Category Archives: JOM TENGOK !
MAS Selamatkan Penumpang Yang Dianiaya Air Asia
Air Asia telah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Kita harus mengkaji mengapa Azran dengan berani mengeluarkan kenyataan mencerca Utusan Malaysia? Adakah beliau bertindak bagi pihak majikannya Air Asia? Dengan sebab itu Air Asia pekakkan telinga walaupun diasak supaya memecat Azran ini. Bangsa Melayu wajib bersatu demi memastikan maruah bangsa, agama Islam dan tanahair terus terpelihara. Seruan untuk memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia merupakan jihad kita untuk bangsa dan agama.
Kisah kebiadapan Azran bukan satu-satunya sebab kita wajib memboikot Air Asia. Sekali lagi Melayu dipijak dan dihina oleh Air Asia. Namun Allah maha kaya, dengan kekuasaannya maka bangsa Melayu yang dianiaya oleh Air Asia ini telah diselamatkan oleh Malaysia Airline System (MAS).
Sepintas lalu kita selami kisah bangsa Melayu yang dianiaya ini. Kisah getir ditempuh oleh Izan dan anaknya, Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan, dilarang menaiki pesawat Air Asia AK 1455, penerbangan dari lapangan terbang di Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur .
“Saya berasa musykil. Maryam kena chicken pox kira-kira seminggu sebelum berangkat ke Ho Chi Minh, Vietnam, pada hari Rabu, 15 Mei 2013. Doktor di Malaysia telah mengesahkan tahap kesihatan Maryam baik sebelum kami terbang, malah malam sebelum ke sana, Maryam sekali lagi dibawa menjalani pemeriksaaan doktor. Berikutan pengesahan itu berstatus sama, kami membawa Maryam bersama,” ujar Saiful.
Memang Air Asia berhak melarang penumpang untuk tidak menaiki pesawat jika didapati membahayakan nyawa penumpang lain. Maklumat itu tercatat di salinan terma dan syarat perincian penerbangan.
“Masalahnya, sehingga malam tadi, kami sekeluarga masih lagi kabur, mengapakah Maryam tidak dibenarkan pulang? Dia tidak demam dan apabila ditanyakan kepada kakitangan Air Asia di lapangan terbang Ho Chi Minh, mereka tidak langsung memberikan penjelasan.
Azizan Makin Pulih
Dengan izin Allah dan doa dari umat Islam akhirnya kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Namun begitu beliau belum boleh bercakap. Walaupun keadaannya masih lemah tetapi stabil.
Azizan juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya. Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan. Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai. Tambahan pula, beliau kini dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di HPP.
Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis. Kami semua terus mendoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya secepat mungkin.
Mukhriz : Hentikan Pembalakan Dan Selesikan Masalah KUIN

