Mahukah Rakyat Johor Bernasib Buruk Seperti Rakyat Kedah?
Secara peribadi, saya tidak pernah memandang rendah terhadap Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihalau dari Kelantan untuk pulang ke Johor, ke negeri asalnya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memang mampu “menjual auta”nya di Johor.
Baru-baru ini Salahuddin menyatakan bahawa dia mendapat sambutan hangat dari ribuan penduduk Melayu Johor pada satu siri ceramahnya di sana. Dia menyatakan bahawa ia menunjukkan sikap Melayu Johor yang mahu PAS memerintah di negeri itu.
Lalu, Salahuddin menawarkan untuk melakukan “perubahan” di Johor sekiranya rakyatnya memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah negeri paling selatan di Semenanjung tanahair tersebut.
Namun, apakah yang bentuk perubahan yang diperlukan oleh rakyat Johor di dalam pentadbiran negeri itu? Perubahan positif atau perubahan negatif? Transformasi atau reformasi?
Secara jujur, saya sebagai rakyat Kedah sangat terasa dengan “perubahan” yang PAS bawa di negeri di sebelah utara Semenanjung ini. Maksud saya, kami di Kedah mengalami situasi “perubahan negatif” dari kesan pentadbiran baru Kerajaan PAS Kedah.
Misalnya, kalau banjir melanda Kedah ketika pentadbiran BN, maka seluruh jentera kerajaan dan pemimpin akan berhempas pulas membantu sebaik mungkin rakyat Kedah yang terlibat sebagai mangsa banjir.
Malangnya, ketika banjir melanda Kedah ketika PAS memerintah, bukan saja Kerajaan PAS Kedah menghulurkan “bantuan terpilih” kepada segelintir orang-orang PAS sahaja, malah begitu ramai mangsa banjir Kedah yang terdiri dari orang UMNO, golongan atas pagar dan orang PAS sendiri yang tidak menerima sebarang bantuan.
Lebih teruk lagi, para pemimpin PAS bukan saja tidak turun padang mengambil tahu hal banjir, malah ada di kalangan mereka yang lari “keluar makan angin” ketika rakyat di kawasan mereka menghadapi bencana itu. Mahukah rakyat Johor menerima nasib yang sama nanti?
Bukan itu saja, dasar-dasar PAS juga dilihat tidak efektif di mana tahap pertumbuhan ekonomi Kedah jatuh merudum dan menakutkan para pelabur untuk melabur di Kedah.
Contohnya, Kedah yang dulu berbangga dengan kehebatan Kulim Hi-Tech Park, terpaksa “gigit jari” apabila melihat para pelabur membawa keluar pelaburan mereka dari negeri itu dan tiada pula pelaburan masuk di Kedah melainkan para pelabur yang di bawa masuk oleh MITI dan MIDA (Kerajaan Pusat).
Hakikatnya, PAS Kedah yang mentadbir ekonomi negeri hanya keluar “melancong” dan “melencong” di luar negara dengan menggunakan alasan “mencari pelabur asing”. Padahal, satu habuk pun tidak di bawa pulang untuk menjana ekonomi negeri itu. Johor mahu jadi begitu?
Saya difahamkan bahawa jalanraya di Johor diselenggara cantik oleh Kerajaan BN Johor. Kalau rakyat Johor mahu senasib dengan rakyat Kedah yang dicuri wang penyelengaraan jalan oleh Kerajaan PAS Kedah dan jalanraya berlubang di sana sini, maka bolehlah tukar kerajaan negeri kepada PAS.
Mungkin itulah yang dimaksudkan Salahuddin tentang “perubahan” di dalam ceramahnya itu. Setakat cakap saja, sudah tentu yang terbit adalah yang molek-molek belaka. Tapi secara realitinya, PAS telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu mentadbir dengan baik.
