Abby Abadi Fitnah Tun Mahathir Tidak Bersolat!

nopic

Lagi fitnah ditaburkan oleh bekas pelakon dan penyanyi yang pernah kecoh berhubung KETIADAAN DARA sewaktu berkahwin kali pertama dahulu dengan bekas suaminya, Norman Hakim sehinggakan bekas suaminya itu terpaksa membuat kenyataan media bahawa ABBY ABADI MASIH DARA ketika dikahwininya. Sedangkan Abby Abadi pula, sekadar menyorok dan tidak mampu menerangkan perkara sebenar berhubung DIA TIDAK BERDARA ketika berkahwin. 

Masa terus berlalu. Abby Abadi yang suatu ketika pernah melahirkan kekesalan kerana seringkali menjadi 'mangsa fitnah', kini begitu giat pula menfitnah orang lain, khususnya para pemimpin UMNO. Teguran-teguran yang diberikan kepadanya berhubung sikapnya yang melampau terutama menerusi TWITTER, tidak sahaja menyedarkannya, bahkan membuatkan dia semakin sombong dan sentiasa menyalahkan UMNO. 

Kini, Abby Abadi dan fitnah ibarat lagu dan irama. Tidak boleh dipisahkan. Apa-apa sahaja yang terlahir sama ada dalam bentuk tulisan di TWITTER mahupun menerusi ceramah, hanyalah fitnah semata-mata. Orang yang sebelum ini menjadikan maksiat sebagai sebahagian daripada hidupnya, kini cuba menampilkan diri kononnya lebih Islam berbanding orang lain dengan melakukan fitnah.

Terbaru, Abby Abadi yang cuba 'membetulkan kesalahan' membuat fatwa, memetik kenyataan Dr. Khairuddin yang mengatakan sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir, tiada agenda solat, mencegah kemungkaran dan melahirkan umat yang soleh. 

Sama ada Abby Abadi memang jenis yang buta perut atau bakal calon PAS pada PRU13 akan datang dari kalangan yang enggan mengakui, kemungkaran dan kekufurannya selama ini adalah salah sendiri, hanya dia dan Allah Taala sahaja yang terlebih tahu. 

Sepanjang tempoh pentadbiran Tun Dr. Mahathir atau kerajaan UMNO, tiada satu kaedah dan halangan pun dibuat untuk membuatkan umat Islam meninggalkan atau mengengkari ajaran yang menjadi akidah mereka. Sebaliknya penyuburan dilakukan menerusi gerakan syiar dalam bentuk tabligh, pendidikan, persekitaran dan dasar kerajaan. 

Fitnah terbesar terhadap Tun Dr. Mahathir ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh puak-puak PAS. Malahan sehingga kini, orang PAS kekal menganggap orang UMNO dan para pemimpin UMNO tidak bersolat, tidak memberatkan solat dan tiada pendidikan tentang solat. 

Tugas kerajaan ialah menyediakan persekitaran, pendidikan dan penyuburan dakwah. Tugas-tugas berkenaan telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dan para pemimpin UMNO yang lain sepanjang tempoh mereka menggalas tanggungjawab. Apabila rakyat tidak mahu bersolat, enggan mengelak daripada melakukan kemungkaran dan enggan menjadi umat yang soleh, ianya tidak ada langsung kena-mengena dengan kerajaan. 

Dek kerana itulah terdapat banyak ayat al Quran yang Allah Taala firmankan bahawa orang lain tidak akan menanggung dosa orang lain, melainkan dosa dan amal sendiri. Antara ayat-ayat al Quran tersebut adalah Al-Baqarah ayat 286, Al-An'am ayat 164, Al-Israa ayat 15, Al-Faathir ayat 18, Az-Zumar ayat 7 dan An-Najm ayat 38.

Sama ada puak-puak seperti Abby Abadi dan para pemimpin PAS dari jenis yang tidak membaca al Quran atau dari jenis yang membaca al Quran tetapi tidak mengambil pelajaran daripada apa yang mereka, seringkali kita boleh melihat dan mendengar bagaimana mereka gemar menyalahkan para pemimpin atas kemungkaran yang berlaku. 

Dari dahulu sehingga sekarang, kelas-kelas pelajaran agama untuk semua peringkat boleh ditemui di serata tempat. Bagaimanapun, kaum jahiliyyah seperti Abby Abadi sangat gemar mencari jalan pintas untuk ke syurga dengan kaedah masuk parti politik yang ada jenama agama. Lantas keterujaan kerana berada di dalam sebuah parti agama itulah yang telah menyesatkan mereka, bukannya semakin mendekatkan mereka dengan Allah Taala. 

