Buku Terbaru Hadi Awang Masih Tak Berani Jawab KAFIRKAH AKU?

KKA-210x300

Semenjak buku KAFIRKAH AKU? disebarkan secara lebih meluas dan halangan penjualannya telah diatasi, puak-puak PAS nampaknya sangat resah dan ketakutan. Apakan tidak, lebih banyak buku tersebut disebarkan dan lebih ramai orang yang membacanya, sama ada yang menyokong PAS, tidak menyokong mahupun di atas pagar, imej PAS akan menjadi bertambah teruk dan buruk. Cerita-cerita bohong yang seringkali diberitakan oleh para pemimpin PAS tentang perjuangan parti tersebut, akan hancur berderai dan setiap pemimpin PAS, sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati, dilihat sebagai golongan pendosa yang kerja mereka hanyalah merosakkan akidah umat Islam. 

Barangkali kerana terlalu terdesak, Hadi Awang melancarkan sebuah buku berjudul AMANAT HAJI HADI: Antara Fakta dan Fitnah. Isi kandungan buku tersebut diharap dapat memadamkan isu yang dibangkitkan oleh C.N Al-Afghani menerusi buku KAFIRKAH AKU? yang cuba ditahan dan dihapuskan oleh puak-puak PAS.

Adakah buku terbaru yang diatasnamakan Hadi Awang menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Cikgu Non?

TIDAK ADA LANGSUNG… bahkan Hadi Awang dalam buku tersebut jelas berbelit-belit dan berputar-putar, seolah-olah membenarkan Firman Allah Taala bahawa tiada sebarang kuasa yang dapat menghalang sekiranya Allah Taala mahu menyesatkan hamba-Nya.

Cikgu Non dalam bukunya KAFIRKAH AKU? menceritakan bagaimana kesan daripada AMANAT HAJI HADI yang dihadaminya membuatkan dia memutuskan talian silaturrahim dengan ahli keluarganya. Dia tidak menyesal mengkafirkan ahli keluarganya termasuklah bapanya sendiri kerana amat mempercayai amanat tersebut.

Hanya setelah lebih tiga puluh tahun, Hadi Awang baru mahu memberitahu bahawa 'MENUDUH SESEORANG DENGAN KAFIR ADALAH JENAYAH BERAT DALAM ISLAM.'

Dari tahun 1981 atau lebih lama lagi, 1963, para pengikut PAS yang sangat totok tetapi tidak berilmu begitu cenderung untuk mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong pergerakan tersebut. Hadi Awang, mahupun para pemimpin PAS yang lain tidak pernah menjelaskan bahawa perbuatan tersebut adalah satu kesalahan besar dalam Islam, bahkan ia merupakan jenayah berat sekalipun tidak terkandung di dalam Hudud.

Mengapa dalam tempoh tersebut, Hadi Awang tidak membetulkan perbuatan ahli-ahli PAS sepertimana dia bertungkus-lumus cuba membetulkannya seperti sekarang? 

Atau adakah Hadi Awang ingin memberitahu ahli-ahli PAS yang telah turun-temurun mengkafirkan orang UMNO bahawa mereka telah melakukan kesalahan berat dan selaku Presiden PAS, dia tidak akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan mereka, sebaliknya merekalah yang perlu menanggung perbuatan masing-masing, sekalipun apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kepada Amanatnya yang sangat terkenal itu. 

Adakah Hadi Awang sedang menepuk air di dalam dulang untuk dipercik ke muka sendiri atau boleh jadi juga, itu merupaka cara Pemuda PAS membidas Hadi Awang yang sudah mulai berubah cakap, terutama berdasarkan kepada kenyataannya tiga hari lepas (BACA DI SINI) yang mempersalahkan UMNO dan tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas perbuatannya.

Buku berkenaan diterbitkan oleh Akademi Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS dan disusun oleh anak Abdul Hadi Awang sendiri iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Kalau itulah kaedahnya, Hadi Awang perlu bercakap secara berterus-terang di hadapan para pengikutnya, bukannya bersembunyi menerusi tulisan tanpa mempersalahkan mana-mana pihak terutama sekali UMNO kerana amanat yang dibuatnya pada 1981 di Banggol Peradong, bukanlah didorong oleh UMNO sebaliknya kerana terdorong dek keserakahan untuk mendapatkan kuasa.

