Azizan Masih Pertahankan Tebang Balak Untuk Ladang Rakyat, Bukan Untuk Taukeh Cina DAP

nopic

 

1

Kerosakan alam semulajadi di Kedah akibat kerakusan penebangan balak, mendedahkan kelemahan ketara PAS Kedah menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri selepas PRU13. Berbanding mencari jalan lain untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak serta agihan ekonomi yang lebih menyeluruh sepertimana pada zaman UMNO-BN dahulu, PAS Kedah memilih jalan singkat dan lebih mudah tanpa perlu berfikir dan berusaha keras.

Cukup dengan mengarahkan Jabatan Hutan mengeluarkan kelulusan dan sokongan daripada para pembesar negeri, maka hutan pun ditarah semahu-mahunya dengan konsesi diserahkan kepada taukeh-taukeh bermata sepet yang sentiasa tersengih sambil menepuk-nepuk bahu para pemimpin PAS berkenaan yang tidak lekang dengan songkok putih.

Hanya balak dan tiada niat lain memandangkan dari awal lagi Azizan Abdul Razak sudah membuat keputusan, Kerajaan Negeri Kedah akan memperluaskan kegiatan pembalakan, termasuklah di dalam Tasik Pedu. Memandangkan kos mengeluarkan balak terendam di dalam tasik buatan manusia itu sangat tinggi, akhirnya PAS Kedah memilih hutan di sekeliling empangan tersebut.

Anehnya, ada pula kaum PAS yang bangangnya tahap tertinggi dengan membuat andaian terbodoh dan paling menggelikan hati. Kononnya, penebangan balak di sekitar Empangan Pedu tidak akan menjejaskan empangan berkenaan. Bahkan kononnya juga, topografi kawasan pembalakan tersebut tidak memungkinkan kerosakan kepada Empangan tersebut meskipun penggondolan tanah dilakukan secara berleluasa.

Yang membuatkan pecacai PAS yang tongong itu terlupa ialah, pembersihan hutan, bermakna akan berlakulah hakisan. Kalau sudah berlaku hakisan, benteng seteguh mana, bukit sehebat mana pun, akan runtuh. Lumpur dan selut akan menjahanamkan pam yang digunakan untuk mengalirkan air ke loji rawatan.

Dan tidak ada satu pun kawasan tadahan air di seluruh dunia ini, yang akan diganggu kawasan sekitarnya, kecuali di Pedu.

Menurut Azizan, pembersihan dan penggondolan hutan itu dilakukan untuk mewujudkan Ladang Rakyat. Namun berdasarkan kepada perkembangan semasa di Kelantan yang membabitkan Ladang Rakyat, program tersebut sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memajukan masyarakat. Bahkan ianya tidak langsung bertujuan untuk memanfaatkan masyarakat, sebaliknya ia digunakan untuk mengayakan kroni dan pemindahan milik tanah kepada syarikat-syarikat konsesi yang akan memperolehi laba.

raja-balak-azizan1-300x239

Azizan cuba menyamakan Ladang Rakyat dengan FELDA walhal matlamat kedua-duanya adalah berbeza sama sekali. Kerajaan Pusat mewujudkan FELDA untuk membantu rakyat jelata terutama sekali golongan marhein yang tidak memiliki tanah serta hidup di bawah paras kemiskinan. FELDA telah banyak membantu golongan tersebut sehingga pada hari ini, rata-rata para peneroka dan peserta FELDA hampir terlupa bagaimana datangnya mereka ke tanah rancangan dengan bantal dan gulung tikar semata-mata sebelum memiliki sesuatu pada hari ini. 

Sedangkan Ladang Rakyat yang diwujudkan oleh PAS pula, bukan untuk tujuan memudahkan atau memanfaatkan rakyat terutama sekali golongan marhein. Sebaliknya Ladang Rakyat bermaksud mendapatkan balak, menggondolkan bukit dan hutan, memenuhkan saku serta akaun para pemimpin PAS dengan bayaran daripada taukeh-taukeh yang telah diberikan konsesi.

