Monthly Archives: September 2012

ngehsial

Ngeh Koo Ham Memang Kurang Ajar!

Apabila isu sijil halal Oldtown White Coffee dibangkitkan dan ditanyakan oleh bekas Ketua Wira PERKASA, Armand Azha Hj Abu Hanifah menerusi Twitter kepada Ngeh Koo Ham. Dan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi DAP Perak itu kepada pertanyaan Armand amat menjengkelkan, sekaligus menunjukkan kebenciannya yang sangat menebal kepada Islam dan umat Islam. 

Dalam Twitternya, jelas sekali Pengerusi DAP itu mengeji kaedah Islam yang amat menitikberatkan kesucian makanan dan minuman serta punca pendapatan yang menjadi asas penting dalam fundamental Islam iaitu TAHARAH. 

images (11)

Kempen Boikot OLDTOWN WHITE COFFEE Perlu Dipergiatkan

Kempen memboikot Oldtown White Coffee yang dikatakan dimiliki oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham sedang giat dijalankan di media siber. Ini berikutan penghinaan berterusan yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham terhadap orang Islam dan agama Islam itu sendiri.

Walaupun kopitiam berkenaan menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai tenaga muda dari kalangan orang Melayu-Bumiputera, hakikatnya ketiadaan sijil halal dan keengganan kopitiam berkenaan untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM, menunjukkan bagaimana kesombongan dan keangkuhan pemiliknya walaupun boleh dikatakan pelanggan utama mereka adalah dari kalangan umat Islam. 

guan-eng-tokong-mansor

Mansor Othman Terpaksa Mengaku Untuk Kurangkan Marah Guan Eng Kepadanya

Kalaulah bukan kerana audio kutukan Mansor Othman terhadap Guan Eng telah didedahkan oleh TV3 dan blog-blog pro-UMNO, barangkali sekarang ini, Mansor Othman sudah pun menjadi mayat rentung dikerjakan dek Guan Eng. Dan kalaulah bukan kerana PRU sudah semakin hampir, barangkali Guan Eng telah mengeluarkan pelbagai arahan untuk menyekat Mansor Othman daripada memperlihatkan muka dan tubuh badannya di khalayak awam.

375843_495867280423584_2122610460_n

Dengarnya, Pakatan Rakyat Akan Gerakkan Demonstrasi Bela Dua Anggota Polis Kena Tembak Penjenayah

Kalau untuk kes Teoh Beng Hock, penyamun kereta mewah A.Kugan dan beberapa kes penjenayah lain yang telah ditembak anggota polis, Pakatan Rakyat sanggup menggerakkan dan menaikkan sentimen kemarahan rakyat atau yang mereka gelarkan sebagai 'kesedaran rakyat', dengar katanya, kali ini Pakatan Rakyat akan membuat demo besar-besaran di seluruh negara bagi membela nasib dua orang anggota polis yang cedera parah ditembak oleh penjenayah ketika sedang menjalankan tugas.

74841_533755909974764_617872342_n

Kadiaq Kempen Untuk PAS… Nak Bagi PAS Cepat Mampuslah Tu!

Kalaulah masa dia masih lagi jadi Ketua Bahagian UMNO Kulim-Bandar Baharu dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu merangkap Menteri Kabinet, Kadir Syeikh Fadzir buat perangai macam ni, mungkinlah ada nilai yang boleh diperhatikan dan disanjungi. Namun hanya setelah kegagalan demi kegagalannya, sama ada dari tahap peribadi sehinggalah kepada perniagaannya, apa yang dilakukan oleh Kadir Bow Tie, hanya menambahkan lagi luka kepada legasi yang cuba ditinggalkan di Kulim-Bandar Baharu.

Mazlan Aliman 01

Datang Ke Kedah, Mazlan Aliman Fikir Orang Kedah Semua Bodoh Belaka

Malam semalam, Pakatan Rakyat buat ceramah tanpa permit di UPU Kampung Masjid, Sungai Petani. Jumlah kehadiran, tidaklah begitu memberangsangkan walaupun pada masa yang sama, ADUN Kupang turut menumpang majlis bagi mengadakan sumbangan basikal kepada 120 orang pelajar miskin walaupun yang sebenarnya sumbangan tersebut adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ADUN Kupang sekadar mengambil nama atau kredit.

