Kenapa Majlis Syura Tidak Pecat Saja Nasharuddin Dari PAS?
PAS betul-betul pengecut kali ini! Hanya yang kecut dan bacul sahaja yang akan menggunakan alasan bodoh untuk memecat seseorang itu tanpa sebarang alasan yang munasabah dan masuk dek akal.
Itulah yang terjadi kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa apabila sah dipecat Majlis Syura, kononnya kerana telah melanggar peraturan “berjemaah”.
Tak tahula apa yang dimaksudkan dengan “berjemaah” di dalam majlis tertinggi PAS itu. Mungkin “berjemaah” yang di dalam Majlis Syura PAS itu bermaksud “memeluk Lim Kit Siang”, “memecah belahkan umat Islam”, “mengkafirkan saudara seagama” dan “membela peliwat tegar”?
Namun, mengapa Majlis Syura PAS begitu bacul dengan hanya memecat bekas Timbalan Presiden PAS itu dari majlis tersebut?
Apakah Majlis Syura takut sekiranya “pisang berbuah dua kali” sebagaimana yang berlaku terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat dari PAS oleh Azmin dan Anwar dulu?
Apakah PAS takut jika lahir seorang lagi “Hasan Ali” dari golongan ulama yang akan mendedahkan kepincangan dan betapa jijiknya sebuah parti yang memperniagakan agama untuk meraih undi dari umat Islam di negara ini?
Kenapa PAS jadi bacul sangat selepas bersekongkol dengan DAP dan PKR? Takut sangat untuk memecat Ustaz Nasharuddin keluar dari PAS?
Siapa sebenarnya yang memutuskan pemecatan Ustaz Nasharuddin dari Majlis Syura? Nik Aziz? Khalid Samad? Atau Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri?
Desas-desus membayangkan bahawa Ustaz Harun Din, Ustaz Harun Taib dan Abdul Hadi dikatakan sangat sayang pada Nasharuddin berbanding Nik Aziz serta golongan Anwarinas yang sering mencari jalan untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS itu.
Bermula dari insiden “kerajaan perpaduan”, Nasharuddin dipulau dan disingkirkan oleh Nik Aziz serta golongan Anwarinas yang semakin hari semakin memburuk-burukkan imej Ustaz kesayangan golongan pro-ulama di dalam PAS itu.
Namun ternyata, Nik Aziz dan golongan Anwarinas masih belum berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, mereka hanya berjaya nyahkan beliau dari Majlis Syura sahaja.
Saya yakin, PAS takut untuk memecat beliau, khususnya menyedari bahawa PRU ke-13 semakin hampir dan memecat Nasharuddin Mat Isa dari parti itu sudah tentu akan menyebabkan lebih ramai golongan pro-ulama yang meninggalkan parti yang semakin “sesat” itu.
Yang pasti, saya yakin DAP dan PKR sedang ketawa terbahak-bahak dengan insiden pemecatan Ustaz Nasharuddin dari Majlis Syura. Dan mungkin ketawa mereka tidak merujuk kepada Ustaz Nasha, malah kepada PAS yang semakin “tolol” dikerjakan kedua parti itu..kan?



