Category Archives: KEDAH HARI INI

azizan

Azizan Makin Pulih

 

Dengan izin Allah dan doa dari umat Islam akhirnya kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Namun begitu beliau belum boleh bercakap. Walaupun keadaannya masih lemah tetapi stabil.

Azizan  juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya. Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan.  Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai. Tambahan pula, beliau kini dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di HPP.



Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis.  Kami semua terus mendoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya secepat mungkin.

mukhriz

Mukhriz : Hentikan Pembalakan Dan Selesikan Masalah KUIN

 

 

 

Barisan Nasional  memang sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir  telah mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas Baling dan Tasik Pedu Padang Terap yang dibantah rakyat, dihentikan segera bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif alam sekitar dan rakyat. Akhirnya suara rakyat didengar.  Kita tidak boleh meneraju Negara ala-ala syok sendiri sahaja. Pandangan dan rintihan rakyat harus diberi keutamaan.

Aktiviti pembalakan itu perlu dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA). Sekiranya ada sebarang aduan berasaskan kepada bukti menyatakan bahawa syarat tersebut walaupun sedikit tidak dipatuhi, maka MB tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan (terus) dengan segera.

kalah

Alor Setar Destinasi “Himpunan Kera Dalam Jagaan” Anwar 21 Mei

 

Anwar akan menganjurkan himpunan haram di Kedah pula pada 21 May 2013. Kali ini beliau memilih Alor Setar.  KONONnya Anwar mahu menyatakan pendirian bahawa Pilihanraya ke 13 tidak adil. Mengikut Anwar yang begitu suka menghuru-harakan Negara ini, SPR telah bertindak tidak adil namun mereka tidak pula mempertikaikan tiga negeri yang dimenangi oleh pakatan haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sekiranya begitu tidak adil sekali SPR ini maka jangan lah diiktiraf kemenangan tiga negeri pakatan haram ini. Namun sebaliknya berlaku, apabila menang sahaja mereka ditiga negeri ini maka keesokkan harinya maka pakatan haram segera mengangkat sumpah jawatan masing-masing, memang sungguh hipokrit.

 

Isu yang penulis ingin suarakan di sini adalah mengapa Anwar memilih Alor Setar sebagai destinasi himpunan haram beliau. Mengapa Anwar tidak memilih  kawasan Pokok Sena yang dimenangi oleh Mahfuz Omar? Adakah kerana majoriti pengundi di Alor Setar terdiri dari kaum Cina manakala majoriti pengundi di Pokok Sena adalah kaum Melayu? Mengapa Anwar seolah-olah membawa suara pengundi Cina? Adakah kerana Anwar sedang bertindak sebagai balaci DAP untuk mengadakan himpunan haram ini. Makanya DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dengan melalui saluran Anwar Ibrahim yang gila mahu menjadi Perdana Menteri maka DAP mengelakkan KONONnya dituduh rasis memandangkan mereka memang rasis tahap kritikal maka Anwar muncul sebagai penyelamat mereka.

Mukhriz Seru Semua Pihak Bersatu Bangunkan kedah

 

PRU 13 sudah berlalu. Ini masanya meneraju negeri dengan sebaik mungkin. Walaupun Anwar cuba menghalang proses ini, kita tidak boleh tunduk terhadap perancangan jahat beliau. Setiap pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat bertanggungjawab berkhidmat dan mentadbir sebaik mungkin kerana ini bukan sahaja amanah dari rakyat, ianya juga merupakan amanah dari Allah. Oleh itu rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 untuk sama-sama membangunkan negeri.

Untitled-71-370x290

Badrul Hisham Hashim Hadapi Tugas Sukar Tangani Pusat Hiburan Haram Warisan PAS

Exco Kerajaan Tempatan Kedah, Badrul Hisham Hashim yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kedah, pastinya sedang memikirkan kaedah yang paling berkesan untuk menangani masalah pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan pada zaman pentadbiran PAS sekaligus menjadi buah mulut rakyat Kedah, bahkan rakyat Malaysia memandangkan PAS seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Islam dan kerajaan yang mereka bentuk pula adalah kerajaan Islam. 

