Monthly Archives: October 2012
‘Pembunuhan’ 7 Mahasiswa KUIN Cuba Ditutup Oleh Exco Kedah
Walaupun asalnya, Kerajaan UMNO-BN Kedah pada zaman Osman Arof mewujudkan KUIN pada tahun 1995 untuk meningkatkan taraf pendidikan pondok dan pengajian agama, sekaligus menyelamatkan duit ibu bapa dari kalangan marhein yang terpaksa mengemis bagi membiayai pembelajaran anak-anak mereka di Universiti Al-Azhar, namun sebaik-baik sahaja berada di tangan PAS Kedah, KUIN telah bertukar menjadi sebuah gudang duit untuk para pemimpin PAS Kedah dan kroni-kroni mereka.
KUIN muncul sebagai salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta milik Kerajaan Negeri yang sangat bermasalah di Malaysia selepas UNISEL dan KUIS di Selangor. Pertukaran pentadbiran telah menyebabkan KUIN menjadi gudang duit oleh PARASIT dan IBLIS PAS Kedah.
Bermula dari kejatuhan Kedah ke tangan PAS, KUIN tidak ubah seperti sebuah universiti yang hanya menunggu masa untuk ditutup dan dijual kepada pihak asing.
KUIN Didapati Bersalah Menipu Dan Perlu Bayar RM1.3 Juta
Ini berita yang baru kami terima!
Mahkamah Tinggi Alor Star pagi tadi telah memerintahkan agar KUIN membayar sejumlah RM1.3 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. yang sebelum ini dilaporkan cuba ditipu oleh KUIN atas perintah Rektor KUIN, Jamil Osman dengan bantuan Timbalan Rektor HEA, Zakariya Man.
Untuk mengelak daripada membayar hutang, Rektor KUIN telah mengarahkan agar minit palsu disediakan dan ianya kemudian digunakan di mahkamah ketika melawan sebuah syarikat bernama Shake Cuisine Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi Alor Star pada 31 Julai 2012 sehingga 1 Ogos 2012. Minit mesyuarat palsu yang baru sahaja disediakan untuk perbicaraan berkenaan telah diundurkan tarikhnya menjadi 14 Oktober 2009.
Alahai Menteri Besar Kedah… Sakit Lagi Dan Tersadai Lagi Di KMC!!!
Banyak sangat isu yang dipertikaikan sehingga tidak menang tangan Menteri Besar Kedah menanganinya. Banyak sangat peluru yang ditembak sehingga tak cukup perisai Menteri Besar Kedah nak lindungkan dirinya. Sedangkan kaum PARASIT dan IBLIS PAS Kedah pula terlepas bebas. Sehinggakan Menteri Besar Kedah yang cukup popular dengan ungkapan, 'SAYA TAK TAHU', terpaksa pula menyalahkan Kerajaan Negeri terdahulu dalam usahanya membela diri.
Tindakan itu sebenarnya LEBIH KUAT MENEMBAK KAKINYA SENDIRI!
Betul Ke Pasangan Blogger Seks Akan Dipenjara Dan Didenda?
Pasangan blogger seks, Alvin Tan Jye Yee, 24, dan Vivian Lee, 23, dikatakan bakal dikenakan hukuman penjara dan didenda RM50,000 sekiranya didapati bersalah kerana memaparkan aktiviti seksual mereka di blog untuk tontonan awam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis sedang menyiasat kes pasangan berkenaan di bawah Seksyen 233 (1) (a). Sekiranya pasangan berkenaan didakwa dan didapati bersalah, mereka akan didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, polis masih belum merekodkan kenyataan pasangan berkenaan sekalipun mempunyai alamat kedua-duanya.
Menariknya, Tan langsung tidak takut dengan GERTAKAN berkenaan. Bahkan menurutnya, dia belum lagi dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.
Video Seks Anwar Dan Shamsidar Taharin Sudah Ada Atau Sudah Tersebar?
