Chua Soi Lek Hairan Mengapa Orang Islam Doakan Kehancuran Kepada Orang Islam Yang Lain
Tak tahulah di mana nak letak muka apabila orang bukan Islam seperti Chua Soi Lek cuba menyedarkan umat Islam di negara ini, bahawa perpecahan yang sedang berlaku akibat fahaman politik, tidak berlaku di kalangan penganut agama-agama lain. Sekaligus Presiden MCA itu ingin mengatakan teladan yang ditunjukkan oleh sesetengah orang Islam di negara ini, tidak layak untuk didabikkan sebagai dakwah atau manusia yang beriman kepada Tuhan.
Kalau Chua Soi Lek yang bukan Islam pun hairan, mengapa orang Islam seperti puak-puak PAS sanggup mendoakan kecelakaan kepada orang Islam dari kalangan UMNO, agak-agaknya agama Islam akan mendapat lebih ramai penganut baru atau tidak? Atau adakah boleh lagi dikatakan, Islam sebagai SYUMUL dan ADDIN, yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai kesejahteraan sama ada di dunia mahupun di akhirat?
Sudah tentulah tidak!
Ajaran Islam memang lengkap dan melengkapi. Al Quran yang merupakan kalamullah, menjadi panduan kepada manusia untuk menyelesaikan setiap permasalahan hidup yang mereka hadapi di dunia ini selain mendapatkan rahmat Allah Taala demi kehidupan yang lebih abadi di dunia akhirat.
Malangnya, nafsu serakah sesetengah golongan manusia yang melihat kuasa dan kemewahan sebagai segala-galanya, telah menyebabkan ajaran agama Islam dipergunakan dengan sebebas-bebasnya untuk berpolitik, sehinggakan sudah tidak ada bezanya antara politik dengan amalan berakidah. Bahkan sehingga ada pula puak yang sanggup menghalalkan cara dengan mengeluarkan kenyataan, DALAM ISLAM ADA POLITIK.
Sedangkan hakikatnya, memang benar Islam ada mengajar kaedah-kaedah berpolitik yang sewajarnya, tetapi apa yang dilakukan oleh golongan yang mendabik dada bahawa mereka lebih tahu tentang hukum-hakam dan ajaran agama Islam itu sebenarnya, tidak lebih daripada sekadar topengan semata-mata. Mereka telah menggunakan selimut agama untuk menghalalkan perbuatan jahanam mereka.
Tidakkah mereka malu kepada kaum-kaum lain yang bukan beragama Islam apabila perbuatan bidaah seperti yang dilakukan secara berleluasa itu, dilakukan pula secara terbuka?
Kalau yang bukan Islam seperti Chua Soi Lek pun tahu bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk bersikap atau berperangai sedemikian rupa, bagaimana pula mereka yang berserban, berjubah dengan dahi ada tanda hitam dan mulut serta lidah menzikirkan Negara Islam! Hudud! dan sebagainya, tidak segan silu untuk menunjukkan kesongsangan fahaman beragama mereka?
Kut yer pun, malulah sikit sama orang bukan Islam yang tergelak-gelak melihat orang Islam yang sedang berebut-rebut untuk menjadi Tuhan dengan mengkafirkan sesama sendiri, mendoakan kemusnahan sesama sendiri dan membodohkan diri sendiri… hanya semata-mata kerana politik!!!




ishhhh…….org bukan islam pun tahu doa utk bagi org KO tu tak bagus..KO dlm erti kata sebenar adalah..mati..hancur atau musnah…mati hidup adalah kuasa Allah apa punya org boleh mintak org bagi mati…ayoyoo..apa mau jadi aji pas…
cina pun tahu hukum hakam. buat malu orang Islam. hangpa nak bagi lagi ke puak macam ni perintah negara…mula mula depa doakan hancurkan BN dan UMNO….lepas tu hancurkan Islam..sebab takutkan DAP.
Depa kapiaq tau apa…..
malulah PAS.. korang dh jauh terpesong… ulama apa mcm korang ni. doa kehancuran sesama islam pula. bagus lg korang doa kehancuran israel….
CHUA CD memang hebat! semua isu dia pun mau campur.MCA x da keja lain ke?
Betoi kata Putat tu…Sokonglah lagi PAS tu…nanti tak mustahil satu hari nanti depa juga akan mendoakan semoga orang Islam berpecah untuk memberi laluan pada DAP….masa tu apa pun tak berguna lagi
mcm mana nk jadi contoh kt org bkn islam klu dlm islam sndri pn duk bertelagah. patut nya doa la perkara-perkara yang baik pada sesama islam. memalukan btl la….
Hanya Johari yang kenal Manikam…. Mankiam tak kenal pun Johari…. Kita ptut lebih tahu apa yg terbaik…. Islam sesama Islam yang nak menghancurkan sedangkan bangsa lain berdiri ditepi dan bertepuk tangan…..
terbaeeekk… CSL pun blh fhm jgk..
maluuuu… maluuu.. ape nak jadi dengan orang islam..