KUIN!! PAS Gagal Perintah Kedah Dengan Terus Susahkan Rakyat
Dewan Ulama PAS Kedah telah mengadakan sesi pertemuan tertutup dengan wakil kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bagi membincangkan kemelut yang berlaku di institusi pengajian tinggi itu. Ini berikutan dengan kenyataan bahawa Azizan enggan campur tangan mengenai kontroversi yang melanda KUIN dan menyerahkan segala pertikaian dalam IPT itu kepada rakan baiknya yang juga Rektor KUIN, Datuk Jamil Osman, untuk diselesaikan.
Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang sedang berjuang mendapatkan semula hak dan kebajikan mereka telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meminta beliau agar lebih profesional dalam menangani kemelut kolej universiti itu. Sekumpulan 20 kakitangan mewakili kira-kira 400 rakan mereka daripada pelbagai jawatan dan pangkat di kolej universiti berkenaan berhimpun di luar pekarangan Wisma Darul Aman di sini sejak pukul 11 pagi bagi tujuan itu sebelum berarak ke pintu masuk utama bangunan yang turut menempatkan Pejabat Menteri Besar.
Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut dan hanya menemui wakil Menteri Besar di hadapan pintu utama kerana Azizan dikatakan berada di Kuala Lumpur. Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim yang mengetuai kakitangan kolej universiti itu kemudian menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohamad Helmi Khalid.
Memorandum 10 muka surat itu sebagai bantahan dan kekesalan terhadap kenyataan Azizan yang dilaporkan enggan mengambil tahu isu Kuin dengan mendakwa perkara itu ditimbulkan oleh ejen UMNO. Memorandum tersebut turut memperincikan permasalahan yang dihadapi kakitangan kolej universiti berkenaan melibatkan beberapa perkara termasuk kebajikan kakitangan Kuin, insentif perpindahan ke Kuala Ketil, penubuhan Insaniah Holdings Sdn. Bhd., dan dakwaan pemalsuan dokumen seperti penyediaan minit mesyuarat palsu.
Seluruh kakitangan Kuin juga menuntut tujuh perkara iaitu:
1. Menamatkan perkhidmatan Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman kerana didakwa gagal mentadbir dengan cekap dan amanah.
2. Menutup operasi Insaniah Holdings Sdn. Bhd., dan anak syarikat subsidiarinya serta-merta kerana didakwa menjadi liabiliti kepada Kuin dan kerajaan negeri.
3. Menerima pekeliling perkhidmatan awam dengan membayar tunggakan kenaikan gaji sebanyak 13 peratus bermula Januari tahun lalu, tambahan elaun sara hidup RM50 dari jumlah yang sedang dibayar dan bayaran bonus tambahan.
4. Menamatkan kakitangan akademik luar negara yang bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan.
5. Membayar semua tunggakan pinjaman kakitangan ke bank, institusi kewangan dan pihak ketiga serta membersihkan nama kakitangan yang disenaraihitamkan di dalam sistem CTOS (Credit Tip-Off Service Sdn. Bhd.), serta Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
6. Menutup semua kuliah dan program pengajian yang tidak mempunyai pelajar dan memperkasakan program pengajian Islam yang menjadi teras kepada Kuin.
7. Mengembalikan semula bahagian pentadbiran Kulliyah yang kini berada di bawah Insaniah Holdings Sdn. Bhd., kepada pentadbiran di bawah Kuin yang dikendalikan Hal Ehwal Akademik.
Kesemua kakitangan hadir berpakaian serba putih sebagai simbolik kepada perjuangan mereka yang mahu membersihkan Kuin daripada unsur-unsur yang menafikan hak mereka. Salinan memorandum itu turut diserahkan kepada Canselor Insaniah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Pro Canselor Insaniah, Datuk Dr Abdul Halim Ismail; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kakitangan Kuin turut mengemukakan memorandum tuntutan kepada Rektor apabila Kuin gagal membuat bayaran kepada bank dan institusi kewangan termasuk tunggakan gaji, yang didakwa berpunca daripada krisis kewangannya. Kemelut Kuin mula mendapat perhatian apabila ia dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, April lalu. Mahdzir sebelum ini mendedahkan Kuin berdepan krisis kewangan yang serius selain mendesak Azizan memperjelaskan peruntukan yang disalurkan. Krisis ini tidak dapat disembunyikan lagi apabila Kuin didakwa meminta bantuan kewangan Menteri Besar Incorporated (MBI) sebanyak RM500,000 bagi menyelesaikan pembayaran gaji kakitangan bulan lalu.
