Category Archives: VIDEO GALLERY

nopic

Kakitangan KUIN Akan Berkempen Menjatuhkan Azizan Razak Di PRU 13 Ini

Sebelum ini kita melihat 11 DUN milik PAS Kedah bersama Dewan Ulama PAS Kedah mendesak Azizan Razak meletak jawatan setelah gagal menjalankan tanggungjawapnya sebagai pemimpin negeri. Kini satu lagi tamparan hebat yang terpaksa  Azizan Razak, Menteri Besar Kedah terima setelah kakitangan Kolej Univesiti Insaniah ( KUIN ) dengan sebulat suara telah bersetuju akan turun beramai-ramai ke DUN Sungai Limau pada PRU 13 ini untuk berkempen menjatuhkan Azizan Razak di kawasannya.sendiri.

Tindakan ini di ambil ekoran sikap Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah enggan mendengar penjelasan dari pihak kakitangan KUIN dan mempertahankan tindakan zalim REKTOR KUIN lantikkannya , Jamil Osman.

Debat Nasrudin Tantawi-Fathul Bari: Hasil Balak Meningkat Di Kedah, Cepatkan Kedatangan Kiamat

Entah bagaimana Ketua Pemuda PAS berfikir, hanya dia dan Allah Taala sahaja yang dapat memberikan jawapan. Namun sesuatu yang dapat disahkan ialah bagaimana Tantawi sebenarnya berfikir ialah, PAS dan Pakatan Rakyat yang perlu dibelanya. Seperti juga yang dikatakannya konon, Pakatan Rakyat tidak mempunyai akses kepada media-media di Malaysia kerana keseluruhan media arus perdana berpihak kepada Barisan Nasional. 

Sedangkan pada masa yang sama, Fathul Bari pula cuba menegaskan bahawa politik Islam yang sebenar adalah politik yang menolak persepsi dan tuduhan tanpa bukti. 

YDP PAS Kulim-Bandar Baharu Membodohkan Diri Sendiri!

Hasan Razak bukannya orang asing di Kulim-Bandar Baharu. Malah pegangannya dalam agama juga seringkali berubah-ubah. Selepas berhenti kerja sebagai anggota Askar Melayu Diraja dengan pangkat Sarjan pada awal 1980-an, Hasan Razak bekerja kampung iaitu menoreh getah sebelum akhirnya menjadi guru agama sepenuh masa selain menceburkan diri dalam bidang politik yang berkiblatkan PAS. 

Kontroversi yang diwujudkan oleh Hasan Razak pada awal penglibatannya dalam bidang politik ialah mengkafirkan orang UMNO dan memutuskan silaturrahim antara ahli keluarga yang berlainan kiblat politik. Fahamannya bercampur antara Wahabi dan Syiah sehinggakan gendang lama di Masjid Kampung Sungai Tengas yang digunakan ketika kecemasan dibakar, kononnya Islam tidak membenarkan kewujudan gendang yang disifatkannya sebagai alatan muzik. 

Ketua AMK Sik Ajak Penduduk Selama Kedah Mati Syahid Menentang Kerajaan!

Dari zaman ke zaman, terdapat segelintir manusia yang sebenarnya sangat dangkal tentang agama yang mereka anuti tetapi dek kerana kepetahan dan kefasihan mereka bertutur, maka mereka pun diangkat sebagai pengajar, penceramah, bahkan mursyid biarpun gelaran-gelaran berkenaan langsung tidak bertepatan dengan apa yang terdapat pada diri mereka sendiri. 

Itulah yang berlaku kepada Ketua AMK Sik yang berceramah di Padang Awam Taman Cempaka, Selama Kedah pada 23 Mei lalu apabila dia cuba berijtihad kononnya, amalan solat dan mengerjakan segala titah perintah Allah Taala yang lain, tidak menjamin masuk syurga. Sebaliknya jalan pintas untuk ke syurga adalah MATI SYAHID. Dan untuk menyedapkan ceritanya dia pun memetik kata-kata yang kononnya bersanadkan kepada Ibrahim Libya, salah seorang pengikut PAS tegar yang sangat meyakini bahawa Kerajaan UMNO-BN pada waktu itu adalah kafir dan akhirnya dia terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis di Memali, Baling.

Aktiviti Pembalakan Azizan Matikan Industri Pelancongan Penduduk Kampung

BALING – Aktiviti pembalakan yang tidak dipantau dan dilaksanakan secara rakus telah mengakibatkan para penduduk Kampung Iboi, Mukim Kupang, di sini, telah kerugian lebih RM2,800 sebulan.

