Monthly Archives: December 2012
Buat Kali Pertama, Kedah Bakal Bermenteri Besarkan Bekas Porter Lapangan Terbang Bayan Lepas
Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Kedah masih belum berakhir meskipun PRU13 sudah terlalu hampir. PAS yang cukup yakin mereka akan dapat mengekalkan kuasa di Kedah, sudah mula bercempera lagi. Amaran daripada Azizan Abdul Razak yang merupakan Menteri Besar Kedah serta Pesuruhjaya PAS Kedah bahawa PAS Kedah akan berpecah belah sekiranya, dia ditolak dari jawatan yang disandangnya sekarang, dipandang mudah serta tidak diambil peduli.
Nama-nama seperti Phahrolrazi Zawawi dan Amiruddin Hamzah serta Taulan Rasul untuk menggantikan Azizan Abdul Razak, semakin kerap diperkatakan. Namun ada perkembangan baru yang lebih menarik di Kedah.
DUN Bukit Pinang yang suatu masa dahulu dikenali sebagai DUN Langgar terletak dalam Parlimen Pokok Sena. DUN berkenaan akan menjadi medan laga dan pertembungan kuasa di kalangan para pemimpin PAS Kedah yang sangat penting pada PRU13 ini.
Zairil Khir Johari Cuba Pertahankan Kenyataan Lim Guan Eng Berkenaan Kalimah ALLAH Dalam Bible!
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang sehingga ke hari ini enggan memberitahu nama Cinanya, cuba bermain teka-teki dan menyalahkan media walaupun yang menyiarkan kenyataan awal Lim Guan Eng berhubung KALIMAH ALLAH di dalam Bible adalah dari suara rasmi DAP sendiri iaitu Roketkini.
Menurut Zairil, media telah memutarbelitkan kenyataan mudah Lim Guan Eng sekaligus cuba mempengaruhi para pembaca kononnya Guan Eng mahukan kalimah ALLAH dibenarkan guna dalam BIBLE di seluruh Malaysia sepertimana yang dilakukan di Sabah dan Sarawak menerusi AlKitab yang diperolehi dari Indonesia.
Ismu Allah merupakan salah satu daripada 40 istilah yang tidak dibenarkan guna untuk agama lain kecuali Islam.
Rakyat Kedah Bakal Hadapi Banjir Lumpur Besar
Kelantan, Terengganu dan Pahang sudah pun berhadapan dengan bencana banjir. Bagaimanapun, berbanding Kelantan, agensi-agensi kerajaan negeri di Pahang dan Terengganu lebih cepat bertindak. Manakala di Kelantan, laporan tentang BOT-BOT HIJAU hanya untuk penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sahaja, semakin kerap didengar. Dengan kata lain, walaupun musibah banjir melanda tanpa mengira parti apakah yang dianuti oleh mangsa, namun pihak berkuasa Kelantan memilih untuk menggunakan pendekatan kepartian sempit mereka.
Alasan mereka, mangsa-mangsa banjir bukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan akan diselamatkan dan diuruskan oleh agensi-agensi Kerajaan Pusat. Agensi-agensi Kerajaan Negeri hanyalah para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata.
Bagaimana pula di Kedah? Adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk berhadapan dengan musibah banjir atau peristiwa tahun 2010 akan berulang di mana, pemberian bantuan oleh para pemimpin Kerajaan Negeri ditarik balik kerana yang menerima bantuan tersebut bukannya orang PAS?
MAZLAN ALIMAN dan ANAK Seharusnya Berjuang Bela Peserta LADANG RAKYAT!
Sehari dua ini, para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya dari PAS mengkhususkan dan memperincikan peristiwa 'malang' yang telah menimpa Mazlan Aliman dan ANAK yang sedang giat memasuki FELDA-FELDA di seluruh Malaysia, termasuklah di Kedah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat FELDA untuk PAS dan Pakatan Rakyat yang telah berjanji bulan bintang kepada para peserta FELDA.
Kononnya, FELDA sekarang tidak cukup menjaga kebajikan para peserta tanah rancangan persekutuan itu. Kononnya juga, kalau FELDA jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, para peserta FELDA akan mendapat kesenangan berlipat-lipat kali ganda berbanding sekarang.
Disebabkan itulah, Mazlan Aliman yang telah mendapat mandat untuk 'membela' masyarakat FELDA daripada kepimpinan utama Pakatan Rakyat, siang malam memikirkan cara untuk mendapatkan pengaruh dan undi daripada masyarakat FELDA.
Presiden PAS Akan Mati Mata Terbuntang Kalau Tak Tarik Balik AMANAT HAJI HADI 1981
Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.
C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.
Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.
C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas.
Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981.
“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana diamengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
“Percayalah saudara-saudara sekalian.
“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”
Inilah teks apa yang dikenali sebagai “Amanat Hadi Awang 1981”. Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).
Siapa Pemimpin PAS Yang Pertama Sokong Perutusan Hari Krismas Lim Guan Eng?
Semua orang di Malaysia tahu, PAS merupakan penyokong Lim Guan Eng yang paling tegar. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, akan mendapat sokongan yang paling menyeluruh daripada kepimpinan PAS. Kalaupun Lim Guan Eng menghina dan mengkeji agama dan umat Islam, para pemimpin PAS akan berusaha mencari dalil, nas dan sebarang petunjuk yang membolehkan pembelaan terhadap Lim Guan Eng dibuat.
Paling kurang pun, mereka akan menggunakan ayat standard, 'GUAN ENG TU KAFIR, JADI TAK SALAHLAH KALAU DIA CAKAP BEGITU.'
