Langkawi Sudah Jadi Pulau Sampah Dan Hiburan
Pulau Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan terkemuka dunia. Hasil promosi berterusan dari Kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensi penggalakan pelancongan, Langkawi tersenarai antara destinasi pelancongan yang MESTI dilawati oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Prasarana pelancongan yang lengkap bersama-sama pakej alam semulajadi yang unggul, meletakkan Langkawi sebaris dengan destinasi-destinasi pelancongan terkenal lain di seluruh dunia.
Namun keadaan mulai berubah apabila PAS mengambilalih Kedah dari tangan kerajaan terdahulu. Usaha-usaha untuk mengekalkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan, nampaknya cuba disabotaj oleh Kerajaan Negeri Kedah sendiri biarpun Langkawi menjana pendapatan yang sangat besar kepada Kedah.
Mungkin atas nasihat penasihat ekonomi pendek akal, maka Kerajaan Negeri Kedah mengambil contoh yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melihat industri hiburan sebagai punca penjanaan ekonomi negeri. Sedikit berbeza dengan Selangor dan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Kedah cuba melindungi kecenderungan tersebut dengan menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat hiburan, baik yang halal mahupun yang haram, di Pulau Langkawi.
Disebabkan itulah, Kerajaan Negeri pimpinan PAS mencetuskan persoalan berhubung pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan di pulau peranginan terkemuka dunia itu. Sepanjang tempoh 4 tahun mentadbir Kedah, PAS nampaknya begitu kukuh bersekongkol dengan DAP dan konco-konconya untuk membiarkan kewujudan pusat-pusat hiburan berkenaan.
Lebih menghairankan ialah apabila PBT yang mempunyai kuasa dan berada pula di bawah pentadbiran langsung Kerajaan Negeri, bukan sahaja memejamkan mata, bahkan menjadi pekak dan tuli terhadap sebarang masalah sosial yang ditimbulkan daripada kewujudan pusat-pusat hiburan tersebut.
Apa jawapan yang akan diberikan oleh PBT dan Kerajaan Negeri Kedah berhubung kewujudan Pusat Hiburan Top Ten, di Kuah, Langkawi? Adakah lesennya diberikan oleh Kerajaan Pusat? Atau adakah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi dalang kewujudan pusat hiburan berkenaan?
Atau sebenarnya ada pihak dalam PBT Langkawi yang memenuhkan tembolok dengan hasil dari pusat hiburan berkenaan sehingga kewujudannya dipermudahkan?
Bagaimana pula dengan Pusat Hiburan Seoli, Jalan Kelibang, Kuah, Langkawi yang seringkali dikaitkan dengan GRO-GRO dari negara jiran dan wanita-wanita tempatan? Mana penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah? Bagaimana PBT Langkawi boleh lepas tangan begitu sahaja? Adakah benar pusat hiburan tersebut memperolehi lesen dan permit mengikut kewajaran dan keperluan? Atau ianya berselindung di sebalik faktor pegawai-pegawai PBT yang cukup kebulur dengan duit-duit dari hasil arak dan lendir?
Dan sama seperti masalah pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, masalah sampah di Pulau Langkawi juga nampaknya bagaikan tidak berkesudahan. PBT Langkawi bagaikan sudah hilang upaya dan kreativiti untuk melupuskan sampah sehingga akhirnya sampah-sarap bertimbun-timbun di tepi jalan di seluruh Pulau Langkawi.
Tinjauan yang dibuat oleh krew KEDAHAN69ERS menunjukkan penduduk tempatan semakin bosan dengan pentadbiran negeri dan PBT yang bukan sahaja lemah, tetapi cukup kuat beretorik.







apa peranan lada…??
kenapa pada malam jumaat wayang masih di buka kenapa d alor setar di tutup..
apa dah jadi kepada kerajaan pakatan yang memerintah kedah.
sampah bertaburan . kalau anda melalui jalan bukit kemoja ke simpang pdg matsirat, sampah kat tepi tong berselerak. mana PBT