Husam Musa Guna Otak Kambing Buat Lawak Minyak Di Pasar

bukitgondol2

Kalau sebut tentang Husam Musa, makanya yang keluar dari mulutnya hanyalah cerita-cerita lawak yang kemudian akan berakhir dengan derma dan dana yang hilang begitu sahaja. Selepas mengembangkan hati para penyokong PAS dengan projek LEBUHRAYA RAKYAT tanpa tol dari Kota Bharu-Kuala Krai, kini Husam Musa menggemparkan lagi mereka dengan penemuan minyak di bawah Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Bagi orang PAS totok, penemuan minyak tersebut pasti akan dikaitkan dengan anugerah Allah Taala kepada negara Islam yang secara kebetulan pula, kebanyakan negara yang bermajoritikan umat Islam, mempunyai simpanan minyak yang memenuhi keperluan dunia.

Imej Kelantan sebagai Negeri Serambi Makkah dan Negeri Warisatul Anbia seringkali dikembangbiakkan oleh para pemimpin serta pengikut PAS dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, para pemimpin dan pengikut PAS cuba memperkecil-kecilkan negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional.

JAMNAPARI_BANGANG

Kononnya, disebabkan rahmat Allah telah diturunkan kepada Kelantan, maka negeri tersebut telah dianugerahkan dengan simpanan minyak yang berbilion-bilion ringgit. Malangnya, kekejaman Barisan Nasional dan UMNO telah menyebabkan simpanan minyak tersebut tidak dapat dikeluarkan dan menghasilkan pendapatan kepada negeri. Bila dah tak ada pendapatan bermakna tak bolehlah PAS membangunkan Kelantan sebagaimana negeri-negeri lain.

Itu persepsi yang cuba ditanam oleh Husam Musa. Persepsi sama yang dimainkan oleh para pemimpin PAS dan pengikut-pengikut PAS yang lain.

Dan apabila kita teliti, ia sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu lawak jenaka yang memperlihatkan bagaimana para pemimpin PAS telah berjaya menanam satu sikap yang sangat negatif dan dilarang oleh Islam iaitu SIKAP SUKA BERANGAN-ANGAN!

Belum pun ada sebarang kajian dan pembentangan keputusan, Husam Musa buat pengumuman tentang simpanan minyak di bawah Pasar Siti Khadijah. Adakah Husam Musa sedang memberikan isyarat bahawa pasar yang banyak melorongkan rezeki kepada kaum wanita Kelantan, khususnya Kota Bharu akan dirobohkan dan kroni-kroni Husam akan diberikan kontrak untuk membangunkannya semula?

Atau barangkali juga Husam Musa sedang cuba melorongkan sebahagian besar wang rakyat Kelantan kepada syarikat-syarikat kroni yang kemudiannya akan dipulangkan kepada Husam dalam pelbagai bentuk, termasuklah menerusi 'akaun-akaun ghaib'.

Hanya berdasarkan kepada angan-angan dan impian, Husam Musa menyuap ke mulut para pengikut PAS untuk ditahkikkan kepada rakyat Malaysia kononnya dek rahmat Allah Taala, Kelantan merupakan negeri pertama yang mempunyai telaga minyak di daratan. Pilihanraya yang semakin mendekat, membuatkan Husam Musa perlu mencari jalan bagaimana hendak menaikkan sentimen kemarahan rakyat Kelantan kepada Kerajaan Pusat. 

Cerita selanjutnya yang akan dikembangkan oleh Husam Musa pastinya tentang kekangan daripada Kerajaan Pusat sekaligus menghalang Kerajaan Negeri Kelantan memajukan atau mengeluarkan hasil bumi tersebut. Bukankah itu taktik yang biasa digunakan oleh para pemimpin PAS saban masa? 

JAMNAPARI_BANGANG_001

Namun kalaulah benar para pengikut PAS mempunyai dan mahu menggunakan otak mereka, pastinya mereka masih ingat bahawa pada tahun 2007 dahulu, Husam Musa adalah orang yang sama, mengeluarkan kenyataan bahawa di pantai Tumpat dan Bachok ada minyak yang boleh dikeluarkan. Syarikat perunding dan kajian telah pun dilantik. Dan sudah tentulah perlantikan tersebut bukannya menggunakan air liur, sebaliknya menggunakan duit rakyat Kelantan. 

Namun sehingga kini, keputusan daripada kajian tersebut tidak pernah dibentangkan. Dengan kata lain, puluhan juta ringgit duit rakyat Kelantan, hilang ghaib begitu sahaja kerana angan-angan dan impian Husam Musa. 

Sekarang, Husam Musa buat cerita lagi. Lebih menarik lagi, Husam Musa bikin cerita, ada rezab minyak di daratan Kelantan. Sekaligus menjadikan Kelantan sebagai negeri di Malaysia yang pertama mempunyai fenomena itu. Dalam bahasa yang lebih mudah, rahmat Allah Taala telah diturunkan di Kelantan yang merupakan Negeri Warisatul Anbia dan Negeri Serambi Makkah sehinggakan minyak pun ada di bawah pasar!