Beberapa pendedahan tentang kewujudan kelab-kelab hiburan eksotik termasuklah yang terletak di Alor Mengkudu yang sebelum ini dikatakan sebagai kubu kuat PAS, benar-benar menggemparkan. Walaupun para pecacai dan pemimpin PAS tempatan cuba menyatakan bahawa gambar-gambar eksotik yang disiarkan, adalah gambar-gambar yang dirakamkan di kelab-kelab hiburan eksotik di seberang sempadan, namun bukti-bukti yang didedahkan menunjukkan bahawa itulah sebenarnya yang berlaku di Alor Mengkudu. 

ONG SOON BOON

Ketua Pemuda MCA Kedah Letak Jawatan Sebab Bengang Dengan Chua Soi Lek

Semakin lama, semakin haru pula MCA jadinya. MCA di seluruh negara sedang dilanda krisis kepimpinan yang jauh lebih hebat berbanding pada zaman Tan Koon Swan dan Neo Yee Pan. Bahkan kemampuan menang di tujuh buah Kerusi Parlimen berbanding 37 yang ditandingi, membuatkan Chua Soi Lek dilihat sebagai pengancam utama survival parti yang diwujudkan oleh saudagar-saudagar dan pemilik-pemilik ladang getah serta lombong bijih timah itu. 

Chua Soi Lek dilihat masih lagi cuba bertahan untuk terus berada di kerusi empuk Presiden meskipun percaturannya dari tahun 2008 sehinggalah tahun 2013 tidak sahaja mengalami kegagalan, bahkan bencana. Dan bencana tersebut bukan sahaja hanya menimpa MCA, tetapi juga Barisan Nasional apabila perikatan tersebut hanya mampu menang 133 kerusi Parlimen daripada 222 Kerusi Parlimen, sekaligus menyebabkan Barisan Nasional hanya mampu menubuhkan kerajaan tanpa majoriti dua pertiga. 

IMG-20130515-WA007

Senarai Barisan Exco Kedah Secara Rasmi Hari Ini

Hari ini, Kedah mempunyai barisan Exco Negeri yang baru apabila Barisan Nasional atau lebih tepat lagi, UMNO berjaya merampas semula Kedah dari tangan PAS. Ramai yang memberikan harapan agar barisan Exco baru Kedah ini dapat memulihkan semula kerosakan yang telah dilakukan oleh barisan Exco Negeri di bawah PAS.

Selain berjawatan Menteri Besar, Mukhriz Mahathir dalam barisan Exco ini memegang portfolio PERANCANG EKONOMI NEGERI, HAL EHWAL TANAH HASIL BUMI DAN SUMBER ALSI, Majlis Tindakan Kewangan Negeri dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri. Sekaligus bersesuaian dengan latar belakangnya sebelum ini yang terlibat dalam mencari hasil pelaburan baru untuk negara di MITI. 

Pengalamannya di Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, pastinya amat berguna untuk kembali menjadikan Kedah sebagai salah sebuah negeri yang berdaya saing dan mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih besar serta tangga gaji dan kadar upah yang lebih besar untuk rakyat Kedah, mahupun rakyat negeri lain yang menumpang mencari rezeki di negeri ini. 

Barisan Exco baru ini dilihat bakal berhadapan dengan situasi yang amat mencabar bagi memulihkan Kedah semula. Bagaimanapun, pengalaman serta kepimpinan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar yagn baru, pastinya akan membolehkan segala rintangan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.

Berikut adalah senarai Barisan Exco Negeri Kedah untuk penggal yang baru:

Pembunuhan Timbalan Kastam : Suspek Kedah Pula Ditahan

 

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim  merupakan kes berprofil tinggi. Setelah beberapa tangkapan telah dibuat, kini seorang lagi  pengimport alat-alat ganti kenderaan ditahan berhubung kes bunuh tersebut.

 

Suspek yang berumur 37 tahun ditahan di Kuala Lumpur. Beliau berasal dari Kedah ditahan jam 2 petang semalam. Polis ada beberapa petunjuk positif untuk merungkaikan kes ini. Suspek akan direman untuk membantu siasatan.

Azizan-Tolong-Dedahkan-Cina-Yang-Serah-Duit-Pada-Phahrolrazi--300x234

Perletakan Jawatan Phahrolrazi Zawawi Buatkan PKR Makin Kuat Di Kedah

Barangkali kerana kecewa Mahfuz Omar dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah melangkaui ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah sedia ada, Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah, meletak jawatan. Alasannya, dia berasa bertanggungjawab di atas kekalahan PAS Kedah dalam PRU13 yang lalu. 

