DAP Tak Peduli Suara Ahli-Ahlinya, Apatah Lagi Rakyat!
Memang DAP semakin parah “dititik” ahli-ahlinya yang mengamuk sakan mahu parti itu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAP (CEC) yang diadakan pada Disember tahun lalu.
Sudah hampir dua minggu dan boleh dikatakan setiap hari, ada saja kekecohan yang dilakukan oleh ahli-ahli DAP di seluruh negara memprotes tindakan “diam diri” pucuk pimpinan parti itu mengenai kontroversi pemilihan CEC.
Mereka ragu dengan keputusan pemilihan tersebut. Mulanya pengarah pemilihan mendakwa ada kesilapan kiraan undi pada pemilihan tersebut. Hasilnya, dia meletak jawatan serta merta. Kononnya dia sanggup tanggung kesalahan itu.
Kemudian, Zairil yang hanya mendapat beberapa undi dan kalah teruk di dalam pemilihan tersebut, tiba-tiba menang dengan pertambahan ratusan undi yang “entah datang dari mana”! Ia seolah-olah dirancang, bukan?
Selama ini DAP asyik menyebut tentang ketelusan, integriti dan tanggungjawab. Kononnya parti itu memiliki sifat-sifat tersebut. Tapi dengan apa yang berlaku, apakah kita boleh percaya lagi dengan parti “chauvinis ultra kiasu” itu?
Perletakan jawatan pengarah pemilihan itu sudah dijangkakan. Khabarnya, dia sememangnya sudah tekad mahu meletak jawatan selepas pemilihan tersebut atas faktor usia lanjut.
Timbul pula spekulasi yang mengatakan bahawa dia sengaja disuruh “silap kira undi” oleh pihak tertentu di dalam DAP supaya pihak tersebut dapat menyusun barisan kepimpinan DAP yang baru sesuka hatinya.
Mungkin itulah demokrasi di mata DAP. Demokrasi terancang dan “mengelat”?
Akar umbinya sudah bangkit. Malah ada yang sanggup membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menyiasat kontroversi “terancang” itu dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap DAP.
Malangnya, sehingga kini DAP masih belum lagi bersuara, apatah lagi menyahut permintaan ahli-ahlinya yang sudah mula bosan dengan parti tersebut. Pilihanraya semakin dekat. Rasa-rasa bolehkah DAP menang lagi lepas ni?




Sesiapa orang Melayu yang teringin nak naik 'roket' pergi ke 'bulan' tu elok lah fikirkan semasak-masaknya. Memang dah sah sangat kepimpinan parti ni menipu, kalau ahli yang selama ini bersama dengan dia pun sanggup ditipu, inikan pulak yang yang menumpang… Kalau dah kaki putar belit memang macam tu, Kuman diseberang laut nampak, gajah kat depan mata buat-buat tak reti jer… Hampehhh…
al syahid guan eng dia bukan heran putra jaya yg dia harap umat islam murtad…itu agenda dia yg bangan sokong deoan Pas..
PELIK BIN AJAIB. SELALUNYA ORANG CINA YANG MAJORITINYA DALAM DAP PANDAI MATEMATIK. TAPI TIBA2 DALAM CEC KALI NI DEPA SILAP KIRA PULAK. TAK KE PELIK. YANG MELAYU BODO DALAM DAP DOK IKUT MACAM LEMBU . TAK BERANI NAK BANGKANG, BILA MELAWAN NANTI TAKUT TAK DAPAT JAWATAN LA PULAK. PARTI MELAYU ADA, PARTI ISLAM ADA . YANG PI SOKONG CINA KAFIR TU BUAT APA?
PAS TAK SEDAR KE KAWAN DEPA (DAP) NI TAK PANDAI KIRA. DALAM CEC PEMILIHAN TAK SAMPAI RIBU-RIBU PUN TAK PANDAI KIRA? SILAP KONON. ADA AGENDA NAK HAPUSKAN MELAYU DALAM DAP. APA TUNGGU LAGI MELAYU DAP. TAK SEDAR LAGI KE DAP TAK PANDANG HANGPA.