Tengok sahaja program Ladang Rakyat di Kelantan yang juga diusahakan oleh PAS. Adakah Ladang Rakyat PAS Kelantan memberikan manfaat kepada para peserta mahupun golongan marhein? 

Sudah tentu tidak!

Mari kita tengok fakta-fakta Ladang Rakyat PAS Kelantan. Keluasannya adalah 81,095 ekar merangkumi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah. Penduduk miskin yang kononnya telah dipilih untuk program Ladang Rakyat itu pula adalah seramai 4,767 orang. 

Ladang Rakyat tersebut hanya memberikan dividen RM200.00 kepada para peserta manakala hak milik tanah dinafikan manakala para peserta FELDA menerima 10 ekar tanah setiap seorang selain elaun bulanan dan rumah sendiri. 

Peluang bekerja menambah pendapatan di Ladang Rakyat hanya memanfaatkan 282 penduduk tempatan, manakala selebihnya seramai 639 orang pekerja pula adalah warga asing. 

FELDA mengutamakan rakyat tempatan, manakala Ladang Rakyat mengutamakan taukeh-taukeh Cina DAP dan Cina Singapura. Kekayaan hasil bumi terutama kayu balak dan tanah Ladang Rakyat hanya berlegar di kalangan taukeh-tauke itu dengan tempoh pajakan berpuluh-puluh tahun. Lebih 50,000 ekar tanah daripada keluasan 81,095 ekar Ladang Rakyat Kelantan dikuasai oleh taukeh-taukeh Cina ini termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang dimiliki oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham melalui syarikat Upaya Padu Plantations Sdn. Bhd. 

pedudemo2

Selain syarikat milik Nga-Ngeh, beberapa syarikat tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn. Bhd, turut menguasai pajakan tanah seluas 10,095 ekar selama 99 tahun di Gua Musang. Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn. Bhd, milik tauke Cina dari Johor.

Transaksi tanah tersebut mempergunakan seorang wanita Melayu sebagai orang tengah, telah memberikan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada seorang pemimpin PAS Kelantan. Sedangkan sepatutnya wang tersebut adalah untuk tabung parti.

Itu di Kelantan. Bagaimana pula dengan Ladang Rakyat Kedah?

Sama sahaja!

Bila mana ada PAS di dalamnya, kesudahannya tetap sama. 

Sebab itulah Azizan Razak dalam jawapannya berkenaan hutan yang ditebang, digondolkan dan menjejaskan alam sekitar, mengatakan penebangan tersebut perlu dibuat untuk memberi laluan kepada Ladang Rakyat tanpa sedikit pun menyebut tentang manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Kedah… sebabnya, Ladang Rakyat PAS Kedah tidak akan memberi manfaat sedikit pun kepada rakyat, melainkan untuk PAS semata-mata!

6 Responses to Azizan Masih Pertahankan Tebang Balak Untuk Ladang Rakyat, Bukan Untuk Taukeh Cina DAP

  1. PAShamPAS says:

    Tanah rancangan FELDA dibuka, takde balak yang ditebang. Ladang Rakyat nak dibuka, kawasan balak ditebang sesuka hati….

  2. mak mah says:

    patutla depa dok gebang hasil balak meningkat…mau tak meningkat sampai botak depa gabus…buat modai pru la tuuuuu…….ckp dlm ceramah semua org tak betul puak depa buat apa pn betul…

  3. BROTHER BLUES says:

    aku dah kata…. diorang mane nk ngaku salah.. nak kaut rm sblm kalah dlm PRU nnti

  4. nasitambah says:

    Tebang sampai habih ustaz…jangan tinggal langsung kat depa..bukan apa? depa dok gaduh nanti kalu depa dpt ambiq balik KEDAH….depa x dpt nak tebang balak….tu pun kalu dpt balik…..

  5. parameswara legenda says:

    Kalu x tebang la ni…. lepas pru nti…. nak tebang apa lagi…. dah xleh jadi mb xde kuasa dah…….

  6. charkuewtiao says:

    PAS mau buat business tu,tp x berani nak habaq, baru cari alasan macam2….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">