Kalaulah benar Abby Abadi mahupun para penyokong PAS benar-benar diberikan pendidikan tentang agama Islam, mereka tidak akan menyalahkan orang lain kerana kemungkaran yang mereka atau orang-orang di sekeliling mereka lakukan. Sebaliknya mereka akan menyalahkan diri dan semakin bermuhasabah selain beriltizam untuk menghapuskan kemungkaran tersebut sama ada dengan tangan, lisan mahupun hati mereka. 

Malangnya, puak-puak ini telah ditutup hati dan akal mereka oleh Allah Taala dengan hijab yang sangat tebal sehinggakan mereka mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain.

Dek kerana itulah, Allah Taala tidak datangkan atau turunkan Islam kepada Muhammad s.a.w dalam bentuk fahaman politik, sebaliknya Islam diturunkan dalam bentuk Ad-Deen.

Orang PAS boleh faham ke apa bendanya Ad-Deen atau mereka masih juga beranggapan, PAS adalah Ad-Deen, sama seperti Islam?

11 Responses to Abby Abadi Fitnah Tun Mahathir Tidak Bersolat!

  1. pala gabai says:

    sapa pangkah dia…menarik ni…londeh lah sikit….biar dia terngadah..

  2. Boon says:

    Baru sembahyang dia dah rasa dialah ahli syurga!

  3. BROTHER BLUES says:

    ustazah abby ni makin galak la.. hot ler dia pakai tudung, menggoda sungguh.. ermmmm tapi.. tapi tapi mulut dia busuk mcm air longkang psl suka kutuk & fitnah org… entah dia sendiri solat @ x. dah sendiri mls mengaji agama, nk salahkan kerajaan pulak..

  4. mys says:

    Tak payahlah le nak melayan Abby tu………anggap dia MOGHOYAN deh le…

  5. MACHO MAN says:

    oi janganlah lah mcm tu..tun mahathir  adalah pemimpin terulung negara..

  6. azizdahlan says:

    Bila berlaku kemungkaran salahkan  orang UMNO. Bila anak orang PAS terlibat dadah, rogol, samun salah orang UMNO juga ke. Mak pak depa buat apa? goyang teloq sambil salahkan orang lain. Inilah dasar jijik pas. Kalau lah bersembahyang semata-mata nak tunjukkan pada orang lain, baik tau usah sembahyang. kalau masa sembahyang tapi dalam hati ada sifat riyaq  . makin bertambah dosalah. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

  7. nangkamadu says:

    Pimpinan PAS tidak sebuta itu..sebelum ini terdapat bekas orang-orang kuat UMNO menyertai PAS ekoran kecewa dgn UMNO atas sebab-sebab peribadi. PAS menerima individu ini dgn lapang dada.. PAS usung mereka kehulu kehilir untuk berceramah menghentam UMNO/BN..tetapi malangnya tiba waktu PRU individu ini hanya menjadi kupang tembaga akhirnya PAS letak mereka tepi bendul tanpa dipeduli.. begitulah apa yg bakal berlaku kpd ABBY.. Hari ni engkao lantang londeh sianu sianu tetapi tunggu sselepas PRU engko meleleh sorang sorang le.. 

  8. Hantu Raya 91@ yahoo.com says:

    BARU DUA HARI MASUK PARTI AJARAN SESAT(PAS) DAH PANDAI TUDUH ORANG TAK SEMBAYANG HANG CERMINLAH DIRI SENDIRI DULU .HANG TENGOK ORANG PAS LAGI TERUK PAKAI JUBAH DAN SERBAN BESAR PUN PI MAIN NOMBOR EKOR.HANG DULU PUN DOK BAGI KAT ORANG RATA TU LAH DEPA KATA JANG KAWIN TAK DAK DARA

  9. kengsom says:

    pi rah … abby,  apa hang tau … baru join pas dah tunjuk pandai… kalau kira latarbelakang hang rasanya  lebih teruk … kalau tak ..takan norman belah cari  lain … hang ingat fitnah yang hang buat tu mudah org nak caya… mimpi lah banyak banyak sikit

  10. kassim selamat says:

    Mangkuk punya abby ababi eh silap abadi…sblm ni masa hang jd artris ada hang buat masjid buat sekolah cari cikgu agama utk rakyat ke…hang pndai2 ckp org xsolat..xkn la tun tu nak solat dpn hang bahalol….

  11. jejaka yang semakin hensem says:

    ala abby….stakat pakai tudung tu blum tntu baik n solehah….mulut tu kne jaga…..mamat yg agree tu pon sama bodo gak….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">