Jawapan Azizan Abdul Razak Tentang Pembalakan Di Pedu, Cukup Menyedihkan!

raja-balak-azizan1

Alor Star: Selepas ladang rakyat di Gunung Inas, kini projek agrotourism pula dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan PAS Kedah untuk menggondol khazanah hutan negeri ini.

Lokasi terbaru yang menjadi sasaran itu ialah lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu di Padang Terap, dekat sini, yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan utama negeri. 

Malah, sebahagian kawasan terbabit terutama di lokasi tinggi sekitar Tasik Pedu sudah diratakan, sedangkan tiada sebarang laporan berhubung kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) disahkan diterima untuk tapak berkenaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika diminta mengulas mengakui kewujudan aktiviti perhutanan di sekitar kawasan Tasik Pedu, yang dibangunkan untuk tujuan agrotourism di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 

Bagaimanapun, beliau menafikan aktiviti pembalakan terbabit dijalankan khusus untuk mengenyangkan mana-mana tauke balak, sebaliknya menjadikan projek agrotourism yang dijangka berpotensi menjadi tarikan pelancongan baru Kedah, sebagai alasan utama. 

Sekarang kita dah start (mula) tolak (tebang)…Kita kena tolak (tebang) habis sebab nak buat ladang lebih 400 hektar. Bahagian atas kita sudah tebang, cuma sekarang ni kita ada sedikit masalah teknikal. 

Bukan kita buat untuk tauke balak, tetapi sebab terpaksa kena tebang, then (kemudian) terserah siapa nak ambil balak tu…Yang penting, duit tu (hasil jual balak) kita gunakan untuk membangun (projek agrotourism), katanya ketika ditemui selepas menghadiri prosiding berhubung kes Madrasah Salihiah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, semalam. 

Semalam, BH melaporkan keadaan tiga lokasi iaitu di Tasik Pedu, Gunung Inas dan Jeniang semakin terancam akibat aktiviti pembalakan. Ini diakui sendiri Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, susulan tinjauan udara dilakukan hampir dua jam setengah di ketiga-tiga lokasi terbabit, pagi kelmarin. 

Azizan ketika ditanya mengenai masalah teknikal dimaksudkan, berkata ia berkaitan tafsiran tanah tinggi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan yang secara tidak langsung turut dikaitkan sebagai punca EIA untuk kerja pembalakan di Tasik Pedu itu tidak disediakan. 

Tafsiran tanah tinggi mengikut Alam Sekitar (JAS) kata 250 meter ke atas, manakala Jabatan Perhutanan pula kata 750 meter. Saya harap isu teknikal ni dapat mereka selesai cepat. 

Kalau keputusan itu memerlukan kami buat EIA, kami akan buat…Sekarang ni, kita jalan (projek) dan tolak (tebang) jugak, sebab nak tunggu pula (kelulusan), mesti pokok tu dah jadi umur 40 tahun pulaklah, katanya. (SUMBER)

14 Responses to Jawapan Azizan Abdul Razak Tentang Pembalakan Di Pedu, Cukup Menyedihkan!

  1. BROTHER BLUES says:

    tebang la zizan wei… pasal korang dah tau, korang akan kalah dlm pru nnti. psl tu la nk penuhkan poket masing2 dulu kan?… xpe, paham2…. hahahahaha

  2. cahayaterang says:

    Kalau pasal wang kerajaan kedah sanggup buat apo sahaja….nk tebang cepat2 bimbang PRU 13 kalah dpt kt UMNO xdan mrk merasa hasil balak….abis kedah lepaih ni xdak kawasan tadahan hujan lg dh…beli air nga Thailand lepaih ni…

  3. zarman says:

    diharap ada pihak yang akan bersungguh-2 menghalang kegilaan ini. mintak mana ngo atau kumpulan orang yang masih sayangkan hutan dan khazanah alam di kedah, mai kita pakat2 buat demo dan halangan kpd jentera dan anasir jahat ini.

  4. aloya says:

    Aku baru lepas bercuti di Tasik Pedu 2 minggu lepas. Mmg terkejut tengok kawasan hutan di sekitar Tasik Pedu tu..
    Bapak angkat aku cakap, time BN dulu tadak sapa kacau pun hutan ni.. Mai Pas perintah, habeh botak hutan Pedu..
    Niamah!

  5. zairul says:

    aku ingat spongebob aje yang cakap macam tu, rupanya menteri besar! ha!! ha!! lawak punya azizan.
    'terpaksa tebang' tu yang tak boleh tahan.

  6. putat says:

    pelahap sungguh PAS sapu hasil balik…jahanam ekosistem…kalau bagi sepenggal lagi pokok depan rumah kita pun depa sapu.

  7. mak mah says:

    tebang jgn tak tebang….nanti Pru kami akan tebang hampa pulak kkk..

  8. Aji says:

    Dah taktaw nak cover macam mana… ada ka patut…. tasik dengan airnya pulak dipersalahkan….. pembalakan tak salah…. tompokan tompokan air tu yg sbbkan banjir… bukan pembalakan… Aduiiiiiaaaaaiiiii….. nak kata mangkuk dah jd MB pn…. Alasan demi kau cari… 

  9. Makdewok says:

    PAS selalu kata UMNO pelahap duit rakyat…rasuah sana rasuah sini….tapi PAS tak sedar ke dia sendiri wat keje bukan betoi sangat pun…… 

  10. OLD TIMER says:

    cukup-cukup sudah cukup sampai di sini saja temberang putar belit hang tu tok ZAN apa pun SPRM akan siasat tunggu saja la apa nak jadi …………….

  11. jack sparrow says:

    Puak PAS dok kumpul duit bt modal utk kempen PRU akan datang lh tu… Lagi pun la ni sementara dok berkuasa depa pulun habis pokok-pokok kat Kedah ni… 

  12. Mak jemmah says:

    Ambil balak utk rakyat lah
    #HijauKePutrajaya

  13. Budin Bravo says:

    Aku masih ingat lagi… dulu pemimpin/orang-orang kuat PAS ni lah yang menentang separuh mati pembalakan semasa era pemerintahan BN, bukan main lagi, siap buat demontrasi lagi panggil NGO bebas dedahkan dalam media keburukan pembalakan kononnya merosakkan sistem saliran akhirnya x boleh buat bendang lagi…. Yaaa… masa berlalu, tapi x lama pun, Depa dah jadi orang yang macam depa kata dulu… Tak malu ke 'Meludah ke langit terkena muka sendiri'. Tuhan dah tunjuk dengan jelas. Dulu semasa jadi pembangkang memang mudah sebab x ada tanggungjawab, bila dah jadi kerajaan baru tau… Nasiblah bumi Kedah..  Kalau lama lagi bagi kat depa-depa ni alamat jadi padang jarak padang tekukur lah negeri nii….

  14. charkuewtiao says:

    Pandailah PAS buat projek2 besar…tp x pandai untung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">