Anwar Ibrahim Sebenarnya Takut Rahsia dan Tembelang Terbarai Kalau Teruskan Saman
Hari ini, berita paling sensasi yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim, sudah tentulah berkenaan penarikan balik saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Anwar yang terlebih dahulu membuat kenyataan bahawa Khairy Jamaluddin telah menarik balik kenyataannya dan meminta maaf, sekaligus mengiktirafnya sebagai PEJUANG MELAYU dan bukannya boneka Amerika Syarikat atau Yahudi.
Itu kata Anwar Ibrahim, sedangkan Anwar yang terkenal dengan pembohongan, bukan kali pertama memutarbelitkan cerita sebenar sepertimana dalam kes samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan 13 September 2012 lalu. Saman fitnah terhadap Saiful Bukhari telah ditarik balik ketika pengurusan kes sedang dilangsungkan.
Anwar bagi alasan, penarikan balik saman tersebut adalah kerana, Mahkamah Tinggi telah membebaskannya daripada tuduhan liwat Januari tahun yang sama.
Saiful Bukhari Azlan yang sememangnya menantikan kes tersebut, terpinga-pinga dengan keputusan Anwar. Dia sebaliknya sudah bersedia untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim sekali lagi di dalam mahkamah. Bagaimanapun, Anwar memilih untuk tidak meneruskan kes dan kemudian membuat cerita bohong kononnya Saiful sudah menyesal dan meminta maaf kepadanya.
Walhal apa yang dikatakannya itu, langsung tidak berlaku dan Saiful masih serta bertegas bahawa Anwar Ibrahim memang meliwatnya, manakala kemenangan Anwar Ibrahim dalam kes liwat sebelum itu adalah disebabkan teknikal, bukannya fakta.
Sememangnya, perbicaraan liwat Anwar itu merupakan perbicaraan yang telah merekodkan tempoh paling lama di Malaysia. Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya telah membuat 73 kali penangguhan kes tanpa sedikit pun mencabar fakta yang dikemukakan.
Hari ini, keadaan yang sama juga berlaku. Saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan oleh Anwar sebagai menjejaskan reputasinya pada tahun 2007, ketika Khairy masih lagi berjawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, tiba-tiba ditarik balik.
Sedangkan semua pihak termasuklah Khairy Jamaluddin, khabarnya, sudah tidak sabar-sabar untuk meneruskan kes tersebut. Sepatutnya hari ini, Ezam Mohd Nor, dan Ibrahim Ali memberikan keterangan sebagai saksi Khairy Jamaluddin.
Tidak ragu-ragu lagi, Anwar sebenarnya amat gentar dengan Ibrahim Ali dan Ezam Mohd Nor walaupun semasa berceramah, dialah yang paling berani dan dialah yang paling benar sampai tak tercabar oleh sesiapa pun. Namun apabila sepatutnya dia membuktikan kebenaran dirinya di dalam mahkamah, Anwar memilih untuk tidak meneruskannya dan kemudian lari sebelum buat cerita bohong demi menyedapkan hati para pengikutnya.
Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, Anwar sekadar mahukan penyelesaian dibuat di luar mahkamah. Dia tidak perlu membayar sebarang kos, tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu menarik balik kenyataannya. Pendek kata, Anwar memilih untuk membuang masa mahkamah sebelum melarikan diri, kaedah biasa yang sering dilakukannya.
Perlu diingat, Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan satu lagi kes samannya terhadap bekas rakan sekutunya, Dr. Chandra Muzaffar. Perbicaraan tersebut sedang berjalan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim seperti tidak mahu berita tentang perbicaraannya itu disebarkan, tidak seperti kebiasaan yang diamalkan olehnya.
Kalau di pentas ceramah, Anwar Ibrahim mungkin sangat hebat berceloteh, berbicara dan menghukum orang itu salah, orang ini salah… tetapi nampaknya apabila di dalam mahkamah yang menyediakan bukti, fakta dan saksi, Anwar Ibrahim memilih untuk melarikan diri.
Mujurlah para pengikut dan pemercaya Pakatan Rakyat terdiri daripada golongan bodoh dan akal pendek. Kalau mereka bijak sedikit, sudah tentu mereka akan dapat melihat bahawa orang yang mereka sangat percaya itu sebenarnya adalah seorang penipu terhebat abad ini!!!




Dah makin terpinggir segala kesopanan dalam diri mereka yang bergelar dewasa dan matang…. Bagaikan ketam mengajar anak berjalan lurus… sayang… Renunglah kata-kata ini " Tak terkajang Batu Sepulau" dan bagi yang fahami maksud.. Fikir2.. Kesempernuaan tidak pernah ada dalam diri manusia dan redha la.. To BN, saya masih mempercayai nilai perjuangan dan aspirasi parti, walaupun saya tidak pernah menjadi ahlinya..
aku x heran la kalau anwar ibrahim…. dasar biawak pasir lidah bercabang
mcmtu la manusia bnama Anwar Ibrahim..smpai bila2 pun..
Berani kerana benar…takut kerana salah…kalau tak bersalah kenapa Anwar takut untuk menghadapi perbicaraan…sikap suka membuang masa patutkah ada pada seorang pemimpin…kalau beginilah caranya macam mana nak memerintah negara ini….setiap kes gagal dibicarakan sampai penghujung untuk membuktikan siapa pesalah sebenar,, kalau begini spai bila masalah tak akan selesai… macam permainan budak-budak pulak…
mak mah berdoa pd Allah agar ampunkn dosa Dsai lanaktullah ini..dan buka knlah pintu hatinya utk berubah pd kebenaran
Di perhatikan memang sukar nak cari orang yang bijak maca anwar ibrahim. bukan saja pandai berlakon, pandai bermain kata-kata, pandai menuduh, pandai menangis dan pandai segala-segalanya. Mahkamah juga dipermainkan…. penyokong tegar dia yang kurang cerdik memang puji dia bijak dan sesuai jadi PM. Jadi BN pun kena la cari orang yang pandai seakan akan macam dia pun jadi la…..
SAYA MEMINATI ORANG YANG BERNAMA ANWAR…TAPI BUKAN ANWAR IBRAHIM…
anwar tu takut,sebab diri nya salah masa ni nak sembunyi kesalahan nya tu.klau dia berani saman umi halfila dan datuk nalakarupan.kawan sendiri pun tak mahu bersama dia sebab kena kencing anwar.jadi cuma ada bayangan je nak jadi pm pru 13 ni.jiwa dan perasaan anwar pasti tak tenteram biar sedar dan jalan nak menenang kan balik ke pangkal jalan tobat nak jadi pm biar lah,orang sumpah maki hamun terhadap diri nya mesti masuk lah.klau pkr menang minyak trun gaji tambah tol semua tak payah lagi.polis tanya jam omega,polis mana tanya,u tanya saya jawap,u ulang i saman you.pkr menang br1mayasia juga pkr tunai kan tapi tak mau janji lah.