Buat Kali Pertama, Kedah Bakal Bermenteri Besarkan Bekas Porter Lapangan Terbang Bayan Lepas

mahfuz omar ke syurga

Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Kedah masih belum berakhir meskipun PRU13 sudah terlalu hampir. PAS yang cukup yakin mereka akan dapat mengekalkan kuasa di Kedah, sudah mula bercempera lagi. Amaran daripada Azizan Abdul Razak yang merupakan Menteri Besar Kedah serta Pesuruhjaya PAS Kedah bahawa PAS Kedah akan berpecah belah sekiranya, dia ditolak dari jawatan yang disandangnya sekarang, dipandang mudah serta tidak diambil peduli.

Nama-nama seperti Phahrolrazi Zawawi dan Amiruddin Hamzah serta Taulan Rasul untuk menggantikan Azizan Abdul Razak, semakin kerap diperkatakan. Namun ada perkembangan baru yang lebih menarik di Kedah.

DUN Bukit Pinang yang suatu masa dahulu dikenali sebagai DUN Langgar terletak dalam Parlimen Pokok Sena. DUN berkenaan akan menjadi medan laga dan pertembungan kuasa di kalangan para pemimpin PAS Kedah yang sangat penting pada PRU13 ini.

Sebabnya, ADUN Bukit Pinang dari PAS, Md. Roshdi Osman dikatakan tidak lagi mahu namanya dicalonkan pada PRU kali ini atas faktor usia dan kesihatan. Bagaimanapun, Roshdi dikatakan berkecil hati dengann percaturan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Kedah selepas sebelum ini giat mengecam dan mencerca Azizan Abdul Razak.

Mahfuz dikatakan tidak akan bertanding lagi di Parlimen Pokok Sena, sebaliknya beralih ke DUN Bukit Pinang yang dilihat lebih sesuai untuk dirinya, apatah lagi Bukit Pinang dikatakan telah berdekad-dekad menjadi lubuk serta kubu kuat PAS di Kedah. Menurut hierarki, Mahfuz Omar adalah pemimpin PAS yang dilihat lebih 'berkelayakan' berbanding Amiruddin Hamzah dan Phahrolrazi Zawawi, apatah lagi Taulan Rasul.

Antara Phahrolrazi Zawawi dengan Amiruddin Hamzah, Amiruddin dilihat lebih baik. Selain daripada sifatnya yang lebih profesional serta dapat bekerjasama dengan semua pihak termasuklah UMNO Kedah, Amiruddin juga berada dalam kem Azizan Abdul Razak. Dari segi pragmatisnya, Amiruddin dilihat lebih menyerupai Azizan Abdul Razak. Manakala Phahrolrazi Zawawi pula dilihat mewakili golongan serakah yang diketuai oleh Mat Sabu yang berkiblatkan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan merupakan penjilat tegar Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mahfuz berada dalam kedudukan terbaik memandangkan dia merupakan Naib Presiden PAS Pusat atau dengan kata lain, mempunyai jawatan di peringkat Pusat. Mahfuz pula dilihat lebih popular dan lebih berkarisma berbanding Phahrolrazi dan Amiruddin sungguhpun dalam banyak isu yang dibangkitkan oleh Manfuz Omar, dia dilihat seperti mahu membuktikan kebodohan sendiri.

Dalam gembar-gembur tentang Phahrolrazi Zawawi menyusun serta meletakkan orang-orangnya untuk menghalau Azizan Abdul Razak daripada jawatan yang sedang disandangnya sekarang, Mahfuz Omar dilihat lebih 'bijak' menyusun strategi. Pertembungan antara kem Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi, merupakan kesempatan terbaik untuk Mahfuz Omar menyelitkan dirinya.

n10

YB. DATO' HAJI MD ROSHIDI BIN HAJI OSMAN.,DSDK. (PAS).. ADUN BUKIT PINANG

Namun, berita yang diterima dari kem Azizan Abdul Razak, Md. Roshdi telah pun dipujuk agar mengekalkan kewujudannya di DUN Bukit Pinang. Md. Roshdi yang dikatakan berselindung di sebalik usia dan kesihatan, sebenarnya merajuk dengan Mahfuz Omar yang melayannya seperti anjing kurap. ADUN Bukit Pinang itu tidak memberikan sebarang reaksi walaupun pada masa yang sama, dia sudah pun menyatakan taat setia kepada Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Dijangkakan, sekiranya kedudukan dan percaturan Mahfuz Omar berjaya, buat kali pertama dalam sejarah negara ini, seorang Menteri Besar akan dilantik dari kalangan yang keciciran pelajaran dan tidak lulus Matematik. Namun, ia bukanlah satu perkara yang menjadi masalah besar. Kedah mempunyai KUIN biarpun institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu, berada dalam masalah besar selain menanggung kerugian beratus-ratus juta ringgit kesan daripada penyelewengan dan salah guna pihak terbabit.

