Kurang Ajarnya DAP Kepada PAS di Kedah!
DAP tidak berselindung langsung untuk berkurang ajar dan biadap terhadap kepimpinan negeri Kedah. Walaupun pada masa yang sama, mereka melaung-laungkan tentang kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat, yang dapat dilihat sekarang ialah bagaimana PAS sahaja yang berusaha untuk menjaga kerjasama tersebut, sedangkan DAP pula dilihat terus melakukan tekanan terhadap PAS agar perlu sentiasa patuh kepada kehendak mereka.
Sebenarnya, parti yang ditubuhkan pada tahun 1965 bagi menggantikan parti Lee Kuan Yew, PAP, tidak mempunyai kekuatan di Kedah. Namun setelah bergabung dengan PAS dan PKR, DAP melihat peluang serta ruang untuk mereka terbuka luas di negeri Jelapang Padi itu.
DAP kini mengintai beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang mengandungi komposisi pengundi Cina yang agak ramai. Antara kerusi yang diidamkan adalah Alor Setar dan Padang Serai untuk kerusi Parlimen manakala untuk kerusi DUN pula, DAP mengidamkan kerusi Derga, Bakar Bata, Gurun dan Lunas.
Bagaimanapun, untuk kerusi-kerusi tersebut, DAP tidak sahaja perlu berdepan dengan PAS tetapi juga PKR. Dalam hal perebutan ini, PAS Kedah kelihatan lebih bersikap mengundur berbanding mempertahankan kerusi-kerusi yang suatu ketika dahulu mereka pupuk, jaga dan tandingi sebelum DAP dan PKR menggunakan alasan pakatan untuk menundukkan kehendak PAS.
Pada PRU lalu, PAS bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum 2008 daripada 36 kerusi DUN. PKR dan DAP pula berkongsi baki lapan lagi kerusi. Satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh DAP ialah DUN Kota Darul Aman.
Agak menarik untuk diperhatikan bagaimana dalam hal ini, sekalipun Pengerusi DAP Kedah, Lim Guan Aik jelas tidak berpuas hati dengan ketegasan Azizan Abdul Razak yang kemudian berkuntau meletakkan tanggungjawab kepada PAS Pusat tentang pembahagian kerusi, walaupun pada masa yang sama, Azizan turut memberi isyarat, arahan dari PAS Pusat juga belum tentu dapat mempengaruhi keputusannya.
Polemik timbul apabila PAS bertegas mahu formula PRU12 digunakan semula pada PRU13. Sedangkan PKR dan DAP pula mahu menuntut lebih banyak kerusi agar kedudukan mereka di Kedah lebih seimbang dan lebih kuat berbanding sekarang.
Namun cara yang ditunjukkan oleh kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, ternyata sangat biadap dan kurang ajar. Dengan mengenepikan Azizan Abdul Razak selaku orang penting di Kedah, Anwar Ibrahim datang dengan penuh megah seolah-olah memberi isyarat kepada Azizan Abdul Razak bahawa kedatangannya itu membawa maksud, Azizan perlu rebah, bersujud dan berteleku di hadapannya.
Lee Guan Aik pula cuba mengajar Azizan, kononnya untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah, pengorbanan perlu dilakukan oleh PAS. Anehnya, formula Pengerusi DAP Kedah itu tidak dilakukan di Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Sebaliknya di ketiga-tiga buah negeri itu, PAS hanyalah anjing kurap yang dihina-hina dan diinjak-injak. Bahkan cakap besar DAP kononnya mereka akan meletakkan calon Melayu DAP di kawasan baru, jelas memberi isyarat kepada PAS bahawa PAS perlu berundur dan memberi laluan kepada mereka.
Persoalannya sekarang ialah, sejauh manakah kekuatan DAP dan PKR tanpa pembabitan PAS?
Umum mengetahui, DAP bertindak seperti api dalam sekam. DAP tidak begitu menonjol agar kejahatan mereka tidak begitu terserlah dan ketara. Namun DAP sentiasa menjadikan PAS sebagai bahan untuk dilawak-lawakkan dengan Azizan Abdul Razak sebagai bahan sesahan.
Cerita tentang pembahagian kerusi masih belum selesai. Walaupun terdapat pelbagai isu yang diperkatakan, sekaligus menghilangkan cerita sebenar bagaimana DAP masih berusaha mahukan kerusi-kerusi yang ditandingi PAS di Kedah, namun perangai DAP tidak berkurangan. Sebaliknya DAP di beberapa tempat, khususnya di kawasan-kawasan yang pengundi Cina agak ramai seperti di Derga sedang bekerja keras untuk melakukan tekanan terhadap Azizan Abdul Razak.
Sudah ada khabar angin yang mengatakan, ahli-ahli DAP Kedah diperintahkan oleh pucuk pimpinan DAP negeri agar memastikan Azizan dan PAS diajar pada PRU akan datang.
Benar atau tidak, kita akan dapat saksikan dalam PRU nanti!





pas kedah mmg sume bodo
Bukan pas tak tahu yang dap sedang menumpulkan sebanyak2 kerusi parlimen untuk menguasai putrajaya
Tapi ketamakan kuasa telah menguasi pemimpin pas. Mereka sedar bahawa jika pr ke putrajaya ( sebenarnya jauh panggang) mereka akan jadi ibarat budak suruhan saja, tapi menjadi kuli dap adalah satu kemegahan serta jihad kpd penyokong pas.
kasi ajar dlm PRU akan dtg….