Monthly Archives: January 2013
Hadi Awang Tiup Air Jampi Untuk Taib Azzamuddin Bayar Balik Hutang Tabung Memali
30 Januari, dari jam 3:25 petang sehingga 3:53 petang, Hadi Awang dengan ditemani oleh Haji Rashid Hasnul yang merupakan Timbakan Ketua Cabang PKR Bayan Baru dan 8 orang pemuda Melayu disyaki Pemuda PAS melawat Taib Azzamuddin di Wad 103 Hospital Pantai.
Bagaimanapun, yang dibenarkan masuk hanyalah Hadi Awang dan Rashid Hasnul sahaja. Manakala yang lain pula tidak dibenarkan masuk oleh anak lelaki Taib Azzamuddin.
Terpaksa Guna Wang Sekolah Anak Untuk Bayar Pada Kerajaan PAS Kedah?
Sangat haru biru bila saya menerima aduan “sadis” tentang Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) yang dikatakan kini “mengamuk sakan” menyita premis-premis perniagaan milik majlis daerah tersebut.
Menurut maklumat yang diperoleh, mana-mana premis perniagaan milik MDPT yang dikesan mempunyai rekod pembayaran tertangguh pada tahun 2012, premis-premis mereka akan disita serta-merta tanpa kompromi!
Sehingga artikel ini ditulis, sumber memberitahu sudah sembilan buah premis telah disita pihak MDPT dan para peniaga yang hampir semuanya berbangsa Melayu beragama Islam telah kehilangan mata pencarian.
Keberanian Mahathir di Bosnia Yang Tidak Akan Diceritakan Pecacai Pakatan Rakyat
Satu dunia tahu tentang 'pendalangan' Tun Dr. Mahathir dalam Perang Bosnia dan Kosovo. Walaupun Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah cuba mencari dan mendapatkan bukti tentang pembabitan secara langsung Tun Dr. Mahathir dalam perang tersebut, sehingga sekarang negara-negara pengganas tersebut masih gagal memperolehinya.
Disebabkan kegagalan itulah, Mahathir sentiasa menjadi ancaman kepada mereka sehinggakan proksi Zionis perlu melantik atau melatih seseorang yang boleh menjatuhkan Mahathir, seterusnya menghukum Mahathir sepertimana yang mereka inginkan.
Anda tentu seringkali mendengar cakap-cakap Anwar Ibrahim kononnya, apabila dia menjadi Perdana Menteri nanti, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah MEMENJARAKAN TUN DR. MAHATHIR dan 'KRONI-KRONI'nya kerana kononnya mereka telah mencuri wang negara.
Berita Terbaru! Kadir Syeikh Fadzhir Bakal Ganti Nasharuddin Mat Isa
Ada pecacai PAS yang tengah meroyan sekarang apabila Kadir Syeikh Fadzhir dah jadi macam ikan lampri yang sentiasa melekat kat batang tubuh Hadi Awang. Di mana-mana sahaja Hadi Awang berceramah, maka adalah Kadir Syeikh Fadzhir. Bukan setakat duk dendiam tetapi dia pun minta sama nak berceramah. Tapi isi ceramahnya macam biasalah, UMNO dulu baik, UMNO la korup. Skandal dan penyelewengan yang dilakukannya masa dia duduk dalam UMNO dulu sampai dia dinasihatkan melepaskan jawatan Menteri, tak pula dia nak ceramahkan sama.
Bekas Menteri berambut palsu warna perang itu, khabarnya sedang sibuk melobi untuk jadi calon PAS. Walaupun dia merupakan pengikut Anwar Ibrahim yang cukup setia, terutama dalam usaha untuk menyelamatkan sebidang tanahnya di Shah Alam, nampaknya Kadir lebih percayakan PAS walaupun sepanjang hayatnya sebagai Ahli Parlimen di Kulim-Bandar Baru dulu, dia bertanding dan bertarung dengan calon PAS.