Angin tak ada, ribut tak muncul, alih-alih portal pro-Pakatan Rakyat yang diketahui amat menyayangi Anwar Ibrahim, tiba-tiba memunculkan isu yang sudah lama tidak kedengaran iaitu ISU SEKS ANWAR IBRAHIM. Dan menariknya kali ini ialah, SUARA PAKATAN RAKYAT memperkatakan tentang video seks melibatkan Anwar Ibrahim dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin yang merupakan 'milik' bekas balaci Anwar Ibrahim, Nallakaruppan.
Pun begitu, portal berkenaan memilih jalan selamat dengan hanya menimbulkan persoalan sama ada video berkenaan datangnya daripada Nallakaruppan atau dari sumber lain. Portal berkenaan juga memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut sebaliknya mengungkit tentang persediaan Pakatan Rakyat, khususnya para penyokong Anwar Ibrahim untuk berhadapan dengan isu berkenaan.
Cikainya Melayu Sungai Kob dan Penyokong Madrasah Salihiah Berbanding Berhala Besar Batu Caves
Kerana desakan dan takut undi lari, akhirnya Kerajaan Negeri Selangor menerusi anak syarikat negeri, PKNS memutuskan untuk menangguhkan atau membatalkan projek pembinaan apartment mewah 29 tingkat yang terletak tidak jauh dari Batu Caves, lokasi utama perayaan Thaipussam yang disambut oleh masyarakat Tamil beragama Hindu di negara ini.
Thaipussam bukanlah perayaan penting di tanah leluhur masyarakat Hindu, memandangkan ia hanyalah perayaan untuk masyarakat kasta yang tersangat rendah dalam hierarki Hindu. Bagaimanapun, di Malaysia, Kerajaan telah bersetuju untuk menjadikannya sebagai hari cuti perayaan.
Azizan Sengaja Menyusahkan Diri Bila Bela SUK
Azizan Abdul Razak betul-betul anti-klimaks. Di tengah-tengah kemarahan ahli-ahli PAS yang dicucuk dan dibakar oleh kaum PARASIT dan IBLIS PAS Kedah agar Rasli Basir meletakkan jawatan sebagai SUK, kerana kononnya berlaku penyelewengan kuasa serta nepostime, tiba-tiba sahaja Azizan Abdul Razak muncul dan membela SUK yang amat dimusuhi oleh penyokong-penyokong PAS di Kubang Pasu.
Rasli Basir sebelum ini mencetuskan kemarahan ahli-ahli PAS apabila bertindak menukarkan Ahmad Fisol Md. Nor, YDP Kubang Pasu merangkap Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Ahmad Fisol yang sebelum ini cukup dikenali kerana peranannya dalam PAS Kawasan, akhirnya cuba mendapatkan bantuan dan pembelaan daripada Ahli-Ahli Majlis PBT seluruh Kedah dari parti PAS yang lain kerana enggan berpindah.
Abby Abadi Dah Diiktiraf Sebagai ULAMA MUJTAHID!
Seram sejuk apabila membaca kenyataan penyokong kuat bekas pelakon, janda beranak tiga dan pernah terlibat dalam skandal liar sewaktu bergelar pelakon dahulu, Abby Abadi. Hanya kerana keberanian Abby Abadi mengeluarkan hujah dan fatwa songsang, seorang penyokongnya yang menamakan diri sebagai HIZAM HAMZI telah mengiktiraf Abby Abadi sebagai ULAMA MUJTAHID.
Dalam disiplin ilmu, terdapat empat kategori MUJTAHID iaitu, MUJTAHID MUTLAK, MUJTAHID MAZHAB, MUJTAHID FATWA dan MUJTAHID TARJIIH.

Operasi Lalang 1987 Asas Kerjasama DAP-PAS, Kata Guan Eng… Pembohong Besar!