Beranikah Abdul Hadi Awang berbuat begitu? 

Sudah tentu tidak!

Sebabnya, walaupun pertanyaan telah dibuat oleh ahli PAS yang telah dipecat kerana mempersoalkan kepimpinan, Abdul Hadi Awang selaku Presiden parti dan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan amanat berkenaan, tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan ahli-ahli PAS yang telah menjadikan pentakfiran terhadap orang UMNO secara berhadapan.

amanat hj hadi 9

Perhatikan sahaja buku yang baru dilancarkan oleh Abdul Hadi Awang itu. Buku tersebut tidak ditulis oleh Abdul Hadi Awang sendiri. Pandangan di dalam buku tersebut adalah pandangan anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang kemudian diatasnamakan kepada Abdul Hadi Awang.

Dan kerana itulah juga, Muhammad Khalil terlupa yang ayahnya telah menandatangani serta bersetuju untuk mengangkat serta mengagung-agungkan Buku Jingga yang langsung tidak memperkatakan tentang Negara Islam. 

Pada muka surat 30 sehingga 31, buku berkenaan menyatakan tentang perlunya sebuah negara Islam yang merangkumi dua aspek iaitu syariat Islam yang ditegakkan dan kekuasaan penguasa Islam yang berakidah Islamiyyah. Manakala pada muka surat 33 pula, buku berkenaan menyatakan bahawa golongan yang mengendalikan kepimpinan negara wajib beriman kepada Islam yang menjadi dasar dan amalan negara, matlamat dan kegiatannya. 

Sekali imbas, ia kelihatan amat cantik dan hebat. Namun, perkara yang dilupakan oleh penyusun buku berkenaan ialah Hadi Awang sendiri yang menyatakan di dalam al Quran tidak tercatat negara Islam tetapi yang ada hanyalah negara kebajikan. 

Dengan kenyataan terbaru Hadi Awang yang cuba memindahkan kesalahan yang dilakukannya kepada UMNO, semakin menjelaskan bahawa Hadi Awang selaku Presiden PAS sudah diserang nyanyuk dan sikap pelupa yang amat teruk. Hadi Awang dalam kenyataannya itu cuba melarikan persoalan tentang AMANAT HAJI HADI 1981 kepada KALIMAH ALLAH yang menurutnya telah disalah urus oleh UMNO dengan menjadikan medan perbincangan di media-media. 

Menariknya, Hadi terlupa bahawa isu tersebut mula-mula dibangkitkan oleh pemimpin PAS sendiri. Apabila sanggahan dibuat, PAS mengadakan road tour di seluruh Malaysia untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka. Tetapi sekarang, Hadi Awang berpusing cakap pulak seolah-olah dia tidak pernah bercakap dan para pemimpin PAS tidak pernah memberikan keizinan untuk DAP serta golongan IFC besar kepala seperti sekarang? 

Salah UMNO jugakah?

Sepatutnya Hadi Awang lebih memperhatikan Firman Allah Taala yang dipetiknya di dalam kenyataannya itu (yang bermaksud):

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. 

3 Responses to Buku Terbaru Hadi Awang Masih Tak Berani Jawab KAFIRKAH AKU?

  1. BROTHER BLUES says:

    wow…satu lg pembohongan pas yg amat dasyat…. hahahahahhaa

  2. ubatgigi says:

    Apa ada pada si hadi…klu dia seorang berani dah tentu dia leh jawab segala persoalan yang timbul…ni tak…semua nk lari pd kenyataan…tu la sifat seorang pemimpin PAS yang di agong-agongkan oleh penyokong2 PAS…pandai berkata2…tp bila tersepit ..berdiam diri…ibarat anjing yg menyalak,,bila kena baling kasut hilang keberanian…..

  3. karapaan says:

    setuju sangat hadi perlu utk membuat kenyataan umum berhubung amanat tersebut… paling kurang pun, kalau tak mahu mohon maaf, cuba clarify apa maksud sebenar yang cuba disampaikan…
    rasanya RTM patut bagi slot kepada hadi awang utk minta maaf secara terbuka n jelaskan isu tersebut kepada umum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">