CAP & SAM!! “Double Standard” Dalam Isu Pembalakan Tasik Pedu Dan Gunung Inas
Pertubuhan bukan kerajaan yang berdiam diri dalam kes pembalakan rakus di kawasan Tasik Pedu dan Gunung Inas di Kedah adalah bacul dan tidak profesional.
Kita boleh lihat NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bersikap "DOUBLE STANDARD" kerana mereka hanya bising mengulas kes pembalakan di Sarawak dan Sabah sebelum ini tetapi tidak pula mengumumkan kepada dunia dan membuat heboh apabila ia berlaku di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak tegur atau kritik kerajaan (yang dipimpin PAS) Kedah walhal segalanya yang membabitkan kerajaan pusat dipolitikkan, seolah-olah tiada langsung sikap patriotisme mereka.
NGO-NGO ini seperti ada persefahaman dengan pihak-pihak pakatan haramyang hendak melihatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh. Sikap dwi-standard NGO-NGO ini boleh diteka kerana agenda mereka selari dengan agenda NGO asing yang mungkin membiayai pergerakan mereka di Malaysia. oleh itu, golongan muda harus mengambil peduli dan berfikir panjang terhadap setiap perkembangan yang berlaku supaya tidak mudah dipengaruhi pihak tertentu. Golongan muda dan pelajar telah lama dipergunakan oleh pemimpin yang mempunyai agenda tersembunyi seperti demonstrasi pelajar di Baling pada 1974. Dalam kes itu sebenarnya tiada pun orang yang mati kelaparan tetapi kerana pelajar dipergunakan oleh Anwar Ibrahim, maka boleh dikatakan hari-hari berlaku demonstrasi di kawasan universiti. Anwar mengajar rakyat membuat demonstrasi sejak lama dulu. Kita sepatutnya bertanya mengapa harus diadakan demonstrasi. Golongan muda hari ini wajib berfikir dengan lebih terbuka.
Pilihan raya umum ke-13 kali ini menyaksi 2.8 juta pengundi baharu. Daripada jumlah itu kira-kira sejuta ialah pengundi bawah umur 25 tahun. Kita amat berharap agar mereka membuat keputusan yang tepat.