277406_250509754979133_127235530639890_983411_7816450_o

Lim Guan Eng Cuba Balas Dendam Dan Bunuh Nasharuddin Mat Isa!

Apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menggesa agar Lim Guan Eng dan DAP memohon maaf kepada umat Islam dan PAS khususnya secara terbuka berhubung tindak tanduk Lim Guan Eng yang banyak mengganggu urusan serta dasar dan prinsip PAS selama ini, maka Lim Guan Eng dengan wajah syaitan dan iblis pun berkata, Nasharuddin Mat Isa sewaktu menjadi Timbalan Presiden dahulu, boleh terima apa-apa sahaja dasar dan campurtangan DAP dalam PAS. Hanya setelah kehilangan jawatan, barulah Nasharuddin terpekik-pekik.

PRO-M

Video Pendedahan Konspirasi PKR-Pro-M Dalam Pilihanraya Kampus

Hanya kebelakangan ini sahaja, iaitu apabila Pakatan Rakyat, khususnya PKR berusaha mendapatkan sokongan daripada para penuntut pusat-pusat pengajian tinggi awam, maka pilihanraya kampus menjadi agak penting dan indeks kepada PRU yang seterusnya.

264011_347571668668604_1776802662_n

DAP Serakah Tapi Pandai Selindung Dengan Kenakan UMNO Kedah

Bijak Lim Guan Eng untuk cuba mengalihkan perbuatan jahat partinya di Kedah dengan mendesak agar UMNO Kedah menamakan siapakah Menteri Besar Kedah seandainya UMNO dan Barisan Nasional berjaya menguasai Kedah pada PRU13 nanti. Pertanyaan Guan Eng itu segera disambut oleh konco-konconya yang berpakaian PAS di Kedah. Masing-masing menjadikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Ahmad Bashah Hanipah sebagai mangsa. 

Agak menarik senario ini kalau kita perhatikan…

IMG_06031

Jahat Sungguh Mulut Pemimpin PAS Yang Mendoakan Azizan Cepat Mati!

Kalau ditengok kepada penampilannya, memang hebat sangatlah keislaman, kemukminan dan ketaqwaannya. Apatah lagi, pemimpin PAS yang dimaksudkan ini adalah seorang yang memang dah jadi kerabat masjid serta surau. Ke mana-mana pergi pun, mesti dialah jadi imam dan tukang memberi tazkirah.

Ramai yang berpendapat, pemimpin berkenaan merupakan antara individu yang mempunyai potensi dan masa hadapan dalam PAS Kedah dan PAS Pusat. Apatah lagi, pemimpin berkenaan mempunyai hubungan yang baik dan disenangi oleh DAP dan Anwar Ibrahim serta PKR.

anwar ibrahim private jet

Apa Janji Anwar Kepada Penaja Jet Peribadinya?

Anwar cuba nak buat lawak berhubung jet peribadi yang digunakannya untuk ke Labuan bersama-sama para pemimpin Pakatan Rakyat bagi menghilangkan ketegangan yang dihadapinya. Anwar cuba menyejukkan hati para penyokongnya yang mula berbelah bahagi setelah pada peringkat awal, mereka cuba menyatakan bahawa jet peribadi itu merupakan satu lagi FITNAH UMNO. Akhirnya setelah Tian Chua sendiri yang mendedahkan tentang jet peribadi berkenaan dan gambar-gambarnya, para pecacai Anwar Ibrahim yang melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang yang zuhud dan bencikan kemewahan, menutup mulut masing-masing. 

benderabaru

PAS Tukar Bendera Untuk Tarik Pengundi Bukan Melayu

Kedahan69ers.com menerima satu maklumat terbaru berhubung Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan bendera baru PAS yang akan dikibarkan sebaik-baik sahaja Parlimen dibubarkan. PAS dikatakan telah menerima bendera-bendera baru tersebut dalam jumlah yang sangat besar dan sedang diagih-agihkan kepada PAS Negeri-Negeri.

Menurut maklumat yang disalurkan kepada kedahan69ers.com, bendera berkenaan tidak lagi berwarna hijau dengan bulan penuh berwarna putih pada bahagian tengah, sebaliknya warna bendera tersebut adalah coklat kehitam-hitaman dengan bulan penuh berwarna putih.