Lim Guan Eng Tipu Bible Dibakar Untuk Bangkitkan Sentimen Kebencian Kristian Kepada Islam
Dalam perutusannya sempena Hari Thaipusam, Lim Guam Eng cuba mengajar rakyat negara ini agar hidup dalam harmoni, tenteram, dan saling percaya-mempercayai. Bagaimanapun, di sebalik 'nasihatnya' itu, Lim Guan Eng cuba menyemarakkan api permusuhan dan mencetuskan kekacauan yang lebih besar apabila dia menyatakan Bible telah dibakar, sedangkan kenyataannya itu adalah SATU PENDUSTAAN semata-mata.
Lim Guan Eng telah menggunakan ucapan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang menggesa agar umat Islam mengumpul dan kemudian membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan KALIMAH ALLAH bagi menggantikan kalimah GOD, LORD atau FATHER, untuk menyemarakkan kekacauan dalam negara.
Inilah tujuan sebenar mengapa DAP begitu galak membuat kempen menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negara dan Akta Hasutan. DAP sebenarnya mahu bebas menghasut dan menimbulkan kekacauan di dalam negara.
Guan Eng menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina untuk perutusan Hari Thaipusamnya itu, sekaligus membelakangkan dan memandang remeh terhadap Bahasa Kebangsaan meskipun dia merupakan salah seorang wakil rakyat dan penggubal undang-undang di Dewan Rakyat.
Dengan menyalahkan sepenuhnya kepada gesaan Ibrahim Ali, Guan Eng buat-buat lupa, kontroversi dan kemarahan umat Islam sebenarnya berpunca daripada kenyataannya sendiri. Bukankah Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan mendesak Kerajaan Pusat membenarkan KALIMAH ALLAH digunakan untuk Bible versi Bahasa Melayu sedangkan di dalam Perlembagaan Malaysia telah termakhtub larangan berkenaan?
Tidakkah kenyataannya itu sebenarnya yang telah meruntuhkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini?
Pembakaran Bible sebenarnya tidak lebih daripada momokan jahat Lim Guan Eng dan DAP sedangkan umat Islam tidaklah seperti sesetengah ekstremis agama lain yang gemar menjadikan naskhah al Quran sebagai bahan bakar mereka. Melayu-Islam dan kaum Bumiputera di negara ini, sentiasa menghormati kaum pendatang seperti Lim Guan Eng dan keturunannya, meskipun akhirnya mereka yang dianiayai, dizalimi dan diperlekehkan.
Sehingga ke hari ini, belum ada seorang pun orang Cina yang dibakar hidup-hidup kerana kebencian kaum di Malaysia atau harta mereka dirampas walaupun pada zaman darurat anggota-anggota komunis berbangsa Cina telah melakukan kezaliman luar biasa terhadap rakyat pribumi. Keganasan anggota-anggota komunis tersebut kemudiannya diulangi semula pada 13 Mei 1969. Apabila rakyat pribumi bangun dan mula melawan, DAP serta-merta memperkatakan tentang RACISME dan pembersihan etnik, walaupun sebenarnya ia tidak berlaku langsung!
Dan kalaupun ada Bible yang dibakar, seharusnya yang menanggung kesalahan itu adalah LIM GUAN ENG sendiri. Dia yang mencetuskan polemik dan kontroversi, maka seharusnya dialah yang menanggung semua natijah serta kesan daripada perbuatannya sendiri. Dia tidak boleh menyalahkan orang lain, bahkan dia perlu menyerah diri dan minta dihukum.
Guan Eng tidak boleh dilepaskan sepertimana bapanya, Lim Kit Siang terlepas daripada sebarang hukuman walaupun terbabit secara terang-terangan menghasut dan melakukan fitnah sehingga mencetuskan Tragedi 13 Mei 1969.
Walaupun sekarang ini, agak ramai Melayu-Bumiputera telah termakan hasutan DAP, kononnya yang mencetuskan tragedi tersebut adalah UMNO, hakikatnya DAP dan Lim Kit Sianglah yang memulakannya terutama di kawasan-kawasan bermajoriti Cina sehinggakan wujud frasa, 'MELAYU BALIK KAMPUNG', 'KL CINA YANG PUNYA' dan sebagainya. Dan nampaknya, Guan Eng cuba mengulangi legasi bapanya, Kit Siang, dalam usaha melaga-lagakan rakyat Malaysia menerusi cerita bohongnya, BIBLE DIBAKAR!




Kalau dasar kaki belit memang la suka putar belit cakap orang. Bila dah panas apabila didesak tarik kenyataan guna kalimah Allah dalam Bible. guan eng alih cerita pulak ada orang melayu nak bakar bible.Selama ni umat Islam di negara ni tak pernah kacau agama lain. kenapa pulak agama lain sibuk2 dengan Islam. Nak berkongsi nama Allah pulak tu. Tak ke pelik. Mesti ada tangan ghaib yang membenarkan perkara ini berlaku. Fikir2kan lah.
Wahai alim ulamak pas bersatulah dan nyatakan pendirian tegas bahawa agama lain tidak dibenarkan mempermain-main kan agama Islam. Kenapa takut sangat nak beri kenyataan. Lebih takut kat anuar dengan guan eng daripada takutkan Allah.
Lim guan eng ngn anwar ibrahim kan adik beradik penipu, pembohong… mane la depa nak cakap betul punyer…
dia saja.nak tengok umat islam bergaduh selain mahukan org islam.n melayu ni dibenci oleh kaum lain. tu strategi Dap… xkan x.paham kot wahai pencacai pas.. hahahhaha
cukup la guan enggg…jgn bangkittkan kemarahan org islam..ingt lim org PAS pn org islamm ooo…sendiri mau ingt k! puak2 PAS ni pn x kn nk ikuttt lagi…fikir2 kn lh
kita tak campur itu urusan rumit lim guan eng, kita jaga perjuangan pas sahaja