Kalau bab menipu, memanipulasi, memperdaya dan memutarbelit sejarah, serah sahaja kepada DAP. Dari isu Melayu Pendatang, sehinggalah kerjasama PAS-DAP, para pemimpin parti chauvinist dan ultra kiasu yang mahu menghapuskan Melayu-Islam dan Bumiputera di negara ini, cukup pakar dalam mengendalikan pembohongan berkenaan. Lebih mudah lagi ialah apabila terdapat ramai Melayu dan Bumiputera yang buta perut yang sudah termakan dengan dakyah kononnya, sejarah negara ini telah diherotkan demi kepentingan UMNO dan Barisan Nasional.
Peristiwa yang mencetuskan Operasi Lalang pada tahun 1987 merupakan ulangan kepada Tragedi 13 Mei 1969 yang digerakkan dan diinisiatifkan oleh DAP yang cukup anti dengan hak keistimewaan Melayu serta kedudukan Bahasa Kebangsaan, malah yang lebih penting, Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bagaimanapun, tindakan pantas Kerajaan Malaysia pada waktu itu yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berjaya mengekang isu-isu sensitif perkauman yang dicetuskan oleh puak-puak chauvinist.
Dendam Kit Siang Pada Tragedi 13 Mei 1969, Diselindung Dengan Operasi Lalang 1987
Dalam tragedi 13 Mei 1969, Lim Kit Siang yang merupakan tenaga utama yang meniupkan semangat HALAU MELAYU BALIK KAMPUNG di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, terlepas. Sehingga sekarang, Kit Siang tidak pernah berani mahu memikul tanggungjawab kematian beribu-ribu orang penduduk Kuala Lumpur yang majoritinya berbangsa Melayu dan Cina. Sebaliknya Kit Siang seringkali menyatakan bahawa dia tidak berada di Kuala Lumpur pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969. Kit Siang tidak pernah sekali pun mahu menceritakan apakah kempen yang telah dibuatnya sepanjang tempoh berkempen bagi PRU3 pada 10 Mei 1969 itu. Kit Siang hanya berani bercakap tentang masa selepas pengumuman keputusan PRU sahaja.
Kit Siang bagaimanapun tidak begitu berani bercakap tentang dendamnya pada Tragedi 13 Mei 1969 setelah kegagalan DAP menghalau orang Melayu balik ke kampung dan kegagalan DAP menguasai pentadbiran negara setelah campurtangan Rejimen Askar Melayu Diraja dan penubuhan MAGERAN.
Rugi Balak Di Papua New Guinea, SPRM Putrajaya Patut Masuk Ke Kedah!
Nak elak apa lagi, dah memang sah rugi pun. Nak bagi alasan apa lagi, dah memang sah wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pun. Bahkan semakin jelas, PAS Kedah tidak sahaja gagal menguruskan Kerajaan dan Perbendaharaan Negeri, sebaliknya ada PARASIT dan IBLIS dalam PAS Kedah yang berpakaian seperti ahli perniagaan, menghirup darah rakyat Kedah bagaikan lintah yang sedang kelaparan.
Yang tercatat kerugian daripada projek pembalakan di Papua New Guniea, adalah RM13 juta. Bagaimanapun, daripada Laporan Ketua Audit Negara, ada keraguan berhubung pinjaman bernilai RM137 juta yang dibuat menerusi pinjaman pesisiran pantai. Lebih meragukan lagi ialah apabila pembayaran telah dibuat kepada Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London dengan jumlah RM1,6 juta daripada RM4.67 juta pada Januari 2009 sehingga Oktober 2010.
Betul Ke Ayatullah Takkan Dibenar Wujud Dalam PAS?
Sudah terlalu acap, kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS, tidak ubah seperti kenyataan si bebal yang disumbat mulutnya dengan kaki busuk. Asal boleh bagi alasan, mereka akan keluarkan kenyataan, meskipun sebenarnya kenyataan itu akan membuktikan bahawa otak mereka sentiasa berada di hujung lidah.
Itu yang dibuktikan oleh Mahfuz Omar yang cuba menafikan kebimbangan yang ditunjukkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin yang menyatakan, PAS dibimbangi akan mewujudkan Ayatollah Iran sekiranya berkuasa.
Sama ada Mahfuz Omar tahu atau tidak apa itu Ayatollah, ia mungkin boleh diragukan.



