Category Archives: NASIONAL

azizan

Azizan Makin Pulih

 

Dengan izin Allah dan doa dari umat Islam akhirnya kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Namun begitu beliau belum boleh bercakap. Walaupun keadaannya masih lemah tetapi stabil.

Azizan  juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya. Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan.  Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai. Tambahan pula, beliau kini dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di HPP.



Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis.  Kami semua terus mendoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya secepat mungkin.

mukhriz

Mukhriz : Hentikan Pembalakan Dan Selesikan Masalah KUIN

 

 

 

Barisan Nasional  memang sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir  telah mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas Baling dan Tasik Pedu Padang Terap yang dibantah rakyat, dihentikan segera bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif alam sekitar dan rakyat. Akhirnya suara rakyat didengar.  Kita tidak boleh meneraju Negara ala-ala syok sendiri sahaja. Pandangan dan rintihan rakyat harus diberi keutamaan.

Aktiviti pembalakan itu perlu dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA). Sekiranya ada sebarang aduan berasaskan kepada bukti menyatakan bahawa syarat tersebut walaupun sedikit tidak dipatuhi, maka MB tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan (terus) dengan segera.

ADAM ADLI

Adam Adli Ditangkap Atas Akta Hasutan

 

Sudah sampai masanya semua pengkhianat negara yang sengaja mencari pasal dan menghuru-harakan keamanan dengan niat jahat melampau ini dikenakan tindakan yang sewajarnya.  Kesabaran pihak berkuasa ada hadnya. Jangan mereka fikir bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja sesuka hati semata-mata kerana didalangi oleh Israel dan sekutu-sekutunya. Adam Adli yang sentiasa bertindak dengan kurang ajar yang melampau hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.



Adam telah ditahan di Bangsar Utama dan  dibawa ke Balai Polis Jinjang. Beliau telah digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.




Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu. Sesungguhnya Adam Adli ini sekadar membaca skrip Anwar Ibrahim yang bertindak atas agenda DAP yang telah gagal menakluk negara kita.

kalah

Alor Setar Destinasi “Himpunan Kera Dalam Jagaan” Anwar 21 Mei

 

Anwar akan menganjurkan himpunan haram di Kedah pula pada 21 May 2013. Kali ini beliau memilih Alor Setar.  KONONnya Anwar mahu menyatakan pendirian bahawa Pilihanraya ke 13 tidak adil. Mengikut Anwar yang begitu suka menghuru-harakan Negara ini, SPR telah bertindak tidak adil namun mereka tidak pula mempertikaikan tiga negeri yang dimenangi oleh pakatan haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sekiranya begitu tidak adil sekali SPR ini maka jangan lah diiktiraf kemenangan tiga negeri pakatan haram ini. Namun sebaliknya berlaku, apabila menang sahaja mereka ditiga negeri ini maka keesokkan harinya maka pakatan haram segera mengangkat sumpah jawatan masing-masing, memang sungguh hipokrit.

 

Isu yang penulis ingin suarakan di sini adalah mengapa Anwar memilih Alor Setar sebagai destinasi himpunan haram beliau. Mengapa Anwar tidak memilih  kawasan Pokok Sena yang dimenangi oleh Mahfuz Omar? Adakah kerana majoriti pengundi di Alor Setar terdiri dari kaum Cina manakala majoriti pengundi di Pokok Sena adalah kaum Melayu? Mengapa Anwar seolah-olah membawa suara pengundi Cina? Adakah kerana Anwar sedang bertindak sebagai balaci DAP untuk mengadakan himpunan haram ini. Makanya DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dengan melalui saluran Anwar Ibrahim yang gila mahu menjadi Perdana Menteri maka DAP mengelakkan KONONnya dituduh rasis memandangkan mereka memang rasis tahap kritikal maka Anwar muncul sebagai penyelamat mereka.

Mukhriz Seru Semua Pihak Bersatu Bangunkan kedah

 

PRU 13 sudah berlalu. Ini masanya meneraju negeri dengan sebaik mungkin. Walaupun Anwar cuba menghalang proses ini, kita tidak boleh tunduk terhadap perancangan jahat beliau. Setiap pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat bertanggungjawab berkhidmat dan mentadbir sebaik mungkin kerana ini bukan sahaja amanah dari rakyat, ianya juga merupakan amanah dari Allah. Oleh itu rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 untuk sama-sama membangunkan negeri.

