Hampir 12,000 Rakyat Kedah Serang Balak Azizan Di Pedu!
Saya terpaksa menapak sejauh hampir 2 kilometer dari tempat saya meletak kenderaan untuk tiba di lokasi himpunan aman rakyat Kedah menolak aktiviti "balun balak Pedu" anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), selepas solat Jumaat tadi.
Memandangkan kawasan Carok Batang Padi yang telah menjadi "padang jarak padang tekukur" itu tidak ada talian internet, saya terpaksa memendam geram untuk berkongsi cerita di himpunan tersebut secara "live".
Saya diberitahu penganjur bahawa himpunan itu sebenarnya hanya mensasarkan sejumlah 4,000 hingga 5,000 orang peserta sahaja, namun sangat mengejutkan apabila dianggarkan hampir 12,000 rakyat Kedah berhimpun "menakluk" kawasan tersebut.
Tidak hairanlah jika terdapat lebih dari 220 buah bas beratur di sepanjang kawasan tersebut.
Carok Batang Padi yang semalam dipagar oleh pihak PKNK dengan papantanda amaran, telah hilang pintu pagarnya entah ke mana dan kawasan yang telah digondolkan PAS Kedah itu menjadi tapak rakyat Kedah melepaskan kemarahan dan kekecewaan.
Mendengar ucapan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali di tengah tanah gondol dengan nada marah, kecewa dan sedih melihat bumi Kedah diratah PAS Kedah, beliau menitiskan airmata "jantan", kesal dengan pentadbiran Azizan Razak yang katanya "tak tahu mentadbir".
PERKASA benar-benar mengamuk di depan ribuan rakyat Kedah hari ini dan bertempik mempersoalkan tindakan PAS Kedah yang "meliwat balak" yang tidak pernah diusik oleh Kerajaan BN sebelum ini.
Menurut Tok Him, sekiranya UMNO zalim ketika memerintah negeri itu dulu dan berniat membolot hasil bumi Kedah, sudah tentu kawasan Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama itu akan menjadi mangsanya.
Beliau berkata, bekas Menteri Besr Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid merupakan wakil rakyat di kawasan tersebut dan beliau boleh melicinkan seluruh balak-balak bernilai tinggi di kawasan itu sekiranya dia mahu atau tamak.
Namun katanya bekas Menteri Besar Kedah itu tahu tentang dosa pahala dan kepentingan menjaga eko-sistem bumi Allah berbanding PAS yang hanya tahu merompak hasil balak, tamak haloba dan malas bekerja dengan mencari jalan mudah mencari wang melalui cara yang merosakkan negeri Jelapang Padi itu.
Kemarahan dan kekecewaan rakyat Kedah turut dikongsi bersama Tok Him serta anak-anak buah PERKASAnya, termasuk yang hadir bersama, Mursyidul Am TIBAI, Zahid Mat Arip.
Terdahulu, Yang DiPertua PERKASA Kota Setar dan Yang DiPertua PERKASA Negeri Kedah turut menyampaikan ucapan yang berapi-api sebelum itu.













SEKARANG BARU HANGPA TAU SAPA SYAITAN YANG SEBENAQNYA…
PAS dah tau depa nak kantoi di PRU ke 13 ni, depa pun cepat2 gondolkan Pedu rampok hasil mahsul hutan untung kantung khususnya biayai kempen PRU nati..dasar perompak mana tau HALAL wal HARAM..asal jadi duit depa kaut…inilah pentadbir Kedah yang tak tau malu…
PR pencuri balak berlesen..gondolkan hutan…adaka nak tanam pelam kat bukit..tanam peliaq Zizan Dak leh la…
tahniah ngo yang terlibat. selama ni depa sangka ngo takut nak dedah . PAS buat apa pun tak pa, kononnya depa parti islam, semua boleh.dasar menghalalkan cara
perhimpunan melakar sejarah tersendiri. baru PAS sedar rupa2 nya ramai rakyat kedah tak suka depa. depa saja yang syok sendiri. dalam pemerintahan negeri pun masing2 pancung memancung agar matlamat jd MB tercapai. Nama je Kedah Sejahtera tapi sampah merata2 sakit mata dibuatnya, mana hero sampah p (Mahfuz la sapa lagi)
hangpa jangan duk ambil perabih balak tu.
simpan kat kami sikit
Kalau selama ini hanya mendengar tapi tidak melihat sendiri..tapi kini telah terang dan jelas…apa perasaan orang-orang kedah.. kerajaan yang dibangga-banggakan itu rupanya musuh dalam selimut
Mcm two la semangat yg kita nk…bru depa tau tengok khazanah hutan kita musnah dek sebb kan kerakusan kerajaan PAS mengaut keuntungan…hrp kali nie rakyat kdh dapt menilainye sendiri…berilalah sokongan pd BN/UMNO pd PRU ke-13 nanti mudah2an nasib rakyat kedh lebih terbela…amin…….
Balak dh setel.. duitnya???
Syabas orang Kedah..
Beza orang Kedah dengan orang Kelantan
Bila salah dikatakan salah ..Kedah ..
Salah tetap sokong .. asal nik ajis.. Kelantan ..
azizan balun habis balak tu krn dia sedar selepas PRU ke-13 depa akan di tanam sebagai anak benih balak menggantikan batang2 yg depa tebang tu..nanti akan ada klon balak nama azizan, amiruddin, taulan, siti aishah, hamdan dan bla bla bla. tp klon balak yg paling murah sekali yg nama azizan krn balak terlalu tua dan selalu sakit.
yola tu…
MB KEDAH memang kaki temberang……projek ladang buah-buahan tu hanya atas kertas sahaja untuk dapatkan kelulusan dari Jabatan Perhutanan….tetapi tujuan sebenarnya hanyalah untuk ambil balak dan dapat keuntungan tanpa memikirkan …impak yang akan berlaku selepas pembalakankan haram yang dilakukannya…..Kerajaan Pas hanya tahu memerintah tetapi tidak pandai mentadbir….bodoh kerajaan PAS….