Apa Khabar Hamdan Che Khalib? Baru Nampak Pengundi di Tanjong Dawai Ke?
Mengeluh penduduk Tanjong Dawai dengan keagresifan aktiviti PAS Tanjong Dawai semenjak kebelakangan ini. Sebabnya, boleh dikatakan hampir saban malam, ceramah-ceramah diadakan dan para penduduk yang rata-ratanya bergantung hidup kepada hasil tangkapan laut, yang perlu berjaga awal, tidak dapat berehat sepenuhnya kerana corong-corong pembesar suara dihalakan ke rumah mereka tatkala mereka sedang berehat dan menenangkan fikiran.
Sesuatu yang menarik sedang berlaku di Tanjong Dawai adalah perubahan sikap penduduk dan pengundi yang dahulunya merupakan penaruh harapan yang besar terhadap PAS. Konon-kononnya PAS akan membantu mereka meningkatkan taraf hidup, apatah lagi setelah PAS menjadi Kerajaan Negeri. Lagipun PAS seringkali mendabik dada kononnya, mereka adalah dari golongan marhein. Justeru, mereka lebih memahami golongan marhein seperti kaum nelayan berbanding pemimpin UMNO yang dikatakan bergelumang dengan kemewahan.
Bagaimanapun, keadaan tidak seperti yang diharapkan. Umpama mengharap hujan turun ketika musim kemarau, itulah yang berlaku kepada penduduk Tanjong Dawai.
Hamdan Che Khalib yang diharapkan dapat membantu memulihkan atau paling tidak pun meningkatkan taraf hidup penduduk di Tanjong Dawai, ternyata merupakan wakil rakyat yang tidak berguna. Jarang benar dia turun ke kawasan untuk meninjau masalah rakyat. Paling lebih pun, dia sekadar singgah di tempat-tempat ceramah untuk menghamburkan cerita-cerita bohong yang penuh fantasi dan ilusi. Paling lebih pun, dia sekadar singgah di masjid dan surau untuk berceramah dan terus menipu penduduk Tanjong Dawai dengan angan-angan kosong.
Sedangkan pada masa yang sama, Hamdan Che Khalib langsung tidak mempunyai daya fikir dan otak bagi menganjakkan taraf kehidupan rakyat yang diwakilinya di kawasan berkenaan.
Tanjong Dawai bukannya tidak ada kawasan menarik untuk dijadikan daya tarikan pelancongan. Medan selera ikan bakar Tanjong Dawai yang turut memasarkan hasil-hasil laut, kalau wakil rakyatnya ada otak dan mempunyai perancangan selain daripada berkempen dan berceramah semata-mata, pasti akan memikirkan sesuatu yang dapat mempopularkan tempat tersebut di seluruh dunia kalau tidak pun di negara sendiri.
Malangnya, Hamdan Che Khalid tiada upaya untuk memikul tanggungjawab selaku wakil rakyat. Tinjauan yang dibuat di sekitar Tanjong Dawai dan Pejabat Daerah Kuala Muda mendapati, Hamdan Che Khalib TIDAK PERNAH MEMBERIKAN SEBARANG USUL atau CADANGAN untuk membangunkan kawasan berkenaan. Malah nasib kaum nelayan di Tanjong Dawai juga tidak pernah dibangkitkan, dibahaskan, atau pun mempunyai sebarang usul dari mulut Hamdan Che Khalib selaku wakil mereka di DUN Kedah.
Bagi yang pernah ke Tanjong Dawai, pastinya akan terkesan dengan jalanraya kecil yang statusnya hanyalah setaraf dengan jalan kampung. Jalan bertar itu dibina pada zaman pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional. Pada zaman PAS menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan, tiada sebarang perubahan dilakukan pun. Dan walaupun wakil rakyat PAS menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri, nampaknya segala peruntukan tersebut, langsung tidak digunakan untuk penduduk setempat yang diwakilinya walaupun acara dan program ceramah serta kempen politik selain projek menaikkan bendera dan kain rentang begitu giat dijalankan.
Dek kerana itulah, sambutan untuk Hamdan Che Khalib di Tanjong Dawai, amat merosot dan begitu menyedihkan. Sudah ada tanda-tanda bahawa kaum nelayan Tanjong Dawai mempunyai hala baru untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka memandangkan wakil rakyat yang ada sekarang, lebih mementingkan perut dan temboloknya sahaja.
Apatah lagi, sudah wujud keretakan dalam PAS Tanjong Dawai sendiri.. apa sebabnya?
Sudah tentulah kerana sikap dan kerakusan Hamdan Che Khalib sendiri!





aku pernah bersalam dengan dia ni sekali, itu pun 5 tahun lalu. masa tu dia tengah kempen PRU 12, aku dok pekena teh tarik kat warung taman seroja depan SK Sg. Layar. Bukan main lagi tengok dia kempen, turun dari kereta jalan dari gerai ke gerai, kedai ke kedai bersalam dengan semua orang yang dia jumpa, mesra la kononnya. itu cerita 5 tahun lepas, sekarang ni aku teringin sangat nak jumpa mamat ni, aku nak tanya satu soalan je, "ambaoi!!! 5 tahun tak nampak, hang pi mana"? nak jadi wakil rakyat tapi tak mau jumpa rakyat, jumpa 5 tahun sekali budak tadika pun boleh, maknanya taraf mamat ni sama dengan budak tadika ja..MACAM MANA TEAM KEDAH, HANG PELINGKUP SAMPAI TURUN STATUS…
Hamdan Che Khalib bukan tak mahu melawat kawasan tapi dia sibuk sangat….orang Tanjung Dawai memang nak tengok dia buat kerja atau nak berlakon sampai mana. Dulu masa berkempen dia janji macam-macam nak tolong nelayan tapi bila dah jadi wakil habok pun tarak. Sekarang dah sibuk berceramah berkempen lagi tapi perlu ingat bahawa orang Tanjung Dawai bukan banyak yang bodoh….
Apa tara ka dia turun padang? Amboi..Hamdan noiii..dah jadi wakil rakyat kat kaw kami hang hilang..nak jadi hang tabuq ayaq lioq merata dan sembuq sampai berbuih-buih macam ombak Tg Dawai..tapi habuk pun tarak. silap2 lepas menang dulu hang pi tabuq ayaq kat..hhee…tau-tau je la klu dah jadi YB..kami gak makan ikan masin telan ayaq laut..
Awat letak gambaq oghang lain. Yg tu gambar YB Pengkalan Kundur Dato' Fakhrulrazi …… bukan gambaq YB Tg Dawai ………….
Alaaa…memang dasar pelingkup duit rakyat pun. Masih belum terlambat lg rakyat di tanjung dawai nak melakukan perubahan. PRU 13 ni pakat la ramai2 lingkupkan si khalib ni…jgn bunuh plak, naya jd kes polis nati..hehe. Nak lg senang, lingkupkan je PAS…