terhadapnya dikurangkan. Den gan menjadikan Phahrolrazi Zawawi sebagai 'penjahat' dalam PAS Kedah dan pentadbiran negeri, Amiruddin mendapat tempat utama di sisi Azizan Abdul Razak.
'Pengorbanan' yang dilakukan oleh Amiruddin akhirnya berbaloi apabila dia masih berjaya mengekalkan jawatannya walaupun DRAMA PAS KUALA KEDAH turut menjadikan Amiruddin Hamzah sebagai salah seorang daripada pelakon yang amat hebat. Drama 'tendang-terajang' kemudian tidak mengiktiraf dan kemarahan terhadap Amiruddin kononnya telah melanggar taat setia kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Amiruddin sendiri adalah Naib Yang Dipertua Kawasan yang sama.
Sampai Bila Mahasiswa Melayu Muslim Akan Terus Diperbodoh Begini?
Sehingga semalam, hanya tinggal 25 orang saja peserta demonstrasi mansuh PTPTN yang dianjurkan oleh budak-budak kerahan Chegu Bard di Dataran Merdeka. Diketuai oleh Adam Adli, demo yang didalangi oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia itu tinggal “nyawa-nyawa ikan” terbiar di situ…
Pada mulanya, mereka cakap besar mahu menghimpun seramai 5,000 orang peserta demonstrasi di Dataran Merdeka itu. Berdegar-degar mereka mahu menakluk Dataran Merdeka menjadi seperti Dataran Tahrir di Mesir…
Tapi bila tiba tika dan dan saatnya, yang hadir hanyalah sekitar 250 orang sahaja. Jumlah itu pun dikira bersama wartawan, jurugambar, NGO yang dipercayai tidak berdaftar dan beberapa warga veteran yang diyakini bukan mahasiswa.
Tapi, kenapa hanya tinggal seramai 25 orang sahaja? 10 peratus sahaja? Mana perginya lagi 90 peratus? Balik tidur di rumah masing-masing? Mana perginya NGO-NGO dan pemimpin parti politik pembangkang yang sama-sama menjerit macam monyet bersama mereka?
PAS Kedah Lebih Pentingkan Pengkhianat Dari Tokoh Kanan Sendiri
Setelah bertindak keluar dari parti keramat UMNO yang mengharumkan nama dan memberikan kemewahan kepadanya, Datuk Seri Abdul Kadir Syeikh Fadzir buat pertama kalinya akan naik ke pentas PAS, mempamerkan pengkhianatannya.
Malam ini, bertempat di Padang Awam KEDA, di Kupang, Baling, Kadir akan bersekongkol, berceramah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta Mahfuz Omar.
Pada pandangan penulis, Kadir memang bebas untuk naik berceramah atas dasar demokrasi dan kebebasan bersuara. Lagipun, dia bukan lagi ahli UMNO. Dia cuma “bekas” ahli UMNO.
Sampai Ke Poster Pun, Azizan Cuba Diaibkan Oleh Parasit!
Perangai PARASIT dan ANWARINAS di dalam PAS Kedah sememangnya cukup menjengkelkan. Permusuhan mereka terhadap Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak tidak pernah berkesudahan. Sakitnya hati mereka kerana Azizan Abdul Razak masih belum turun-turun dari jawatan Menteri Besar Kedah, bahkan semakin kukuh kedudukannya, menyebabkan kaum PARASIT dan ANWARINAS cuba mencipta persepsi buruk di kalangan rakyat terhadap Menteri Besar Kedah itu.
Cerita-cerita tentang kesihatan Azizan Abdul Razak serta ketidakmampuannya sebagai Menteri Besar, terus tersebar di kalangan rakyat, meskipun kaum PARASIT dan ANWARINAS mengetahui tindakan mereka hanya akan mengundang masalah yang lebih besar kepada PAS.
Di sebalik amaran keras yang diberikan oleh PAS Pusat agar kaum PARASIT dan ANWARINAS tidak bertindak sesuka hati sekaligus menyebabkan PAS kehilangan peluang pada PRU akan datang di Kedah, kaum yang sangat totok serta tegar menyokong Anwar Ibrahim serta mematuhi semua nasihat DAP itu tidak menghiraukannya.
Sebaliknya mereka lebih aktif bergerak untuk melakukan desakan terhadap Azizan Abdul Razak. Semua cara telah digunakan untuk membuatkan Azizan Abdul Razak tertekan dan pada masa yang sama, cuba menunjukkan kepada rakyat Kedah bahawa Azizan sebenarnya sudah pun ‘hilang’ daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.








