Monthly Archives: August 2012

kmcnew2

Keadaan Menteri Besar Kedah Masih Kritikal Di Kedah Medical Centre!

Semalam, Kedahan69ers.com telah menyiarkan berita tentang keadaan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang tidak sahaja gagal menghadiri rumah terbukanya pada 25 Ogos lalu, bahkan telah dimasukkan ke Bilik 418 Kedah Medical Centre yang terletak di Mukim Alor Merah Pumpong, Alor Star pada jam 4:00 pagi.

 

Diberitakan Azizan Abdul Razak telah kehilangan darah yang cukup banyak dan dipercayai telah disihir oleh pihak-pihak yang mengidamkan jawatannya selaku Menteri Besar Kedah. 
 
@baling kedah

Kenapa Doa UMNO Lain Sangat Dengan Doa PAS?

Ketika berucap kepada Imam-Imam dan AJK Masjid yang menerima bantuan daripada 1MDB mengerjakan ibadah Haji dan berada di Tanah Suci selama 47 hari, selain merasmikan mesyuarat enam Bahagian UMNO iaitu Sik, Kulim-Bandar Baharu, Baling, Padang Serai, Sungai Petani dan Merbok, Najib Abdul Razak meminta agar para Imam dan AJK Masjid yang diberi penajaan tersebut berdoa di Tanah Suci agar Allah Taala memberikan rahmat, keselamatan, kemakmuran selain dilindungi daripada sebarang malapetaka ke atas negara ini. 

 

nopic

Nallakaruppan Pun Tahu, PAS Dipergunakan Anwar Ibrahim Dalam Kes Hudud

Biarpun PAS berada dalam Pakatan Rakyat, hakikatnya PAS sentiasa bersendirian dalam perjuangannya. Walaupun PAS sentiasa bersatu hati dengan PKR dan DAP dalam isu-isu yang diketengahkan oleh kedua-dua rakan komponen dalam Pakatan Rakyat, namun dalam isu-isu yang diketengahkan oleh PAS, baik PKR apatah lagi DAP akan menentang secara berterus-terang. Malah DAP melayan PAS bagaikan musuh yang sangat merbahaya dan perlu dihapuskan.

PAS dalam pada itu, masih lagi menggantung harapan dan hayat kepada Anwar Ibrahim. Kononnya Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang baik dengan Abdul Hadi Awang dan Presiden PAS itu boleh mempengaruhi Anwar Ibrahim agar pengikut dan pemimpin PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan menyebelahi PAS dalam hal hudud.

Malangnya, seperti yang dikatakan oleh Nallakaruppan, pendirian Anwar Ibrahim tentang hudud sudah amat jelas. Dia menentang hudud tetapi bijak menyembunyikannya menerusi retorik Buku Jingga dan konsensus BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU yang telah dicapai dalam perbincangan Pakatan Rakyat yang tidak berkesudahan.

Anwar berulang-ulang kali menyatakan kononnya hudud amat baik dalam ceramahnya di hadapan khalayak umat Isalam dan kemudian menyatakan bahawa UMNO sudah amat terdesak sehingga menjadikan hudud sebagai isu politik.

Tujuan Anwar berbuat begitu amat mudah kita fahami. Anwar Ibrahim sebenarnya mahu ambil hati para pemimpin dan pengikut PAS terutama apabila pemimpin-pemimpin PAS seperti Nasharuddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS dihentam teruk gara-gara cubaannya menggunakan nama Karpal Singh untuk menipu dalam hal hudud.

Setakat memujuk, Anwar telah pun berjaya memperdayakan para pengikut PAS yang beranggapan Pakatan Rakyat lebih baik daripada Barisan Nasional. Walhal Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat langsung tidak menyokong aspirasi PAS untuk mewujudkan hudud di negara ini.

Apa pendirian dan pandangan tegas Anwar Ibrahim berhubung hudud melainkan pendirian berbolak balik dan berputar belit.

Kalau Nallakaruppan boleh meilhat kepincangan dan ketakutan Anwar Ibrahim tentang hudud yang diperjuangkan oleh PAS, 

singkir

Majlis Syura PAS Kembali Berbelit-Belit Dalam Isu Nasharuddin Mat Isa

Seperti yang dijangkakan, Nasharuddin Mat Isa sebenarnya sudah pun dihalau keluar dari PAS secara terhormat. Bagaimanapun, bekas Timbalan Presiden PAS itu bagaikan sedang menunggu strategi yang terbaik buatnya sebelum bertindak. Biarpun begitu, para pemerhati menjangkakan, PAS Pusat sedang menanggapi situasi ini dengan kaedah paling berhati-hati ekoran Nasharuddin sudah pun menunjukkan bagaimana dan apa yang boleh dilakukannya sekiranya Majlis Syura atau PAS Pusat, bahkan Mursyidul Am PAS sendiri bertindak keterlaluan menerusi kehadirannya di Padang Lumat pada 20 Ogos lalu. 

