Monthly Archives: May 2012

kedahan

Sepanduk “Berdarah” Buat Kerajaan PAS Kedah Dari Rakyat Baling

BALING – Kerajaan PAS Negeri Kedah dijangka semakin ‘kepanasan” apabila semakin ramai rakyat Kedah di Baling, khususnya di Mukim Kupang makin marah dan sedar tentang penganiayaan yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan negeri itu kepada mereka.

Terbaru, pihak kami menerima kiriman emel dari salah seorang anak muda dari kawasan itu bersama sekeping gambar ‘pedas’ yang dipercayai ditujukan kepada Kerajaan PAS pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu.

Menurut Ahmad Khuzairi Mohamad, 24, dari Kampung Bokbak, dia terpandang sepanduk yang bertulis “STOP BALAK! Kami cemuh dah mandi ‘A’ keroh…” di satu simpang di kawasan pelancongan Air Panas di Ulu Legong, di sini.

Tulisan di dalam bahasa daerah Baling itu bermaksud “Hentikan aktiviti pembalakan! Kami sudah bosan mandi air keruh..”.

Kelulusan Belum Diberikan, Kubur Sudah Ada Dua!

Penduduk di sekitar Sungai Kob, Karangan, terus menzahirkan penentangan mereka terhadap Memorial Park yang diwujudkan di tengah-tengah perkampungan mereka oleh sebuah syarikat tanah perkuburan. Walaupun perkara berkenaan masih lagi dalam proses kelulusan, bahkan status tanah belum lagi ditukar, syarikat berkenaan dengan bongkak dan angkuhnya mempersetankan hal berkenaan.

Pemusnahan dua buah jentolak sebelum ini, ternyata tidak memberikan sebarang impak kepada syarikat berkenaan. Bahkan syarikat pemaju berkenaan seolah-olah kebal dan mendapat perlindungan daripada Kerajaan Negeri Kedah sekalipun kawasan yang mereka jadikan sebagai Memorial Park itu terletak di atas Tanah Rezab Melayu.

kedahan 7

Lori Balak Lantikan Kerajaan PAS Kedah Punca Kemalangan Di Kampung Bokbak

BALING – Aktiviti lori mengangkut balak yang dari Hutan Simpan Gunung Inas di Mukim Kupang di sini mengakibatkan kerosakan teruk jalanraya yang menghubungkan Kampung Bokbak dengan Kampung Kuang dan Kampung Tiak.

Menurut aduan para penduduk Bokbak, Abdul Wahab Abdul Rahman, jalanraya tersebut merupaka jalan utama kepada para penduduk kampung, khususnya para pelajar yang berulang alik ke sekolah di Kampung Kuang.

“Masalahnya jadi lagu ni la jalanrayanya…lori balak dok keluar masuk..keluar masuk..dekat sini rosak satu, kat atas tu ada satu lagi tempat rosak.

“Ada satu budak accident..masuk lopak..lubang dia dalam..rosak teruk.. Semua lori balak mai kot ni. Dah banyak kali dah jalan ni depa (Kerajaan Persekutuan) repair, tapi selagi aktiviti balak tu tak berhenti, jalanraya tu rosak pulak lepas tu..,” katanya ketika ditemui petang semalam.

ADUN PAS Kupang Janjikan Geran Tanah: Geran Tak Dapat, Ratusan Ribu Wang Orang Kampung Hangus!

Baling – Petikan Video di atas merupakan kenyataan salah seorang wakil penduduk kampung di Mukim Kupang di sini yang mendakwa telah dianiaya dan ditipu oleh wakil rakyat DUN Kupang, Johari Abdullah, dari parti PAS.

Menurut Harun Jusoh, 51, seramai lebih 1,000 orang peserta yang menjadi pemohon tanah rezab Melayu di kawasan tersebut telah dijanjikan pemilikan geran tanah oleh Johari, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joe.