Senario PAS Kedah semakin menarik walaupun PRU13 telah lebih seminggu berlalu. Bermula dengan kemasukan bekas Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap bekas Menteri Besar, Azizan Abdul Razak ke hospital dan pemotongan kedua-dua belah kakinya, sebahagian besar warga PAS Kedah terperanjat beruk apabila Mahfuz Omar dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS yang baru menggantikan Azizan Abdul Razak. 

Jangan Megah Sangat Dengan Kemenangan 21 Kerusi, Sebaliknya Perbaikilah Lagi

Barangkali masih ramai yang meraikan kejayaan merampas kembali Kedah dari tangan PAS pada PRU13 yang lalu. UMNO adalah kuasa terbesar di Kedah manakala PAS pula adalah kuasa kedua yang mengimbangi kekuasaan UMNO yang diterajui oleh Menteri Besar Kedah yang baru, Mukhriz Mahathir. Seminggu telah berlalu semenjak keputusan PRU13 diketahui. Walaupun ada wakil rakyat yang sudah mula turun ke kawasan, tetapi nampaknya lebih ramai wakil rakyat yang masih seronok dan bergembira dengan kejayaan mereka. 

Kalau semasa kempen, hari-hari boleh tengok muka dan batang hidung. Namun apabila sudah terpilih, susah pula nak dihubungi. Bahkan deringan telefon juga berterusan sehinggalah masuk ke peti simpanan pesanan bersuara. 

Sibuk sangatlah kut?

bakal pesuruhjaya pas kedah

Siapa Ganti Azizan Abdul Razak Sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah?

Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, tidak akan memungkinkan dia menjadi pemimpin utama di Kedah lagi. Bahkan Azizan juga amat mustahil akan menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah walaupun dia telah kembali sedar daripada ubat bius. Dengan keadaan kedua-dua belah kakinya dipotong, Azizan terpaksa hidup dan beraktiviti di atas kerusi roda. 

Dan di dalam siyasah syariah, pemimpin yang mengalami kecacatan atau kekurangan anggota tubuh, perlu menyerahkan keimaman mereka kepada pemimpin lain. Amanah yang ada dalam ajaran Islam dan menjadi intipati kepada kepimpinan, akan menyebabkan Azizan perlu menyerahkan jawatannya kepada pemimpin-pemimpin PAS lain yang lebih layak. 

Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan para pemimpin PAS Kedah yang layak untuk menerima jawatan berkenaan? 

Sekurang-kurangnya tiga nama diketahui amat berminat dengan jawatan berkenaan. Malah mereka bercita-cita besar dan sewaktu sihatnya Azizan lagi, mereka telah melancarkan gerakan untuk menggulingkan Azizan sama ada sebagai Menteri Besar Kedah, atau pun sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Mereka inilah juga yang banyak menyebarkan cerita-cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak. Bahkan mereka jugalah yang merupakan golongan pertama yang mendakwa Azizan sudah meninggal dunia ketika Azizan diwadkan di hospital di Pulau Pinang itu sehingga mengakibatkan kedua-dua belah kakinya dikudungkan kerana jangkitan kuman.

Siapakah mereka? 

Phahrolrazi Zawawi adalah pemimpin PAS Kedah yang paling agresif menyerang Azizan Abdul Razak. Permusuhannya dengan Azizan Abdul Razak bermula apabila Phahrolrazi mulai disekat daripada mendapatkan lebih banyak kontrak dan tender. Malah Azizan dalam beberapa keadaan, telah tidak menyambung syarikat-syarikat kontraktor yang mempunyai kaitan dengan Phahrolrazi termasuklah salah sebuah syarikat di mana anak lelaki Phahrolrazi menjadi ahli Lembaga Pengarah. 

Permusuhan lebih sengit apabila Azizan mulai menyekat kontrak pembalakan dan pengeluaran pasir selain memberikan kontrak membaiki jalan raya kepada syarikat-syarikat lain, termasuklah syarikat-syarikat yang dikatakan milik orang UMNO. Phahrolrazi tidak berpuas hati dan mulai melancarkan serangan dari dalam untuk menggulingkan Azizan. 

