Hadi Ditolak Rakyat Untuk Jadi PM, Blogger PAS Masih Bangga?
PAS perlu rasa malu apabila Presiden mereka, Abdul Hadi Awang merupakan individu yang paling ditolak untuk sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU ke-13 berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
Hasrat puak-puak PAS untuk melihat Presiden mereka itu dilantik sebagai Perdana Menteri sebagaimana yang diusul di dalam Muktamar Tahunan PAS yang lalu hanyalah anganan kosong saja dan “syok sendiri”.
Mungkin mereka tidak sedar bahawa kajian itu sebenarnya ditujukan kepada PAS bagi membuktikan bahawa Presiden PAS itu merupakan seorang pemimpin yang paling lemah berbanding tokoh politik yang tersenarai di dalam kajian tersebut.
Pun begitu, PAS masih lagi berbangga dengan kedudukan Anwar yang dikatakan semakin menghampiri peratusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Apa yang puak-puak PAS seronoknya jika Anwar menjadi Perdana Menteri?
Puak-puak PAS suka seorang yang menyokong penuh dengan usul Guan Eng dan DAP yang mahu kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia?
Puak-puak PAS bangga dengan Anwar yang tidak menghormati dan menolak dengan keras keputusan Majlis Syura PAS berhubung kalimah “Allah” itu untuk menjadi Perdana Menteri?
Entahlah. Mungkin para penyokong dan blogger pencacai PAS Kedah suka sangat seorang yang menghina keputusan Majlis Syura PAS itu menjadi Perdana Menteri. Maklumlah, akal mereka mungkin berada di “kepala lutut”.
Di saat kalimah “Allah” menjadi perdebatan di antara PAS dengan DAP dan PKR, mereka masih lagi bersedia untuk terus bersama golongan yang jelas mencabar kepentingan Islam dan umatnya di negara ini.
Persoalannya, apakah ini yang rakyat harapkan dari PAS? Rasanya PAS perlu tanya diri sendiri di mana prinsip mereka dalam menjaga kepentingan Islam. Islam yang penting atau politik yang menjadi pilihan mereka? Wallahu’alam.




belum memang da siok sendiri nak jd PM…hebat punya PAS.
UM ni byk pro dsai tu sbb grafnya tinggi gila punyai kajian ni…
DALAM ISU KALIMAH ALLAH, ANWAR BENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN DALAM BIBLE BAHASA MELAYU. KEMUDIAN PAS BANGKANG. APA MAKSUDNYA? BANGKANG PUN SOKONG JUGA SEMATA-MATA ROAD TO PUTRAJAYA. LEPAS ANWAR JADI PM. APA AKAN JADI NEGARA KITA . LGBT AKAN BERLELUASA, MELAYU AKAN DITINDAS. FIKIR2 KAN LAH
PAS LA NI DAH JADI MACAM LALANG. TAK DAK PENDIRIAN TETAP. DAH TERANG-TERANG BERKERJASAMA DENGAN PUAK-PUAK YANG NAK HANCURKAN MELAYU DAN ISLAM. TAK SEDAR LAGI KAH WAHAI ULAMAK2 PAS. ADA YANG DAH SEDAR TAPI TAK DAK SOKONGAN DARI AHLI/PEMIMPIN PAS SENDIRI. TAKUT SANGAT KE PAS KAT ANU WAR DAN GUAN ENG?