Monthly Archives: November 2012
Wanita PKR dan AMK Yang Serang Naka, Terbakar Hidup-Hidup!
PKR di Kedah bukannya kuat sangat. Mereka hanya menang 'nasib' pada 2008 dengan 4 kerusi tetapi sembang PKR cukup deras seolah-olah merekalah penguasa di Kedah berbanding Barisan Nasional 14 kerusi dan PAS 16 kerusi. PKR seperti yang diketahui sedang berusaha untuk menambah bilangan kerusi yang mereka tandingi di Kedah walaupun secara hakikatnya, PKR sekarang sedang berada terlalu hampir dengan liang lahad bagi mengembalikan nostalgia 2004 mereka yang hanya menang 1 kerusi Parlimen.
Menerusi Wanita PKR dan AMK, PKR cuba menjajah Kedah di samping mengenepikan PAS yang turut menampilkan kekecamukan yang bukannya kecil kesan daripada perebutan jawatan Menteri Besar dan hajat untuk memancung serta memusnahkan Azizan Abdul Razak.
Anwar Arahkan Saifuddin Nasution Tarik Musa Hasan Masuk PKR?
Benarkah berita yang kami terima ini?
Musa Hasan yang baru beberapa hari lepas mendapat promosi dan publisiti daripada portal-portal serta blog-blog dan di Facebook pro-Pakatan Rakyat, sekarang ini sedang cuba ditarik masuk ke PKR oleh Anwar Ibrahim menerusi perantaraan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR?
Dalam keadaan sekarang, Anwar Ibrahim dan PKR sebenarnya sedang berada dalam kedudukan yang paling mendesak dan terdesak. PAS sudah berjaya mendapatkan beberapa orang individu yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan termasuklah dalam PDRM dan ATM. Sedangkan PKR pula nampaknya sangat ketinggalan dalam perlumbaan ini.
PAS Kedah Pelopor Rancangan Rompak Wang Tabung Angkatan Tentera
Kedahan69ers.com mendapat maklumat dari 'orang dalam' di Kompleks PAS Kedah berhubung satu konspirasi yang akan digerakkan oleh sebuah NGO yang diwujudkan oleh PAS dalam usaha mendapatkan undi daripada pesara-pesara tentera walaupun hakikatnya, PAS melihat keuntungan besar yang boleh mereka raih. Keuntungan tersebut, jauh berkali ganda berbanding KUTIPAN DERMA TABUNG MEMALI atau KOPERASI KOHILAL.
Laba yang dimaksudkan adalah LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA MALAYSIA!
Untuk tujuan tersebut, pada 23 November lalu, lebih kurang jam 3:00 petang, bertempat di Kompleks PAS Kedah, telah diadakan satu mesyuarat membabitkan sebuah NGO yang pro PAS iaitu KEBAJIKAN RANGKAIAN BEKAS ANGGOTA TENTERA (KERABAT). Jumlah kehadiran adalah 21 orang.
Sebagai Perdana Menteri, Najib Abdul Razak Memang BIADAP!
Najib Abdul Razak tidak seharusnya melabelkan Anwar Ibrahim sebagai SI KITUL MODEN. Tindakan pelabelan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia itu, menjadikan dia seorang yang biadap dan kurang ajar. Sebabnya ialah, Anwar Ibrahim bukanlah seorang SI KITUL MODEN sebagaimana yang didakwa dan dilabelkan oleh Najib Abdul Razak. Sebaliknya, dialah wira dan hero serta pejuang rakyat yang perlu disanjung dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia, termasuklah Najib Abdul Razak sendiri.
Abby Abadi Terlupa, Dia Telah Diceraikan Suaminya!
Ikon terbaru PAS yang cukup galak bercakap walaupun perkara-perkara yang dia sendiri tidak tahu, tidak faham, bahkan amat jahil mengenainya, Abby Abadi kembali memeriahkan dunia TWITTER dengan serangannya terhadap Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak.
Cerita tentang Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, takutkan isterinya bukanlah cerita baru. Bahkan cerita-cerita itulah yang menghiasi coretan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lakaran pro-Pakatan Rakyat selain di pentas-pentas ceramah. Dan nampaknya selebriti PAS yang sangat bergantung kepada bayaran ceramahnya untuk menanggung kehidupannya sekarang, Abby Abadi, turut tidak mahu ketinggalan memeriahkan cerita berkenaan.
Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa Umum Masuk UMNO?
Sudah pecah berita daripada puak-puak Pakatan Rakyat sendiri, khususnya dari kalangan mereka yang berkopiah putih tetapi berhala di dalam hatinya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bahawa satu kejutan akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok. Kejutan yang dimaksudkan adalah kemasukan beberapa orang pemimpin PAS ke dalam UMNO di mana dua orang daripada mereka adalah bekas pemimpin tertinggi PAS.
Bagaimanapun, nama kedua-dua bekas pemimpin tertinggi PAS itu tidak disebut. Puak-puak yang memberhalakan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng itu, agak berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana bimbang mereka akan menelan kahak sendiri.