Cetusan agar kalimat ALLAH dibenar guna dalam Alkitab berbahasa Melayu yang digunakan untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, datangnya daripada pemimpin PAS sendiri iaitu Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam ketika dia berucap di dalam sebuah gereja pada tahun 2010 ketika dia cuba menunjukkan kononnya, PAS terbuka kepada semua penganut agama.
8 Kesesatan Ketara Dikenalpasti MAIK Dalam AMANAT HAJI HADI
Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak. Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.
Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS. Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat di atas. Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya.
Khatib Merangkap Imam dan Pengerusi Masjid di Sik Baca Khutbah Sendiri Laknat UMNO!
Apabila dikatakan bahawa AMANAT HAJI HADI adalah pemecah belah masyarakat Islam dengan menjadikan golongan yang enggan mengiktiraf atau menyokong PAS sebagai mangsa, puak-puak yang membelanya segera menyatakan bahawa amanat tersebut tidak ada salah dan cacat celanya. Bahkan di dalam amanat berkenaan, tidak pula ia dirujukkan terus kepada UMNO, sebaliknya para penyokong PAS tergelak-gelak sambil menyatakan, UMNO yang terlebih perasan.
21 Disember lalu, bertempat di Masjid Pekan Sik, khatib yang merupakan imam dan pengerusi jawatankuasa masjid tersebut, Ahmad bin Hussin telah mengulangi perangai ahli-ahli PAS yang cukup suka menghentam UMNO dan terbawa-bawa dalam fahamannya bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Mengapa Resah Sangat Dengan KAFIRKAH AKU?
Nama C.N. Al-Afghani bukanlah nama besar dalam dunia penulisan politik di Malaysia walaupun telah menghasilkan hampir 20 judul. Di kalangan orang PAS pun, nama C.N. Al-Afghani kurang memberi kesan kepada mereka apatah lagi PAS sebenarnya telah menghasilkan ramai penulis-penulis propaganda untuk parti tersebut dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, C.N. Al-Afghani atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non serta karyanya mulai diperkatakan apabila dia melakukan pendedahan tentang PENYELEWENGAN BESAR-BESARAN pimpinan utama PAS membabitkan TABUNG DERMA paling menguntungkan dan paling lama iaitu TABUNG DERMA MEMALI.
Dengan bukunya, AIR MATA MEMALI yang memaparkan wajah sinis Mat Sabu pada kulit hadapan seolah-olah Cikgu Non ingin memberitahu sesuatu yang mengaitkan antara TABUNG DERMA MEMALI yang telah digelapkan dengan MAT SABU yang sekarang ini merupakan Timbalan Presiden PAS, Cikgu Non berjaya membuka mata banyak pihak, terutama sekali dari kalangan orang PAS sendiri.
Benarkah Kerana Sumpah Baiah, Fauzi Shaari Tinggalkan PAS Selepas 7 Bulan?
Sedang heboh berita tentang bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari yang kesal selepas 7 bulan menyertai PAS, dia baru sedar yang dia telah tertipu dengan slogan PERJUANGAN ISLAM PAS. Alasan kekesalannya itu adalah kerana SUMPAH BAIAH yang sebelum ini banyak diperkatakan, tetapi dinafikan dan dikatakan KARUT oleh kepimpinan utama PAS, termasuklah oleh Presiden PAS yang sekarang ini sedang menyembunyikan dirinya lantaran AMANAT HAJI HADI yang masih hangat diperkatakan.
Ramai yang membuat spekulasi, Fauzi Shaari telah tawar hati dan akan keluar dari PAS kerana SUMPAH BAIAH cerai talak tiga dengan isteri masing-masing apabila keluar dari PAS.
Benarkah spekulasi berkenaan?
Berita Pergaduhan Di Sungai Petani MENGARUT, Penduduk Tempatan Demonstrasi!
Walaupun sudah berulang-ulang kali diberitakan bahawa pergaduhan di Sungai Petani itu hanyalah pergaduhan biasa, tetapi ada yang mahukan pergaduhan tersebut berpanjangan sehinggakan ada yang pula yang membuat cerita kononnya, punca pergaduhan itu adalah disebabkan penganut Hindu hendak membakar masjid dan merampas tanah Melayu untuk mendirikan sebuah kuil di Taman Ria Jaya.
Walhal, cerita-cerita tersebut adalah MENGARUT sama sekali.
Melihat kepada perkembangan semasa yang masih belum surut dengan pelbagai cerita-cerita karut, penduduk tempatan yang sudah bosan dengan gelagat puak-puak yang mahu melihat kesengsaraan penduduk tempatan menerusi kekacauan yang tiada kesudahannya.
Sahkah Solat Maghrib Guru-Guru Pondok Apabila Muhyiddin Menjadi Imamnya?
Sudah dua hari peristiwa bersejarah ini berlalu. Tempatnya pula adalah di tengah-tengah perkampungan yang dilihat sebagai kubu kuat PAS. Lokasi yang pernah menyaksikan 27 orang terkorban dalam satu kebakaran 23 tahun lalu, akhirnya menyentapkan banyak pihak sehingga Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil keputusan untuk tidak lagi membiarkan institusi pondok bersendirian seperti sebelum itu. Sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah pondok cuba didaftarkan dan diletakkan di bawah kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Cerita tentang tragedi kebakaran di Pondok Pak Ya atau sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Agama Taufikiyah Khairiah Al-Halimiah, Padang Lumat, Yan, boleh diikuti DI SINI.
Bagaimanapun, PAS yang sentiasa membangkang dan beranggapan merekalah pejuang sekolah-sekolah agama, telah membuat hasutan secara berterusan agar tidak ada sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah pondok didaftarkan di bawah SABK memandangkan, pendaftaran dan bantuan berterusan daripada Kerajaan Pusat akan membuatkan PAS hilang genggaman dan keupayaan untuk membodoh-bodohkan masyarakat agama dan pondok.