ANTI MELAYU

Guru Cina Larang Pelajar Nyanyi Lagu Negaraku

 

 

 

Ni yang dinyatakan oleh Atan Chenglim :

My friend daughter told me that, during her school assemble they will not sing "Negara Ku" because our national anthem is "under BN….. but they will only sign (sing) state anthem "Negeri Pulau Pinang" …. because their teacher told them to do so and must support UBAH…. What the FXXX… these students are from Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.. CRAZY teacher!!!!
 

Sikap kurang ajar penyokong DAP sudah sampai ketahap yang tidak boleh diterima. Jelas mereka mahu menjajah Malaysia. Mereka terlalu bencikan Raja-raja Melayu yang BERBANGSA MELAYU. Mereka bencikan ORANG MELAYU kerana ini asalnya TANAH MELAYU.

saiful suriani

Saiful Bakal Melangsungkan Perkahwinan Bersama Nik Suriani 25 Mei 2013

Nik Suriani

 

Tahniah Saiful. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Hujan rebut yang Allah turunkan buat Saiful rupanya ada pelangi menanti Saiful bersama Nik Suriani yang jelita. Saiful Bukhari telah mengesahkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.



Majlis perkahwinan mereka bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan. Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

684ecec5e313bfc863905f3fe6110936_XL

Karpal Singh Buat Laporan Polis Terhadap Konco-Konco Anwar Ibrahim

Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang tadi bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). 

kabinet malaysia

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Dan Timbalan Menteri Buat Anwar Sawan Babi

 

Anwar Ibrahim dan barisan pakatan haram terpaksa menelan kepahitan apabila para menteri dan timbalan menteri yang menduduki cabinet 2013 telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara pagi ini. Istiadat di ketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi di Istana Negara.

Istiadat angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Ianya bermula dengan  melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

kabinet1

Senarai Lengkap Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri 2013

Walaupun Negara telah diasak dan digasak tahap maksima oleh pakatan haram namun dengan berkat usaha kerja keras berterusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib maka Negara masih dapat mempertahankan kepimpinan Barisan Nasional. Kita harus memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk seri Najib dan barisan kabinet beliau yang baru untuk membuktikan kehebatan beliau menangani isu dan dalam masa yang sama meneraju Negara menuju keamanan , kemakmuran , kestabilan, perpaduan dan kemajuan.

Pembunuhan Timbalan Kastam : Suspek Kedah Pula Ditahan

 

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim  merupakan kes berprofil tinggi. Setelah beberapa tangkapan telah dibuat, kini seorang lagi  pengimport alat-alat ganti kenderaan ditahan berhubung kes bunuh tersebut.

 

Suspek yang berumur 37 tahun ditahan di Kuala Lumpur. Beliau berasal dari Kedah ditahan jam 2 petang semalam. Polis ada beberapa petunjuk positif untuk merungkaikan kes ini. Suspek akan direman untuk membantu siasatan.

YTG

Hakikatnya, PAS Rugi Besar Apabila Bersama Pakatan Rakyat

Semakin jelas, PAS mengalami kerugian besar apabila bersama-sama Pakatan Rakyat. Walaupun para pemimpin PAS terutama yang berkiblatkan Anwar Ibrahim cuba menggambarkan tentang keuntungan besar yang diperolehi oleh PAS menerusi Pakatan Rakyat, hakikatnya tiada satu pun keuntungan yang diperolehi oleh PAS di seluruh Malaysia. Sebaliknya PAS kehilangan Kedah dan Perak walaupun mempunyai peluang untuk PAS mendabik kuasa, begitu terbentang luas. 

Bukti yang paling kukuh tentang kerugian PAS apabila bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP adalah Selangor. Di Selangor, PAS berjaya memiliki 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR. DAP pula sekalipun berjaya menyapu 15 kerusi DUN, tetap tidak mampu membentuk kerajaan memandangkan wakil-wakilnya bukan Melayu dan tidak beragama Islam.