Harun berkata, dia telah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 17 April lalu di mana pihak Kerajaan PAS Kedah menyatakan bahawa permohonan mereka tidak dihantar kepada pejabat tanah.

Ekoran itu katanya, pejabat tanah daerah tidak mengetahui sebarang butiran permohonan, sekaligus tiada sebarang petanda yang menunjukkan bahawa permohonan tanah tersebut akan diproses oleh pihak berkenaan.

air keruh kedahan

Pencemaran Air Lata Chelak, Baling: Penduduk Kampung Cabar MB Turun Lihat Sendiri

BALING – Para penduduk kampung di sekitar kawasan Hutan Simpan Gunung Inas meradang terhadap kegiatan balak yang tidak dipantau sewajarnya sehingga mencemarkan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan harian mereka di sini.

Malah mereka mencabar agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, dan Exco Kerajaan PAS Negeri untuk turun padang melihat sendiri penderitaan rakyat di situ hasil pemerintahan “Kedah Sejahtera”nya.

Menurut mereka, sumber air yang digunakan untuk memasak, minuman, membasuh pakaian dan lain-lain kegiatan harian mula tercemar sejak aktiviti pembalakan dilakukan di kawasan tersebut pada tahun lalu.

Salah seorang wakil penduduk Kampung Iboi, Abdul Razak Che Ahmad, 51, air sungai di Lata Chelak yang menjadi sumber utama bekalan air di lima buah kampung di situ bertukar keruh dan tiada sebarang usaha dari pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah untuk mengatasi masalah tersebut.

Rasuah Azmin Ali Mula Terdedah… Rasuah Phahrolrazi Zawawi Macam Mana Pula?

Berita tentang pendedahan rasuah membabitkan Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin mula meletus semula. Lebih malang lagi ialah apabila bekas Ketua Pengarah BPR, Dato' Shafie Yahya turut terbabit sama memandangkan dia adalah orangnya yang dituduh terbabit mengarahkan agar siasatan berhubung harta dan pemerolehan Azmin Ali serta Shamsidar Taharin ditutup dan dihentikan. 

Pada tahun 2000, Shafie Yahya pernah mencanangkan kononnya dia akan mendedahkan tentang salahlaku serta penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Kononnya LAWAN TETAP LAWAN.

Mai Pulak Dah Fatwa ‘Masuk Syurga’ Dengan Duit Derma!!!


Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km. Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya. Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.

Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan:

kedahan a1

Kerajaan PAS Kedah Menipu Gambar Air Terjun Lata Celak?

BALING – Gambar di atas merupakan gambar promosi Lata Celak yang dicanangkan di seluruh Baling sebagai tarikan utama industri pelancongan tempatan yang menunjukkan keadaan asal alam semula jadi yang masih “dara”.

Gambar tersebut dirakamkan oleh Kedahan69ers.com ketika berkunjung ke daerah Baling baru-baru ini.

Jelas tertera di papantanda milik Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPENK), sebuah agensi di bawah Kerajaan PAS Negeri Kedah, dengan kerjasama dari Majlis Daerah Baling (MDB).

Namun untuk para pelancong yang baru tiba di Baling, keindahan dan kejernihan air terjun di Lata Celak mungkin menambat serta menarik hati mereka untuk berkunjung ke kawasan hutan simpan yang terletak dilereng Gunung Inas itu.

Terdesak, KUIN Kenakan RM500 Kalau Nak Main Bola Di Padangnya

Selepas skandal penyelewengan dan salahguna kuasa KUIN, nampaknya sikap melampau pihak pengurusan KUIN terus bertambah dan mengarut. Padang bola milik KUIN yang sebelum ini digunakan secara percuma oleh penduduk, kini telah dikenakan caj RM500 untuk padang dan RM500 untuk penggunaan astaka. Bayaran perlu dibuat kepada KUIN untuk satu-satu acara.