AZIZAN ABDUL RAZAK / KEDAHPAS2

Terkini: Azizan Abdul Razak Disihir Puak Sendiri!

Beberapa buah blog telah menyiarkan tentang keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah yang berada dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, tidak ada satu pun yang menjelaskan punca dan penyakit sebenar yang dihidapi oleh Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah itu. 

Maklumat yang baru diterima oleh Kedahan69ers.com menyatakan, Azizan Abdul Razak berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Bilik 418 KMC. 

b400d25a056adf3caf89d03fd8f68128

PAS Kedah Wajar Ikut Mat Sabu, Hudud Akan Dilaksanakan Ikut Demokrasi!

PAS pada awal penubuhannya pada tahun 1951 berteraskan kebenaran. Walaupun ada pihak yang menyatakan, PAS ditubuhkan akibat kekecewaan Ahmad Fuad yang gagal dicalonkan sebagai Yang Dipertua Agung UMNO atau PEKEMBAR, namun penubuhan PAS pada kala itu ada kewajarannya meskipun ia turut membabitkan campurtangan British yang mahu membahagi-bahagikan orang Melayu-Islam bagi memudahkan cengkaman mereka, ekoran teriakan mendapatkan kemerdekaan semakin kerap dan kuat dilaungkan. 

470x275x12d8526737256b9139d02bb6e3b30a29.jpg.pagespeed.ic.WP6F4Q-l4m

Akhirnya Di Tangan PAS Kedah, KUIN Dijual Kepada Syarikat Asing!

Ada penyokong Pakatan Rakyat yang bersungguh-sungguh cuba menerapkan kepercayaan bodohnya bahawa PAS di Kedah dan Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia adalah satu kebaikan serta rahmat kepada rakyat. Maka mana-mana pihak yang menelanjangkan Pakatan Rakyat, akan dikatakan sebagai bakal menerima laknat Allah Taala tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya yang sedang ditimpa laknat Allah Taala. Hati mereka telah digelapkan. Mata mereka telah dibutakan, Telinga mereka telah ditulikan dan mulut mereka telah dibisukan dengan kebenaran, kecuali untuk perkara-perkara mungkar. 

nasha1

Bukti Nasharuddin Mat Isa Ada Sokongan Kuat PAS Kedah!

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, sekarang ini sedang menjadi puaka yang amat menakutkan kaum IBLIS dan PARASIT PAS. Selain gambaran bahawa Nasharuddin Mat Isa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nasha di kalangan para penyokongnya, sedang mendekati UMNO, individu yang telah dikalahkan oleh Mat Sabu dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar yang lepas, turut dikatakan masih lagi mengusahakan Kerajaan Perpaduan yang amat dibenci oleh sekalian IBLIS dan PARASIT PAS. 

idris-ahmad

Perpaduan Dengan UMNO Hanya Buang Masa – Idris Ahmad

Bekas Ketua Penerangan PAS yang kini merupakan Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Pengkaderan PAS, Idris Ahmad yang agak popular di masjid-masjid di Kedah selatan sebagai ustaz jemputan, kembali semula dengan kenyataan-kenyataan yang tidak selayaknya keluar dari mulut seseorang yang bergelar ustaz. Malah lebih tepat lagi, kenyataan yang sebegitu rupa, hanya dituturkan oleh mereka yang langsung tidak berpengetahuan agama.

azmin-tanggang

Sebagai Anak Derhaka, Azmin Ali Tidak Layak Jadi Pemimpin

Sehebat mana pun ciri-ciri kepada seseorang untuk menjadi pemimpin, selagimana dia tidak mampu menghormati, mengasihi dan menyayangi ibunya, maka individu berkenaan tidak layak langsung diangkat sebagai pemimpin, apatah lagi sebagai wali. Malah mendekati jawatan pemimpin pun tidak dibolehkan kerana kerosakan yang akan dilakukannya jauh lebih besar daripada seorang pembunuh kejam.

nopic

Karpal Kata, DAP Tak Perlukan Undi Melayu Untuk Menang

Kesian PAS!