Barisan Nasional memang sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir telah mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas Baling dan Tasik Pedu Padang Terap yang dibantah rakyat, dihentikan segera bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif alam sekitar dan rakyat. Akhirnya suara rakyat didengar. Kita tidak boleh meneraju Negara ala-ala syok sendiri sahaja. Pandangan dan rintihan rakyat harus diberi keutamaan.
Aktiviti pembalakan itu perlu dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA). Sekiranya ada sebarang aduan berasaskan kepada bukti menyatakan bahawa syarat tersebut walaupun sedikit tidak dipatuhi, maka MB tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan (terus) dengan segera.
Adam Adli Ditangkap Atas Akta Hasutan
Sudah sampai masanya semua pengkhianat negara yang sengaja mencari pasal dan menghuru-harakan keamanan dengan niat jahat melampau ini dikenakan tindakan yang sewajarnya. Kesabaran pihak berkuasa ada hadnya. Jangan mereka fikir bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja sesuka hati semata-mata kerana didalangi oleh Israel dan sekutu-sekutunya. Adam Adli yang sentiasa bertindak dengan kurang ajar yang melampau hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.
Adam telah ditahan di Bangsar Utama dan dibawa ke Balai Polis Jinjang. Beliau telah digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.
Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu. Sesungguhnya Adam Adli ini sekadar membaca skrip Anwar Ibrahim yang bertindak atas agenda DAP yang telah gagal menakluk negara kita.
Alor Setar Destinasi “Himpunan Kera Dalam Jagaan” Anwar 21 Mei
Anwar akan menganjurkan himpunan haram di Kedah pula pada 21 May 2013. Kali ini beliau memilih Alor Setar. KONONnya Anwar mahu menyatakan pendirian bahawa Pilihanraya ke 13 tidak adil. Mengikut Anwar yang begitu suka menghuru-harakan Negara ini, SPR telah bertindak tidak adil namun mereka tidak pula mempertikaikan tiga negeri yang dimenangi oleh pakatan haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sekiranya begitu tidak adil sekali SPR ini maka jangan lah diiktiraf kemenangan tiga negeri pakatan haram ini. Namun sebaliknya berlaku, apabila menang sahaja mereka ditiga negeri ini maka keesokkan harinya maka pakatan haram segera mengangkat sumpah jawatan masing-masing, memang sungguh hipokrit.
Isu yang penulis ingin suarakan di sini adalah mengapa Anwar memilih Alor Setar sebagai destinasi himpunan haram beliau. Mengapa Anwar tidak memilih kawasan Pokok Sena yang dimenangi oleh Mahfuz Omar? Adakah kerana majoriti pengundi di Alor Setar terdiri dari kaum Cina manakala majoriti pengundi di Pokok Sena adalah kaum Melayu? Mengapa Anwar seolah-olah membawa suara pengundi Cina? Adakah kerana Anwar sedang bertindak sebagai balaci DAP untuk mengadakan himpunan haram ini. Makanya DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dengan melalui saluran Anwar Ibrahim yang gila mahu menjadi Perdana Menteri maka DAP mengelakkan KONONnya dituduh rasis memandangkan mereka memang rasis tahap kritikal maka Anwar muncul sebagai penyelamat mereka.
Mukhriz Seru Semua Pihak Bersatu Bangunkan kedah
PRU 13 sudah berlalu. Ini masanya meneraju negeri dengan sebaik mungkin. Walaupun Anwar cuba menghalang proses ini, kita tidak boleh tunduk terhadap perancangan jahat beliau. Setiap pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat bertanggungjawab berkhidmat dan mentadbir sebaik mungkin kerana ini bukan sahaja amanah dari rakyat, ianya juga merupakan amanah dari Allah. Oleh itu rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 untuk sama-sama membangunkan negeri.
Guru Cina Larang Pelajar Nyanyi Lagu Negaraku

Sikap kurang ajar penyokong DAP sudah sampai ketahap yang tidak boleh diterima. Jelas mereka mahu menjajah Malaysia. Mereka terlalu bencikan Raja-raja Melayu yang BERBANGSA MELAYU. Mereka bencikan ORANG MELAYU kerana ini asalnya TANAH MELAYU.
Saiful Bakal Melangsungkan Perkahwinan Bersama Nik Suriani 25 Mei 2013

Tahniah Saiful. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Hujan rebut yang Allah turunkan buat Saiful rupanya ada pelangi menanti Saiful bersama Nik Suriani yang jelita. Saiful Bukhari telah mengesahkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.
Majlis perkahwinan mereka bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan. Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.
Istiadat Angkat Sumpah Menteri Dan Timbalan Menteri Buat Anwar Sawan Babi
Anwar Ibrahim dan barisan pakatan haram terpaksa menelan kepahitan apabila para menteri dan timbalan menteri yang menduduki cabinet 2013 telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara pagi ini. Istiadat di ketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi di Istana Negara.
Istiadat angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Ianya bermula dengan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Senarai Lengkap Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri 2013

Walaupun Negara telah diasak dan digasak tahap maksima oleh pakatan haram namun dengan berkat usaha kerja keras berterusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib maka Negara masih dapat mempertahankan kepimpinan Barisan Nasional. Kita harus memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk seri Najib dan barisan kabinet beliau yang baru untuk membuktikan kehebatan beliau menangani isu dan dalam masa yang sama meneraju Negara menuju keamanan , kemakmuran , kestabilan, perpaduan dan kemajuan.
Pembunuhan Timbalan Kastam : Suspek Kedah Pula Ditahan

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim merupakan kes berprofil tinggi. Setelah beberapa tangkapan telah dibuat, kini seorang lagi pengimport alat-alat ganti kenderaan ditahan berhubung kes bunuh tersebut.
Suspek yang berumur 37 tahun ditahan di Kuala Lumpur. Beliau berasal dari Kedah ditahan jam 2 petang semalam. Polis ada beberapa petunjuk positif untuk merungkaikan kes ini. Suspek akan direman untuk membantu siasatan.
Pemerhati SPR Berkempen Untuk Pakatan Haram
Agen SPR terutamanya di Selangor amat ketara bertindak menyebelahi pakatan haram. Bermula dengan proses pertama hingga akhir mereka seolah-olah akur kepada arahan pakatan haram. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti laporan Merdeka Centre sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan kerana tidak mematuhi aku janji.
Laporan organisasi itu akan diteliti dan menemui kepemimpinannya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.