Untuk mempersiapkan Mahfuz Omar sebagai seorang Menteri Besar yang ada 'kelulusan', tidak mustahil sekiranya KUIN akan menghadiahkan gelaran Sarjana Kehormat kepada Mahfuz sekaligus menjadikan Mahfuz Omar sebagai pesara porter Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang mempunyai gelaran DR.

12 Responses to Buat Kali Pertama, Kedah Bakal Bermenteri Besarkan Bekas Porter Lapangan Terbang Bayan Lepas

  1. Boon says:

    Dr Mahfuz Omar Porter….Menteri Besar Kedah!

  2. awie myanmar says:

    Boleh buat filem Mahfus Porter lnak lawan filem Harry Potter nih….

  3. plaset dinwan says:

    Sesuai sgt lah… org tak pandai jadi ketua pd org tak reti dan tak faham faham.. Tanya balik.. apa mahput buat utk Kedah…??? Tak ada apa satu langsung..  Yg dia buat.. perangat semangat org dan cakap kosong.. Apa dai cakap ambik dr internet. Dalam kepala.. kosong se kosongnya..Kena dan sesuai sorang yg pekak jadi ketua pada yg tak denagq… Elok sgt la tu… !!! Last last… lingkup semua.. !!! Memang sah… parti pun parti sesat…. Lps ni semua dia bawa masuk gaung… !!!

  4. oldman50 says:

    Dalam keadaan perkembangan semasa ini, aku doakan agar BN akan mengambil alih semula Kedah untuk kesejahteraan rakyat

  5. jejaka yg semakin hensem says:

    bg setel dlu isu2 kt kedah tu..blum apa2 lg dh brebut nk jd MB..kemaruk sgt ke? 

  6. Lope says:

    Hehehehe…nak pandu kendiri pun hang tak leh, ni kan lak nak pandu negeri…ukur tengkok le MamFus Omaq…

  7. Balun says:

    porrahhhh hang…muka mcm lu jd kuli kt airport boleh lah..tark guna punya olang, sepatutnya orang Melayu spt Syed Mokhtar Al Bukhari kita banggakan, bukan dinista spt mana dlm ceramah jual ubat hang..muka mcm hang tu mau jd MB kami?…kirim salam…hang perosak Melayu dan pembikin fitnah paling nyata kuatnya…paling layak hang tonggeng juboq kat Anuaq Brahi..dia suka juboq ada uban putih mcm rambut lu…lupakan saja nak jd MB Ked, tp klu jd Macai Barua (MB gak)..wa sokong lu…

  8. abdullahhassan says:

    Hero sampah nak jadi MB Kedah? makin semaklah dan  berlambaklah sampah di Kedah. Selalu cakap melalut dan tak pakai akai. Mabuk kuasa sanggup pancung kawan

  9. azizdahlan says:

    Sudah2 la tu daripada  berebut kuasa. Ingatkan orang PAS tak gila kuasa. Selama ni dok tuduh UMNO/BN aje yang gila kuasa, kroni la dan macam2 lagi. Tak sangka sungguh. kalau hati dah busuk pakailah  serban besar mana pun tak guna juga. Adalah lebih mulia sokong BN  yang tak maki caci orang daripada menjadi orang PAS yang tiap2 hari suka maki orang dalam ceramah.

  10. Mak Jemmah says:

    hahahahaha, hampa takot apa??/ kata boleh menang tapi takot… haahahhaahhaahahha

  11. chinjialak says:

    Blum pasti menang da berebut jawatan da….hebat betui PAS ni.

  12. nangkamadu says:

    Malunya aku sebagai anak kedah sekiranya pesara portal lapangan terbang Bayan lepas Pulau Pinang yang di lantik menjadi Menteri Besar negeri Jelapang Padi ini. Kalu mcm ni sakit pun sakit lah biar Azizan terus kekal untuk habiskan balak-balak kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">