Pusat Hiburan: PAS Kedah Sengaja Tutup Mata Kerana Nak Pancing Undi?
Ketika di zaman BN memerintah Kedah, pusat-pusat hiburan di negeri Jelapang Padi ini “boleh dikira dengan jari” bilangannya, terlalu sedikit dan pihak berkuasa tempatan begitu ketat memantau aktiviti hiburan di situ.
Ketika itu, masyarakat Tiong Hua sendiri kurang gemar dengan aktiviti-aktiviti di pusat hiburan dan mereka lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi yang lain seperti pertanian, peruncitan, pembinaan dan sebagainya.
Malah, pemilik-pemilik pusat hiburan ketika itu juga sangat menghormati dasar pemerintahan BN Kedah dan rakyat negeri itu yang majoritinya 80 peratus bangsa Melayu Islam dengan menutup premis mereka sepanjang bulan Ramadhan secara sukarela.
Pecat Nasha: Kenyataan Nik Aziz Memang “Poyo”…
Poyo betul rasanya bila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, berkata kepada media semalam bahawa dia tidak suka menyebut mengenai keburukan orang lain apabila dirujuk kepada isu pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS.
Memang betul-betuk poyo!
Siapa yang tidak kenal dengan mulut celupar Nik Aziz yang menghalalkan buku “Shit!” karangan Shanon Ahmad, yang penuh dengan caci maki, mencarut dan kata-kata kesat yang tidak sopan dibaca oleh mana-mana umat Islam.
Bukan itu saja, Nik Aziz sendiri pernah menghina dan memaki hamun dengan cacian “Celako! Celako! Celako!” sehingga ramai di kalangan orang-orang PAS yang terpengaruh dan mencaci maki sesuka hati.
Persoalannya, kepada siapakah dia tujukan cacian dan makian tersebut? Takkanlah pada kambing atau DAP pula, kan?
Kenapa Majlis Syura Tidak Pecat Saja Nasharuddin Dari PAS?
PAS betul-betul pengecut kali ini! Hanya yang kecut dan bacul sahaja yang akan menggunakan alasan bodoh untuk memecat seseorang itu tanpa sebarang alasan yang munasabah dan masuk dek akal.
Itulah yang terjadi kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa apabila sah dipecat Majlis Syura, kononnya kerana telah melanggar peraturan “berjemaah”.
Tak tahula apa yang dimaksudkan dengan “berjemaah” di dalam majlis tertinggi PAS itu. Mungkin “berjemaah” yang di dalam Majlis Syura PAS itu bermaksud “memeluk Lim Kit Siang”, “memecah belahkan umat Islam”, “mengkafirkan saudara seagama” dan “membela peliwat tegar”?
Pejabat ADUN PAS Kupang Tipu & Lesapkan Ratusan Ribu Wang Penduduk Kampung?
Memang menyakitkan hati bila tahu kita ditipu. Siapa yang tak marah kalau ditipu, lebih-lebih lagi apabila penipuan itu melibatkan wang ringgit. Kalau setakat RM1 – RM2 bolehlah tahan lagi, tapi kalau sampai membabitkan sehingga ribuan ringgit, siapa boleh tahan?
Itulah yang terjadi kepada para penduduk Kampung Iboi yang terletak di pinggir Gunung Inas di Mukim Kupang, Baling, Kedah. Ratusan penduduk di situ mengadu ditipu Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas, yang berjanji untuk memberikan geran tanah permintaan (TOL) di sekitar gunung tersebut.
Mulanya, jawatankuasa itu canang di seluruh kampung, penduduk kampung yang nak geran tanah permintaan, mereka boleh tolong mohon dari pejabat mereka yang beralamat di No. 8, Pekan Baru Baling di Kupang. Sama alamatnya dengan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kupang, Johari Abdullah (PAS)!
