DAP Makin Celaru, KALIMAH ALLAH Tak Mampu Lindungi Salahguna Kuasa Guan Eng

demodap4

Lim Guan Eng tidak dapat mengelak lagi daripada terpaksa berterus-terang, mengapa dia dan konco-konconya sanggup melakukan penipuan dalam pemilihan jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC). Semakin hari, semakin ramai akar umbi DAP sendiri yang tidak berpuas hati ekoran sikap Guan Eng yang terus membisu dan cuba melarikan diri daripada memikul tanggungjawab berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam DAP itu. 

DAP dan Guan Eng merupakan orang yang paling kuat mendabik dada, kononnya mereka sangat telus, bersih, jujur dan mengikut peraturan. Manakala UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, semuanya korup, penyeleweng dan penyalahguna kuasa. 

demodap2

Selepas pemilihan PKR, menunjukkan bagaimana hebatnya puak-puak yang rapat dengan Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa, termasuklah menggunakan khidmat samseng sepertimana yang menjadi amalan Xavier Jeyakumar, ADUN Sri Andalas yang juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, kini giliran DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng pula memanipulasikan keputusan pemilihan untuk memastikan kedudukan dan jawatannya tidak terancam. 

Ahli-ahli DAP bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di seluruh negara, melahirkan tidak puas hati berhubung keputusan pemilihan ahli CEC yang amat meragukan dan 'kesan tangan' Guan Eng yang sangat jelas dalam keputusan terbaru yang telah dipinda. Cubaan Guan Eng menjadikan Dr. Ong Kian Min yang konon-kononnya telah tersalah kira sehingga menimbulkan persoalan tentang dari mana datangnya wakil yang berjumlah 1802.2 orang dan 1758.1 orang berdasarkan kepada jumlah undi pada 15 Disember 2012 iaitu 36,044 yang dibahagikan kepada 20 dan jumlah undi pada 3 Januari 2013 yang berjumlah 35,162 yang dibahagikan kepada 20. (BACA DI SINI)

Selepas beberapa pendedahan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan CEC yang amat meragukan itu, hari ini, satu demonstrasi membantah keputusan 'SALAH KIRA' CEC DAP telah diadakan oleh ahli-ahli DAP di Pulau Pinang. Perarakan tersebut telah diadakan dari Jalan Empat Air Itam ke Pusat Khidmat Lim Guan Eng di kawasan Chong Nam, Air Itam, Pulau Pinang. 

demodap3

Seminggu lalu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Asserpatham menuntut agar ROS melakukan siasatan terhadap keputusan 'SALAH KIRA' itu. Malah dia juga sangat yakin, terdapat unsur manipulasi termasuk dalam kes Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Howard Lim yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20. 

David Dass Asserpatham ketika ditemui di lobi Ibu Pejabat ROS selepas membuat aduan berhubung isu pemilihan CEC juga berkata, surat aduan telah diserahkan kepada pegawai ROS bernama Desmond Dass Michael Dass.

10 Januari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan mencabar mana-mana ahli yang tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC parti itu agar membuat bantahan secara rasmi. Sebelum itu, DAP secara terbuka mengakui telah melakukan kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan parti itu yang diadakan Disember lepas. 

Tiga hari lepas, dua orang pemimpin DAP Negeri Sembilan telah membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya siasatan terperinci dibuat terhadap keputusan pemilihan CEC DAP. Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, K.Chelvam berkata, pihaknya mendesak kepimpinan tertinggi DAP mengadakan semula pemilihan itu demi mengembalikan kredibiliti parti. 

Menurut K.Chelvam, dia tidak dibenarkan mengundi dalam pemilihan tersebut, sekaligus membuatkan dia berasa tidak  berpuas hati. Dia sangat kesal dengan kenyataan dan pendirian Lim Guan Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak mengendahkan perasaan tidak puas hati ahli-ahli parti berhubung perkara tersebut.

Empat hari lepas, lebih kurang 50 orang ahli-ahli DAP melahirkan rasa tidak puas hati menerusi demonstrasi aman di Butterworth kerana isu yang sama. Tuntutan mereka senang sahaja, DAP perlu mengadakan pemilihan semula. Namun reaksi daripada Lim Guan Eng, amat tipikal. 

demodap1

Barangkali dek kerana tuntutan tersebut datangnya daripada masyarakat India yang telah memenangkan DAP di banyak kerusi DUN dan Parlimen, terutama di Semenanjung, sedangkan DAP adalah sebuah parti chauvinist Cina yang tidak peduli dengan nasib kaum lain kecuali Cina, Lim Guan Eng memang buat-buat pekak badak. 

Segala janji retoriknya, hanya tinggal janji dengan Lim Guan Eng pula, menyepikan diri dan cuba berlagak seolah-olah dia tidak pernah wujud di dunia ini. 

Anehnya, ada orang PAS yang sangat menyanjung tinggi Lim Guan Eng sambil mencipta pelbagai cerita mitos dan dongeng tentang anak lelaki Lim Kit Siang, orang yang bertanggungjawab mencetuskan Tragedi 13 Mei 1969 tetapi sehingga kini masih mampu melepaskan diri daripada sebarang tindakan undang-undang kerana kepintaran peguam-peguam pro DAP memanipulasikan undang-undang negara.

Kalau pemilihan parti sendiri pun, penuh dengan rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan, sembang apa lagi tentang PRU atau pendaftaran kerakyatan? Nampak sangatlah mereka ini dari jenis yang suka tengok lubang jubur orang, lubang jubur sendiri penuh tahi!!!

6 Responses to DAP Makin Celaru, KALIMAH ALLAH Tak Mampu Lindungi Salahguna Kuasa Guan Eng

  1. abu says:

    Ahli DAP sendiri yang memprotes CEC, tapi puak PAS masih lagi mengagongkan DAP itu, dasar Melayu otak penuh taik…….

  2. BROTHER BLUES says:

    SIAP LAAA DAP LEPAS NIE…. RASAKAN PEMBALASANNYA. PRU13 MENANTI

  3. mak mah says:

    macam tu dah Dap ni byk kristian…..tak pa la itu hak depa tpi yg pas dok sokong depa pasai apa…beruk btl la pas ni….

  4. Puchong says:

    Memang jenis DAP busuk hati..ckp x penah nye btul,bercabang-cabang lidah, menipu bangsa len,yg penting bangsa depa berjaya..bangsa len di biarkan merana, kalu jenis cina mkn babi nie jgn dipercaya akan janji yg ditabur,niat mereka memang jahat sekali utk tujuan kepentingan peribadi, oleh itu, puak2 PAS buat pe lg nk bersengkongkol dgn DAP sama jugk dgn ahli INDIA yg sokong DAP, bgus jugk dia org buat demo tanda protes, ini menunjukkan kepimpinan DAP tdk telus,jd kan ini stu pengajaran dn PRU ke-13 nanti sokongla kepimpinan yg sedia ada BN/UMNO…..

  5. cindayu says:

    jelas dah  melayu dimana kalau ikut  DAP. Tapi ada lagi pemimpin melayu pas yang bengong. orang kata tipu hidup2 hampa pikiqla kesian pada melayu akan datang

  6. Pak Supir says:

    Woooiiiii DAP…isu CEC ko pun xleh nak handle, nk cbuk guna kalimah Allah dlm kitab bodoh bible korang tu pe pasal….korang tak payah la nk kecoh2 atau lari dr tajuk….control dulu isu dlmn parti korang tu dulu. Hal dlm kelambu pun x selesai ada hati nk kecoh hal lain…puiiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">