Menurutnya, penduduk kampung itu telah mengambil inisiatif apabila kajian yang dijalankan menunjukkan lebih 300 kenderaan dari luar mengunjungi tapak perkelahan air terjun itu setiap minggu dan ia dilihat mampu menjana pendapatan sampingan untuk mereka.

Bagaimanapun setelah segala usaha dibuat termasuk mendaftarkan koperasi mereka di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dilakukan, segalanya musnah begitu saja apabila Kerajaan PAS Negeri Kedah menyerahkan hutan simpan Gunung Inas kepada kontraktor balak, tahun lalu.

Sejak itu, kawasan air terjun Lata Celak telah tercemar teruk dan menjadi keruh bagaikan “air milo” disebabkan hakisan yang dipercayai berpunca dari aktiviti pembalakan yang tidak berkala serta tidak dipantau pihak kerajaan negeri.

ADUN PAS Kupang Janjikan Geran Tanah: Geran Tak Dapat, Ratusan Ribu Wang Orang Kampung Hangus!

Baling – Petikan Video di atas merupakan kenyataan salah seorang wakil penduduk kampung di Mukim Kupang di sini yang mendakwa telah dianiaya dan ditipu oleh wakil rakyat DUN Kupang, Johari Abdullah, dari parti PAS.

Menurut Harun Jusoh, 51, seramai lebih 1,000 orang peserta yang menjadi pemohon tanah rezab Melayu di kawasan tersebut telah dijanjikan pemilikan geran tanah oleh Johari, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joe.

Harun berkata, dia telah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 17 April lalu di mana pihak Kerajaan PAS Kedah menyatakan bahawa permohonan mereka tidak dihantar kepada pejabat tanah.

Ekoran itu katanya, pejabat tanah daerah tidak mengetahui sebarang butiran permohonan, sekaligus tiada sebarang petanda yang menunjukkan bahawa permohonan tanah tersebut akan diproses oleh pihak berkenaan.

Wanita PKR Gelar Polis Sebagai ANJING HINA!

Wanita di dalam klip video ini sebenarnya sedang BERBOHONG untuk mendapatkan simpati dan bagi membenarkan perlakuan menyalahi undang-undang yang telah dilakukan oleh para peserta BERSIH 3.0 yang melakukan rusuhan pada 28 April lalu. Dalam ceramahnya di Langkawi, POZIYAH HAMZAH atau lebih dikenali sebagai KAK ZI, Ketua Wanita PKR Cabang Kangar, Perlis menceritakan bagaimana anggota polis telah memijak dan menzalimi para peserta BERSIH 3.0.

Bagi kami, warga kedahan69ers.com yang turut berada di Kuala Lumpur pada tengah malam 28 April sehinggalah menjelang maghrib hari yang sama, apa yang diceritakan oleh Poziyah sebenarnya tidak lebih daripada satu pembohongan dan pendustaan nyata. 

Serangan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan penghinaan terhadap anggota-anggota polis, sebenarnya bukanlah bermula pada BERSIH 3.0 sahaja. Lebih awal dari itu, para pemimpin Pakatan Rakyat seringkali menghasut rakyat agar menentang anggota-anggota polis. Mereka sangat cepat memberikan reaksi dan respons apabila terdapat kes-kes membabitkan orang awam yang melibatkan PDRM, tetapi apabila ada anggota PDRM yang tercedera atau terbunuh ketika bertugas, masing-masing menekup telinga dan buat-buat seperti orang tuli. 

Bukti Video Anwar dan Azmin Arahkan Rempuhan

Mahasiswa Sendiri Tak Sokong Anwar Hapuskan PTPTN

Tinjauan dan kajiselidik yang dibuat, mengesahkan bahawa perjuangan Adam Adli yang didalangi oleh Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN tidak mendapat sokongan. Di Kedah, pendapat mahasiswa-mahasiswa di KUINS dan UUM, telah diperolehi. Hampir kesemua daripada mereka berpendapat bahawa PTPTN tidak sewajarnya dihapuskan.

Di sebalik cubaan PKR untuk menunjukkan kepada dunia kononnya, PTPTN adalah sesuatu yang bersifat zalim dan membuat aniaya kepada para pelajar serta golongan muda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, lebih ramai pula yang berpendapat PTPTN telah banyak memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka.

Sanggahan telah dibuat terhadap cadangan Anwar Ibrahim dan PKR, khususnya yang konon-kononnya untuk menjadikan PTPTN percuma kepada golongan muda menerusi pengalihan modal dan keuntungan syarikat-syarikat negara. Bahkan idea kering Anwar Ibrahim itu dianggap sebagai satu angan-angan besar yang tidak akan berjaya memandangkan tidak ada sebuah negara di dunia pun yang memberikan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya menerusi cara atau kaedah yang dimimpikan oleh Anwar kepada rakyat Malaysia.