Golongan muda setempat terutama di Taman Wira, merungut kerana tidak mempunyai tempat untuk beriadah dan bersukan. Masing-masing mula membandingkan pentadbiran Barisan Nasional yang jelas lebih prihatin dan berhati perut terhadap keperluan masyarakat setempat.

Di sebalik pelbagai janji yang dibuat, PAS Kedah ternyata tidak mempedulikan tentang kebajikan rakyat Kedah pun.

kedahan A

Rakyat Baling Tuntut PAS Kedah Jernihkan Air Terjun Lata Chelak

Biar pun sudah didedahkan tentang pencemaran air di Lata Chelak yang telah menjadi keruh bagaikan “air teh ais” di Kupang, Baling, baru-baru ini, tiada tindakan pemantauan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah terhadap isu itu.

Menurut tinjauan kami di kawasan terjejas baru-baru ini, air terjun di Lata Chelak masih lagi keruh dan aktiviti pembalakan masih lagi aktif dijalankan walaupun dalam secara minimum.

Selain itu, keadaan bertambah teruk di mana beberapa kawasan di situ dikatakan mengalami tanah runtuh akibat kesan hakisan yang terhasil kerana hujan lebat di kawasan terbabit.

Para penduduk yang ditemui turut menyatakan kebimbangan mereka dengan keadaan ini di mana sekiranya tiada sebarang tindakan dari pihak berwajib, dikhuatiri keadaan di Lata Chelak itu tidak akan dapat diselamatkan lagi.

Kuota Haji Jemaah Dari Kedah Bakal Terjejas Tahun Ini!

Ramai pemimpin PAS yang terkesima dengan kenyataan dan kebimbangan dengan kuota Haji yang bakal diubah oleh Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini ekoran demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah. Bersungguh-sungguh mereka berkempen kononnya pengubahan kuota Haji Jemaah Malaysia hanyalah momokan kosong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia semata-mata. 

Hujah mereka, tiada sebarang berita tentang pengubahan kuota Haji membabitkan jemaah Malaysia di mana-mana medium maklumat Kerajaan Arab Saudi. 

Seperkara yang tidak disentuh oleh para pemimpin PAS yang giat berkempen itu ialah, kuota Haji dan Umrah jemaah dari Malaysia adalah berdasarkan jumlah penduduk di negara ini, bukannya jumlah penduduk beragama Islam seperti yang syarat kuota yang diberikan kepada negara-negara lain. Justeru, Malaysia sebenarnya diberikan keistimewaan yang sebenarnya tidak pernah diuar-uarkan oleh mana-mana medium maklumat oleh Kerajaan Arab Saudi. 

Lagi Penyelewengan Dan Salahguna Kuasa Di KUIN

'Orang Dalam KUIN' meminta agar pendedahan tentang KUIN tetap dibuat menerusi portal ini biarpun pendedahan tersebut akan mencalarkan imej Azizan Abdul Razak yang besar kemungkinan tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa pun berkenaan skandal dan penyalahgunaan kuasa di Kolej Universiti Insaniah. Menurutnya, Azizan Abdul Razak lemah bukan kerana dirinya sendiri, tetapi kerana orang-orang di sekeliling yang tidak sahaja pandai mengambil kesempatan, tetapi sentiasa memakai topeng dan pintar menyamar selain pakar memanipulasi ahli-ahli serta pimpinan PAS.

Justeru, menurut 'Orang Dalam KUIN', pendedahan ini diharap akan dapat membetulkan kembali pentadbiran Azizan Abdul Razak yang dipincangkan oleh orang-orang kepercayaan dan PARASIT-PARASIT yang menyamar sebagai pejuang PAS tetapi hakikatnya mereka adalah lintah yang tidak pernah kenyang-kenyang walaupun mendapat peluang lebih besar berbanding orang lain. 

Menurutnya lagi, pendedahan yang sama, butiran yang sama, dan data selain bukti-bukti telah dikumpulkan dengan sebahagian besar daripadanya telah diserahkan kepada SPRM untuk 'diuruskan'.