Bayaran gaji kakitangan Mei dibuat dua peringkat iaitu gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakala gred 45 ke atas dibayar selepas menerima bantuan MBI. Ini bukan pertama kali kerana Kuin pernah memohon bantuan MBI sebanyak RM2 juta termasuk dari Syarikat Air Darul Aman (Sada) RM2 juta. Mahdzir mendakwa antara punca krisis kewangan disebabkan anak syarikat Kuin gagal berfungsi selain menjadikan pelajar sebagai mangsa dengan mengenakan caj tinggi seperti yuran pengajian dinaikkan (RM60-RM200 jam/kredit), caj pemeriksaan kesihatan (RM150-RM250), caj RM25 kepada calon baru untuk semakan permohonan.
Ketika semua parti di negara ini sedang melakukan persiapan terakhir untuk menghadapi PRU ke-13, PAS Kedah sedang berada di dalam keadaan huru-hara. Barisan Nasional Kedah pula dilihat sedang merapatkan barisan di mana kebanyakkan masalah-masalah dalaman yang dihadapi telah dapat diselesaikan dengan baik. Hanya “seciput” saja “kekotoran” yang sedang dalam proses dibersihkan. Namun begitu, BN Kedah enggan meletakkan diri di dalam “zon selesa” dan mereka dalam diam sedang melipat gandakan usaha untuk menawan Wisma Darulaman semula pada PRU ke-13 nanti.





bkn sahaja wang kakitangan KUIN x dibayar…anak2 Melayu Islam turut menjadi mangsa keadaan terpaksa membayar yuran yang tinggi…..Universiti berteraskan Islam tetapi membebankan orang2 Islam…mcm ni keeetok jijan ooiiiii???
Tu belum bongkar lagi pasai perlantikan abang kandung Jamil, Si Halim yang terlalu tua dan Shuaib lebih banyak tertidur ketika kuliah untuk berkhidmat di program Master Kaunseling. Dan lain-lain pegawai tertinggi yang sama keturunan dengan Jamil, yang dibayar gaji yang tidak ikut skim terlalu la tinggi. Dah la tu Hj Bakar yang tak Phd pun diberikan 'kelulusan khas' menggunakan title 'Dr' dihadapan namanya oleh Jamil, nak tayang konon2 Master Kaunseling Insaniah tu hebat. Ramai yang tertipu.
Ni pula pasai Ketua Penolong Bendahari, yang staf dok panggil Madam tu, surat bankrap dahpun keluar tapi kerana kroni Jamil dilantik juga ke jawatan sekarang, kalu x percaya kenyataan ini tolong semak kat Jabatan Insovensi atau individu-individu yang ada menyimpan surat bankrap tu, rujuk kat geng-geng Bersih.
TERUSKAN PERJUANGAN BERSIH!
macam sial depa ni..hantu semua tu..aku tgk macam nak hentam jer..UMNO buat sume xkna..skrg tgk hangpa baru taw bila smpai tang hangpa..padan muka hang..
PAS tau nampak apa yg Bn buat jer..tp depa xnmpak apa yg DAP or PKR buat..macam hapa tah..
tu dia..nk tergelak pulak aku tgk kemelut apa yg berlaku di kedah ni..amik ang pa org kedah..tu la sokong lg PR..padan muka ang pa org kedah..hahahahahahaha..gelak sakan aku tgk ang pa ni..konon nk perubahan..skrg ang pa tgk apa yg brubah??mmg brubah la sbb ang pa dului senang skrg dah jd mcm pengemis..dasar MELAYU xsedar diri..hahaha
kesian….bukan sahaja kakitangan teraniaya.. pelajar pon sama ijazah x diiktiraf….. nasib2…
Ada ka dok kata yg buat kacau bilau d kuin tu ejen umno.Pala hotak dia….yg dok buat demo tu suma dulu dok undi hg jijan oiii…kami ni bukan nya buat benda pelik2..nk menuntut hak jaa…lain la kalau kami ni p luku pala hg..bleh la hg kata kami ni kuajaq..hg jgn lupa…lepaih ni tobat lahum aku tak undi hg dahhh……
apa yg berlaku di kuin mmg benar2 berlaku..bukan benda fitnah…hanya jauhari yg mengenal manikam..blah la lu azizan…tgk muka hg pn aku rasa nk termuntah…