PAS Kedah Ketakutan Apabila Kena Soal Bertalu-talu di DUN Kedah
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 telah pun berakhir dan ianya merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah, malah merupakan yang terakhir sebelum PRU13. Sidang Bajet selama tiga hari ini, nampaknya telah dipergunakan secara optima oleh wakil-wakil pembangkang Kedah untuk mendapatkan penjelasan serta jawapan daripada pihak kerajaan negeri yang diterajui oleh Azizan Abdul Razak.
Ramai yang menganggap dan bersetuju, sidang kali ini adalah yang paling hangat walaupun ianya tidak pernah mengatasi negeri-negeri lain.
Nik Aziz Pun Setakat Pandai Cakap, Tapi Tak Seberani Mahathir!
TAHUKAH ANDA??
1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam di sana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.
Mahdzir Khalid Cabar PAS Kedah Seret Dia Ke SPRM!
Sebelum berkuasa, PAS Kedah bukan main lagi bercakap tentang penyelewengan bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Kedah yang akan membolehkan para pengikut bersorak apabila Mahdzir diseret ke muka pengadilan. Bagaimanapun, selepas empat tahun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil, bahkan para pemimpin PAS masih lagi meneruskan ceramah tuding jari mereka seperti yang dilakukan sewaktu mereka masih jadi pembangkang di Kedah.
Menurut Mahdzir, dia tidak gentar malah mengalu-alukan sebarang siasatan dibuat terhadap dirinya berhubung penyelewengan sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.
PAS Kedah sedang tertekan dengan pelbagai kelemahan serta ketirisan dan penyelewengan pentadbiran serta pengurusan di Kedah. Bagaimanapun, PAS sentiasa menuding jari kepada pentadbiran lalu, berbanding menyelesaikan masalah yang mereka sendiri cipta walaupun dari semasa ke semasa, tuduhan-tuduhan tersebut tidak diiringi dengan pembuktian berlakunya penyelewengan.
Berita-Berita Tentang KUIN Yang Amat Ditakuti Oleh Pecacai Pakatan
Kolej Universiti Insaniah sudah setaraf dengan tong sampah yang dipenuhi dengan bangkai berulat. Baunya yang busuk, tidak lagi dapat ditutup dan diselindungi. Dan walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menafikan yang KUIN berada dalam masalah besar, termasuklah ura-ura institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu akan dilelong kepada sebuah syarikat Turki yang telah membiayai pembinaan sebuah masjid di Kampus Kuala Ketil, tetapi jangankan masjid, tiang masjid pun tidak didirikan, ianya tidak lebih daripada sekadar satu alasan semata-mata.
Yang jelas, KUIN memang bermasalah dan rakyat Kedah yang selama ini hadam dengan alasan demi alasan berlapikkan agama, mulai meluat dan mengambil jalan untuk meluahkan perasaan mereka menerusi demonstrasi kecil serta laporan-laporan polis.
Chua Soi Lek Hairan Mengapa Orang Islam Doakan Kehancuran Kepada Orang Islam Yang Lain
Tak tahulah di mana nak letak muka apabila orang bukan Islam seperti Chua Soi Lek cuba menyedarkan umat Islam di negara ini, bahawa perpecahan yang sedang berlaku akibat fahaman politik, tidak berlaku di kalangan penganut agama-agama lain. Sekaligus Presiden MCA itu ingin mengatakan teladan yang ditunjukkan oleh sesetengah orang Islam di negara ini, tidak layak untuk didabikkan sebagai dakwah atau manusia yang beriman kepada Tuhan.
Kalau Chua Soi Lek yang bukan Islam pun hairan, mengapa orang Islam seperti puak-puak PAS sanggup mendoakan kecelakaan kepada orang Islam dari kalangan UMNO, agak-agaknya agama Islam akan mendapat lebih ramai penganut baru atau tidak? Atau adakah boleh lagi dikatakan, Islam sebagai SYUMUL dan ADDIN, yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai kesejahteraan sama ada di dunia mahupun di akhirat?
Sudah tentulah tidak!
Adik Nik Aziz Yang Doakan KO UMNO-BN, Dah Mula Dilanda Kifarah
Nik Razi Nik Mat, adik Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah mula terasa bahangnya, apabila doanya ketika menjadi imam solat hajat perdana di Padang Stadium Sultan Mohamed V, Kota Bharu, beberapa malam sudah masih lagi diperkatakan di seluruh negara, bahkan di dunia. Walaupun Nik Razi dilabelkan sebagai Tok Guru, ternyata ketakutannya terhadap kecaman manusia yang dia sendiri doakan agar terhapus, musnah dan lenyap, membuatkan hatinya gentar.
Hilang sudah segala sifat tawakkal dan tawadduknya kepada Allah Taala, sebaliknya menyerlahkan sikap pembohongnya, munafiqnya dan takutnya dia kepada makhluk.
Dalam satu kenyataan, Nik Razi telah meminta agar cerita tentang doa yang dipanjatkannya dan dirinya sendiri dihentikan dan tidak lagi diberikan spekulasi. Katanya lagi, sudah cukuplah perbuatannya itu diperkatakan oleh semua media. (BACA DI SINI). Menurutnya, apa yang dilakukannya adalah POLITIK semata-mata.