Karpal Singh secara berterus terang menyatakan yang DAP dan PAKATAN RAKYAT tidak langsung memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh sekaligus membuktikan bahawa PAS hanyalah marhein yang boleh diludah dan dikahak sesuka hati oleh para pemimpin DAP.

Nik Abduh, anak Nik Abdul Aziz, cucu Nik Mat cuba menyedarkan Karpal Singh dan DAP bahawa kenyataan itu menyinggung perasaan PAS yang selama ini telah bersusah payah untuk memperkenalkan PAS di kalangan pengikut PAS sehinggakan sebahagian besar pengikut PAS berpendapat DAP jauh lebih mulia berbanding UMNO.

Secara hakikatnya DAP memang tidak memerlukan undi Melayu. Tanpa undi Melayu pun, DAP menjadi dominan. Dan DAP telah membuktikan bahawa mereka tidak memerlukan PAS dan PKR dalam berpilihanraya. Sebaliknya yang memerlukan adakah PAS. DAP sudah lama bertahaluf siyasi meskipun tidak secara rasmi. Dek kerana itulah masyarakat yang diwakili oleh DAP mampu menjadi masyarakat yang cukup kuat suara dan desakannya sedangkan PAS pula hanyalah pahlawan suara yang bukan sahaja lembik tetapi sentiasa bacul dalam apa juga keadaannya.

nopic

Aidil Fitri Terakhir PAS Di Kedah!!!

Sambutan Aidil Fitri di seluruh negara, meriah walaupun Pakatan menyatakan rakyat Malaysia sengsara dan dizalimi oleh Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak.

Malah tinjauan pada malam terakhir Ramadhan di Kuala Lumpur juga sangat meriah dengan masyarakat dizalimi membeli belah dengan penuh bebas tanpa sedikit pun menunjukkan tanda-tanda yang mereka sedang dizalimi. PAS di Kedah pula semakin layu dan sayu.

Tidak seperti mula-mula menang di Kedah, PAS begitu megah dan cakap besar, sekarang ini PAS Kedah tidak ubah seperti obor-obor tersangkut di sauh.

PAS Kedah masih menaruh keyakinan yang mereka akan menang lagi pada PRU13 namun daripada pemerhatian yang dibuat sepanjang Ramadhan sehinggalah awal Syawal,

 

PAS Kedah hanya mampu berceramah sedangkan banyak isu berbangkit yang tidak dapat dijawab oleh kepimpinan PAS Kedah.

Antara isu besar yang menjadi pertanyaan kepada rakyat Kedah ialah kelulusan yang diberikan oleh kepimpinan PAS Kedah kepada syarikat PRESTAVEST untuk membuka sebuah tanah perkuburan bukan Islam terbesar di Asia Tenggara di tengah-tengah tanah rezab Melayu.

Biarpun Kerajaan Negeri Kedah dan PAS cuba memindahkan kesalahan kepada kerajaan negeri terdahulu, carian geran pula menunjukkan pertukaran status hanya berlaku pada zaman PAS, bukannya pada zaman UMNO.

Biarpun PAS cuba menyatakan bahawa UMNO yang meluluskan projek berkenaan tetapi bukti pula menunjukkan pada tahun 2007 hanya proposal yang dihantar dan permintaan tukar status tanah tetapi yang meluluskan dan membenarkan syarikat tersebut beoperasi di tanah orang Melayu adalah pada tahun 2009 iaitu pada ketika PAS menjadi kerajaan negeri. Itu isu yang diperkatakan di Padang Serai dan DUN Kulim.

Persoalan dan pertanyaan tentang campur tangan Lim Soo Nee dari PKR yang menjadi ADUN Kulim juga tidak mampu dijawab oleh mana-mana pemimpin Pakatan Kedah.

Kita tak usahlah merantau jauh sehingga ke utara Kedah. Cukup sekadar di kawasan selatan yang membabitkan Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar

Baharu. Banyak masalah yang terus dibiarkan tidak berjawab oleh kepimpinan negeri di sebalik kekerapan mereka mengadakan ceramah dan berkempen. Itu belum lagi peruntukan MARRIS dari kerajaan pusat yang telah diselewengkan sehinggakan jalan_jalanraya hanya diperbaiki setelah peruntukan tambahan diberikan iaitu selepas peruntukan awal hilang ghaib entah ke mana.

Maka wajarkah PAS Kedah mengucapkan selamat tinggal sebagai kerajaan dan Aidil Fitri ini adalah yang terakhir untuk mereka bergelar kerajaan negeri?