Lim Guan Eng Tipu Bible Dibakar Untuk Bangkitkan Sentimen Kebencian Kristian Kepada Islam
Dalam perutusannya sempena Hari Thaipusam, Lim Guam Eng cuba mengajar rakyat negara ini agar hidup dalam harmoni, tenteram, dan saling percaya-mempercayai. Bagaimanapun, di sebalik 'nasihatnya' itu, Lim Guan Eng cuba menyemarakkan api permusuhan dan mencetuskan kekacauan yang lebih besar apabila dia menyatakan Bible telah dibakar, sedangkan kenyataannya itu adalah SATU PENDUSTAAN semata-mata.
Lim Guan Eng telah menggunakan ucapan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang menggesa agar umat Islam mengumpul dan kemudian membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggantikan kalimah GOD, LORD atau FATHER, untuk menyemarakkan kekacauan dalam negara.
PAS Kedah Perlu Jawab, Mengapa Syarikat Pembalakan Dapat Lebih 113,256,000 Kaki Persegi Kawasan Pembalakan Di Empangan Muda?
Ada pecacai PAS yang cuba mengalihkan perhatian dan cuba menunjukkan bahawa segala pendedahan yang dibuat berhubung pembalakan di Kedah oleh banyak pihak, sebenarnya tidak wujud. Malah lebih tepat lagi dikatakan sebagai satu FITNAH, alasan standard yang seringkali mereka gunakan apabila sudah tersepit dan mereka tidak mempunyai sebarang jawapan untuk persoalan berkenaan.
Bagaimanapun, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bukan sahaja di kawasan-kawasan yang telah diluluskan, aktiviti pembalakan sedang berjalan dengan rancak sehinggakan pokok sebesar lengan pun ditebang sama, bahkan di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan pun, aktiviti pembalakan lebih giat dijalankan.
Rakyat Sungai Petani Seru Umat Islam Bersatu Bantah Usul Guan Eng dan Anwar
Seorang rakan di Sungai Petani memberitahu saya baru-baru ini bahawa sekumpulan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) telah berhimpun mengadakan bantahan terhadap isu penggunaan kalimah "Allah" ketika sambutan perarakan Maulidur Rasul diadakan di bandar itu.
Berapi-api ucapan bantahan yang disampaikan oleh wakil kumpulan tersebut. Meskipun ringkas, dikatakan cukup padat dan mampu membuat telinga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, berasap…
Mereka memohon semua umat Islam di negara ini supaya bersatu tanpa mengira fahaman politik dan membantah isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible berbahasa Melayu.
Rancangan PAS Lepas PRU13, Jual Kedah Selatan Kepada Warga Asing
Trend jual tanah dan pindah milik tanah kepada pihak asing yang sedang berkembang biak di Kelantan, nampaknya sekarang sudah menular di Kedah pula. Menariknya, kedua-dua buah negeri, berada di bawah genggaman PAS. Selepas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang bagi mengkayakan kroni dan pemimpin-pemimpin PAS Kedah, satu lagi langkah drastik akan dibuat demi mendabik dada kononnya Kedah diperintah oleh golongan yang sangat pandai 'mencari wang'.
Wilayah Kedah Selatan yang merangkumi Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baru merupakan kawasan yang kini menjadi kubu kuat PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO-BN hanya menang satu kerusi DUN di wilayah tersebut iaitu DUN Bayu. PAS telah menang kerusi DUN Tanjong Dawai menerusi wakilnya, Che Hamdan Che Khalib di Parlimen Merbok; Abdullah Yusof DUN Pantai Merdeka di Parlimen Sungai Petani; Taib Azzamuddin di Parlimen Baling, Johari Abdullah DUN Kupang, Mat Zuki Yusof, DUN Kuala Ketil; Aisyah Ghazali, DUN Merbau Pulas di Parlimen Padang Serai dan Yaakob Hussin, DUN Bandar Baru di Parlimen Kulim-Bandar Baru.