Bibit-bibit perpecahan mulai ketara apabila Phahrolrazi berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN-ADUN PAS untuk menentang Azizan. Malah Phahrolrazi juga berjaya mendapatkan sokongan daripada Dewan Ulama PAS Kedah yang kemudian melancarkan satu lagi serangan untuk memalukan Azizan Abdul Razak dengan serangan dan kempen di Sungai Limau, kawasan yang menjadi kubu kuat Azizan Abdul Razak. 

Seorang lagi pemimpin PAS Kedah yang sangat bercita-cita besar adalah Naib Presiden PAS yang juga pemenang Kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar yang seringkali dilihat sebagai si bodoh yang diberikan jawatan, awal-awal lagi telah menyatakan permusuhan dengan Azizan Abdul Razak apabila dia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi salah sebuah syarikat GLC Kedah. Kononnya, dia tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk  Azizan yang tidak memberikan keistimewaan kepada orang-orang PAS, sebaliknya Azizan lebih mirip kepada pemimpin UMNO. 

Mahfuz Omar telah bekerjasama dengan Phahrolrazi dalam cubaan menumbangkan Azizan Abdul Razak. Kejayaan terbesar mereka ialah apabila meletakkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pemantauan Ahli Jawatankuasa PEMANDU yang bertindak tidak ubah seperti Residen Inggeris di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-18 dahulu. Namun penyokong utama Mahfuz, sudah tentulah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP dan Anwar Ibrahim, DAJJAL LAKNATULLAH yang sedang berusaha mengucar-ngacirkan negara ini menerusi hasutan agar rusuhan dan pemberontakan berlaku.

Pemimpin PAS Kedah ketiga yang berpotensi untuk menggantikan Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah adalah Amiruddin Hamzah, orang yang dikatakan oleh Azizan sendiri sebagai penggantinya di Kedah. Amiruddin Hamzah walaupun pada mulanya merupakan penyokong Phahrolrazi Zawawi memandangkan mereka dari kumpulan pimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Phahrolrazi adalah Yang Dipertua dan Amiruddin adalah Naibnya, kemudiannya melihat peluang terbuka untuk bersekutu pula dengan Azizan Abdul Razak sehinggakan pada suatu peringkat, dia telah diberi amaran oleh Phahrolrazi Zawawi agar tidak menerima jawatan Exco yang ditawarkan oleh Azizan kepadanya. 

Amiruddin bagaimanapun, enggan mendengar cakap dan perintah Phahrolrazi Zawawi. Tawaran menjadi Exco diterimanya. Sebagai balasan, Phahrolrazi mengisytiharkan bahawa keahlian Amiruddin selaku ahli PAS kawasan Kuala Kedah digantung walaupun sebenarnya kuasa menggantung ahli adalah kuasa pimpinan Pusat. 

Di kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kedah, Amiruddin dilihat lebih cerdik dan lebih berwibawa. Bukan kerana dia lebih hebat bekerja memandangkan masalah KUIN bermula pada zaman dia menjadi Exco yang berkaitan. Bukan juga kerana dia berjaya membawa lebih banyak pelaburan ke Kulim Hi-Tech Park walaupun kerap benar dia keluar negara kononnya untuk mencari pelabur-pelabur baru, tetapi kerana Amiruddin lebih bijak menyambar peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya. 

Dengan kata lain, wajah Amiruddin seringkali melindungi perangai sebenarnya!

Nama-nama seperti Ismail Salleh, Nasir Mustafa, Taulan Rasul, Che Hamdan Che Khalib dan Mat Sabu sendiri, sebenarnya tidak begitu kukuh di Kedah. Mereka mungkin dikenali oleh PAS kawasan tetapi mereka tidak terkenal di seluruh Kedah. Walaupun ada di kalangan mereka yang telah dilantik menjadi Exco, namun mereka lebih banyak belajar main golf daripada turun untuk melihat atau mengambil tahu masalah rakyat. Justeru, mereka bukanlah calon-calon yang berkelayakan dan berwibawa. 

Justeru, siapakah di kalangan tiga nama yang menduduki hierarki teratas PAS Kedah itu yang layak menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak yang sudah tidak berupaya dan cacat?

Para penyokong dan ahli-ahli PAS masih lagi menanti….

image (1)

Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor Lawat Azizan Atas Sifat Sahabat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang (HPP). 

Beliau yang ditemani isterinya, Datin Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 1.30 petang serta meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat Azizan yang masih di rawat di Unit Rawatan Rapi HPP.

Hadir sama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.