4% Peratus Saja Dapat Biasiswa Kerajaan PAP Di Singapura?

singapore

Saya sungguh pilu mendengar fakta yang didedahkan oleh seorang Professor mengenai nasib bangsa dan pelajar Melayu di Singapura ketika menghadiri majlis Nusantara Islam Di Asia Tenggara yang berlangsung di PWTC semalam.

Faktanya, hanya 4 peratus sahaja dari kalangan keseluruhan pelajar Melayu di negara republik itu yang mendapat biasiswa dari Kerajaan Singapura.

4 peratus saja? Bukan 5 peratus, bukan 10 peratus dan bukan 20 peratus! Hanya 4 peratus sahaja yang mendapat biasiswa dari kerajaan yang dipimpin oleh "abang besar" DAP? Rasanya, sangat tidak masuk di akal, kan?

Pun begitu, beliau juga begitu "bangga" memberitahu bahawa seorang pelajar Melayu dianugerahkan Biasiswa Presiden baru-baru ini dan anugerah itu merupakan yang pertama seumpamanya diberikan kepada pelajar Melayu sejak 44 tahun negara itu merdeka!

Sungguh sadis fakta itu jika dibandingkan dengan apa yang kita lalui di negara ini. Di Malaysia, Kerajaan BN dikatakan "kejam" kerana tidak memberikan "pendidikan percuma" kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Sedangkan kalau dihitung, sudah puluhan ribu graduan yang menerima biasiswa penuh Kerajaan Malaysia berdasarkan dasar pendidikan negara yang mengutamakan kecemerlangan pelajar, khususnya para pelajar bumiputera.

Pun begitu, Kerajaan BN tidak mengamalkan dasar pilih kasih di dalam dasar itu dan layanan yang adil saksama turut diberikan kepada para pelajar bukan bumiputera yang layak menerima keistimewaan tersebut.

Melalui PTPTN, kerajaan turut memperkenalkan dasar pinjaman boleh ubah di mana para pelajar yang cemerlang akan diubah pinjamannya kepada biasiswa penuh tanpa perlu dibayar, asalkan pelajar tersebut cemerlang keputusannya.

Yang tak cemerlang ini selalunya hanyalah "spesis-spesis" Adam Adli atau Bhawani yang hanya tahu "komplen, komplen, komplen" dan berdemonstrasi di jalanan bersama parti-parti pembangkang yang meng"keldai"kan mereka!

Itulah yang terjadi di Singapura dan sekiranya dibandingkan dengan apa yang berlaku di Malaysia ia diibaratkan bagai "langit dan bumi", bukan?

Jadi, kalau mahu bangsa Melayu dan negara ini hancur sebagaimana di Singapura, berikanlah negara ini kepada "adik PAP" ini dan saya yakin DAP pastinya akan "kerja"kan Tanah Melayu sehancur-hancurnya…

4 Responses to 4% Peratus Saja Dapat Biasiswa Kerajaan PAP Di Singapura?

  1. abu says:

    Kat Malaysia ni sebenarnya Pendidikan adalah percuma pada hakikatnya, cuba suruh Bawal buat perkiraan secara terperinci perbelanjaan semasa belajar dalam IPTA Malaysia, bayar dalam semester berapa je? PTPTN tu 80% adalah untuk sara hidup pelajar je, yang lain dah disubsidi oleh kerajaan, kat sekolah menengah dan rendah jangan cakap le semua percuma, jadi apa lagi yang si BAWAL ni tak puas hati, mungkin biji kelentit dia tak di hisap kot……

  2. mak mah says:

    INILAH NASIB PELAJAR MELAYU MALAYSIA YANG AKAN DIPERJUANGKAN OLEH PAKATAN RAKYAT…

  3. jejaka yang semakin hensem says:

    realiti bangsa melayu di negara seberang tambak….ikon kejayaan "ultra kiasu" yg hnya mnumpang pd mulanya….so nk bg kejayaan berganda kt diorg lg ke?…..

  4. BROTHER BLUES says:

    bayangan sudah kelihatan & hampir nyata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">