Fanatik PAS Bertakbir Bila DAP Budayakan Maulidur Rasul Dengan Angpow!!!
Nampaknya semakin lama, semakin melampau puak-puak DAP ini melayan umat Islam. Mereka tidak sahaja menindas umat Islam apabila diberikan kuasa, bahkan memperlekeh-lekehkan agama yang dianuti oleh umat Islam. Namun disebabkan sebahagian umat Islam menjadi penganut PAS, mereka tidak pernah mempersoalkan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh para pemimpin DAP. Bahkan begitu menyokong dan membenarkan setiap tindakan DAP walaupun dalam hal akidah membabitkan KALIMAH ALLAH.
Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang telah digunakan oleh Lim Guan Eng, musuh utama umat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia amnya, untuk menonjolkan ketokohannya. Perutusannya amat mengelirukan dan dia cuba menyamakan kerajaan yang dipimpinnya dengan Rasulullah s.a.w sungguhpun semua umat Islam mengetahui, Rasulullah s.a.w tidak pernah mempunyai kerajaan sepanjang hayat baginda.
Rasulullah s.a.w tidak pernah bercita-cita politik. Malah dalam enam hak orang Islam kepada orang Islam yang lain seperti yang disabdakannya, juga tidak memberikan indikasi bahawa politik dan berkerajaan adalah satu perkara pokok dalam amalan umat Islam.
Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara:
- Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
- Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memperkenankan jemputannya.
- Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
- Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah).
- Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya.
- Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya (Hadis Riwayat Muslim)
Nabi s.a.w tidak pernah mengajarkan kepada para Sahabat r.a bahawa untuk menjunjung Islam, maka politik dan kuasa politik adalah perkara pokok. Sebaliknya yang diajarkan dan kerapkali ditekankan oleh baginda s.a.w adalah AKIDAH.
Umat Islam sentiasa ditekankan tentang akidah. Daripada akidah, barulah muncul amalan dan daripada amalan, barulah muncul akhlak. Fundamental Islam itu sendiri sebagaimana yang ditanyakan oleh Jibril a.s kepada Nabi s.a.w di hadapan para Sahabat r.a ialah ISLAM, IMAN DAN IHSAN sepertimana sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Syaidina Umar Al-Khattab r.a. dan bukannya POLITIK, KUASA dan HELAH UNTUK BERKUASA.
Ajaran bahawa politik juga adalah sebahagian daripada Islam, sebenarnya adalah ajaran yang amat mengelirukan.
Perhatikanlah bagaimana Nabi s.a.w ketika mengutuskan Syaidina Muaz bin Jabal r.a ke Yaman. Apakah nasihat dan peringatan baginda kepada Syaidina Muaz?
Takkanlah orang PAS langsung tidak diberitahu oleh tok-tok guru, ustaz celup, ustazah Maggie, mahupun penceramah-penceramah popular mereka. Adakah Nabi s.a.w membenarkan Syaidina Muaz r.a, bertahaluf siyasi dengan kaum Nasrani atau Ahli Kitab di Yaman ketika berdakwah sebagaimana yang dilakukan oleh PAS?
DAP sangat tahu, sebarang tindak-tanduk mereka menghina dan memperlekehkan Islam, akan dibela oleh sebahagian besar pemimpin PAS. Disebabkan itu, semakin bermaharajalelalah mereka dengan perbuatan yang cukup memualkan itu.
Lim Guan Eng telah mempergunakan sambutan Maulidur Rasul untuk membesar-besarkan dirinya. Dia cuba menyatakan bahawa dia adalah lebih baik daripada mana-mana pemimpin yang mengikut ajaran Muhammad s.a.w dan beriman kepada Allah Taala.
Perhatikanlah sahaja perutusannya untuk Sambutan Maulidur Rasul.
Mukanya dijaja-jaja dan cerita tentang ketokohan serta kebijaksanaannya memerintah Pulau Pinang, diuar-uarkan ke seluruh Negara oleh anjing-anjing yang terdiri daripada pengikut dan pemimpin PAS, apatah lagi oleh orang DAP sendiri.
Sudah lima kali sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dan lima kali jugalah Lim Guan Eng mempergunakan hari sambutan tersebut untuk menonjolkan dirinya lebh baik daripada orang Islam yang lain, walaupun dia tidak pernah beriman kepada Allah Taala walau sekutik, apatah lagi beriman kepada Muhammad s.a.w.
Kejayaan pentarbiahan yang diakui oleh PAS dan dibesar-besarkan, sebenarnya tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku ialah, penghinaan, perlecehan berulang serta mengumpan sebelum dakyah dan doktrin sebenar musuh Islam dimasukkan sepertimana tuntutan Lim Guan Eng sendiri agar KALIMAH ALLAH dibenar guna dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Anehnya, orang yang sama, tidak pula mendesak agar Bible dalam bahasa-bahasa lain, terutama sekali Bible berbahasa Inggeris dan Cina menggantikan kalimah GOD, LORD, ELLOHIM dan FATHER kepada ALLAH. Mengapa agaknya?
Paling melucukan ialah apabila Teo Nie Ching, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Serdang, memperkenalkan satu lagi budaya iaitu PEMBERIAN ANGPAU dan makan malam.
Apakah wanita Cina yang pernah memberikan tazkirah di hadapan sekelompok penyokong PAS dalam sebuah surau di Kajang tahun lepas menganggap, Maulidur Rasul adalah sebuah hariraya untuk berseronok-seronok sebagaimana Tahun Baru Cina atau Aidil Fitri?
Sungguh malang, ketika para pemimpin DAP mendabik dada bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang tulen, tetapi mereka tidak pernah tahu tentang Islam dan amalannya. Dan walaupun mereka berada di Malaysia, di mana segala-galanya bebas, mereka memilih untuk menghina agama Islam dan umatnya dengan bantuan orang Islam sendiri yang merupakan penganut PAS!






ibubapa ini bangga ka anak dpt ang pau sambut maulidur rasul????
Satu je perkataan yg aku dpt ucapkn…. "BAGHAL"
Kalau dengan duit sanggup buat apa saja. Nak sama kan cina kafir ni pun dengan Nabi pun depa sanggup. Inilah orang Melayu PKR dan PAS. DASAR MENGHALALKAN CARA YANG DIBAWA OLEH ANUAR TELAH SEBATI DENGAN JIWA MEREKA. APA SAJA BOLEH ASALKAN PUTRAJAYA JADI MILIK MEREKA.
wwow… bukan main lg pencacai2 bongok semua ni… semua buta akibat politik