Hebat permainan tipu daya Husam Musa ini!

Tidak menghairankan sekiranya, para pengikut PAS tidak akan menggunakan otak mereka untuk berfikir dan mengkaji, atau meragui kenyataan Husam Musa yang hanya bermodalkan perasaannya sahaja, sebaliknya mereka akan mengangguk-angguk, menggeleng-geleng dan memanjangkan cerita bohong itu kerana terlalu percaya dengan Husam Musa. 

Walaupun dunia sudah hampir kiamat, para pengikut PAS kekal bodoh laksana baghal dan keledai!

Apa nak buat… itulah asuhan yang diterima saban masa daripada para pemimpin PAS yang tidak memerlukan langsung pengikut atau ahli-ahli yang ada otak dan boleh berfikir selain daripada memutarbelitkan ayat-ayat Allah Taala dan ajaran agama. 

Yang pastinya, cerita minyak di bawah Pasar Siti Khadijah akan dijadikan modal untuk membesar-besarkan PAS, Nik Aziz dan Husam Musa!

Di Kedah?

Tanya SETPOL MB… dia tentu sedang memerah otak untuk menyaingi kebijaksanaan Husam Musa dalam bab itu!

5 Responses to Husam Musa Guna Otak Kambing Buat Lawak Minyak Di Pasar

  1. BROTHER BLUES says:

    wow…kelicikan husam musa sama seperti anwar ibrahim.. hebat sungguh bab membohong rakyat ni

  2. Budin Bravo says:

    Mamat ni, kalau jual minyak lintah kat 'Chow Kit' confirm laku punya…

  3. mak mah says:

    dok ungkit pasai minyak pa kalau pandai takbir negeri apa nak harap minyak sangat  tu tanda  mereka bangan tak tau nk cari duit…nasib baik tak dak balak kalau ada balak kat kelantan habis yg umur 13 tahun pn dia kebas mcm kedah..

  4. Sterfany says:

    This report on Rais exucse to withdraw is kind of strange, isn’t it? Rais Yatim tarik diri calon Setiausaha Agung KomanwelKUALA LUMPUR, 25 Julai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menarik diri daripada dicalonkan sebagai Setiausaha Agung Komanwel.Beliau berkata, ini kerana tugas dan komitmennya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kemerdekaan Negara membataskannya untuk ke luar negara bagi melobi jawatan itu. Tanggungjawab domestik berhubung merdeka sangat berat, tidak ada kesempatan bagi saya ke seberang laut… itu salah satu masalah yang dihadapi dan tidak adil sekiranya nak bertanding tetapi tidak dapat berkempen seperti calon lain, katanya di sini hari ini.Rais berkata, beliau lebih mementingkan tugas merancang acara sambutan kemerdekaan negara kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 Hari Kemerdekaan negara. Saya lebih mementingkan tugas sekarang supaya tidak terabai, lagipun sudah terlewat (berkempen)… jadi lebih baik pencalonan itu ditarik balik, katanya.Katanya, beliau sudah memaklumkan hasratnya itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, serta Kementerian Luar hari ini.Pemilihan bagi jawatan itu akan berlangsung pada Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kampala, Uganda, November ini.Pesuruhjaya Tinggi India ke United Kingdom, Kamalesh Sharma calon India, dan Menteri Luar Michael Frendo, calon Malta, telah menjelajah serata dunia untuk melobi sokongan.Tempoh perkhidmatan setiausaha agung Komanwel kini, Don McKinnon dari New Zealand berakhir 31 Mac tahun depan, dan selepas ini merupakan giliran Asia untuk memegang jawatan berkenaan.

  5. Ababa says:

    Bro,Kuala Dimensi funded entyrehivg. They paid money to Khir Toyo and UMNO Selangor and also permanent Chairman of UMNO to buy Malay fisherman land in Pulau Indah. The land was bought thru the koperasi. The Malay fisherman were paid peanuts. The koperasi then sold the land to Kuala Dimensi, also for peanuts. Then Kuala Dimensi sold the land to the gomen at very high price which then became the PKFZ Scandal.Rais Yatim was the Minister of Law. He advised the gomen to allow Kuala Dimensi buy the land from the koperasi. Under acquisition act, the gomen no need Kuala Dimensi. The gomen can buy the land straight from the fisherman. UMNO korup bro, apa nak buat?Rais Yatim as Law Minister also advised gomen to accept the price of RM20 psf.After selling the land to gomen PKFZ for RM20 per square foot, Kuala Dimensi bought more land to replace the land they have sold to gomen. Bro, Kuala Dimensi bought more land at RM5.00 psf. WTF bro? Monday sell land for RM20 psf, Tuesday buy back more land from koperasi at RM5.00 psf? Melayu punya bodoh dahsat bro.Rais Yatim helped in the PKFZ scandal. This one during Pak Lah Time pun sambung lah. So Rais tolong Pak Lah, then when Rais play ‘pisang saya montel’ with the maid, Pak Lah helped to cover up with the Indonesians.Happy New Year bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">