Pada saya, sekiranya rakyat Johor mahu melihat PAS melingkupkan negeri itu sebagaimana yang berlaku di Kelantan dan Kedah, maka bolehlah beri peluang kepada Salahuddin dan konco-konconya di sana.
Justeru itu, saya berharap agar rakyat Johor tidak terpedaya dengan “mulut manis” PAS dan Salahuddin.
Kalau benar rakyat Johor mahukan perubahan, pilihlah perubahan “transformasi” yang mengubah sesuatu yang kurang baik atau kelemahan yang ada kepada sesuatu yang lebih baik dan memberikan faedah kepada seluruh rakyat.
Bukan apa, bukti jelas telah menunjukkan bahawa perubaha jenis “reformasi” hanya akan memburukkan dan menghuru-harakan kehidupan rakyat sahaja. Perubahan jenis itu hanya tahu bercakap dan memperlekeh saja, tapi mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka nak buat!
Maksus saya, untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat, rakyat Johor boleh mendengar “auta” mereka, tapi percaya jangan sekali-kali. Susah kalau nasib rakyat Johor jadi macam rakyat di Kedah. Serik memang serik, tapi Kedah hampir punah ranah dikerjakan PAS..!




Maaf saudara sudah terlambat. Tiada lagi Umngok dan Be End dihati kami. Hutang negeri Johor sudah membukit dibawah Umngok dan Be End.
Masa untuk Merdeka Rakyat
KUDOS for PAK LAH,This MEGA project will bfieent Johoreans and Malaysians, mega mega mega.Ok lah. So Pak Lah tersasul Rather, he did not rtell us everything. KJ, you are right. It doesn’t matter if it is Pak Lah’s idea or not. But, er, er it sure looks like it isnt his idea.(Not good to make claim like that. You will lose credibility. And you will have to agree that credibility is integral in a leader/leadership).Also, that thing about wikipedia — dont know what the heck you are getting at.ANYWAY, I am digressing… — let’s hope WE will all bfieent from this mega mega mega project.
Salam,
Terima kasih di atas makluman mengenai perkembangan pemerintahan Pas di Kedah…..saya orang Johor, insyallah, BN akan menang…..orang Johor tak mudah diputar belitkan dengan janji2 kosong kerana org2 Johor tahu & sedar bahawa yg membangunken negeri Johor selama 55 tahun adalah UMNO & BN!…biar lah Si Sallehuddin tu syok sendiri!! Tunggu aje PRU 13……setahu saya…Gentera BN Johor dah lama bersedia utk berdepanan dengan PAS & DAP!!
Keith,This is bad move from Malaysia government.1st It miss the tagret of foreigner who driving malaysia registered cars. Subsidy still goes to foreigners.2nd This measure does not stopped foreigner who drive foreigner registered cars go the petrol station out of 50km range. Again foreigner still benefit from subsidy.3rd This move hurt the Malaysian who own foreign registered car the most.Apparently this ban is simple solution that government can think. Please think harder and smarter to stop the loop hole that benefit foreigners.
hahahahaha aku dah agak dah gengster kg siobenng sudah mari ajak kawan ramai-ramai datang sini hentam aku meh . nanti post ni naik, ramai orang pergi tempat kau, lagi banyak kau boleh kaut duit . hahahahahahaha . aku suka lah kau cakap mulut aku puaka, bau longkang . itu jek lontar lah lagi hinaan dan cercaannn tak sabar tunggu ni .
TAHNIAH KERAJAAN PAS KEDAH….. kerana berjaya meningkatkan hasil balak kedah dan telah berjaya membotakkan bukit bukau separuh negeri kedah…. patut la hasil balak bertambah… rupanye lingkup habis segala hutan.. pokok besar tiang telekom pun habeh di tebang.. cukai sepokok tebang lima pokok… kalau dibiarkan padang jarak, padang terkukur lah jd nya….
Objective: To reduce buedrn on Gov’t due to across the board petrol subsidy.Solution: No solution because unable to tinker with the word “subsidy”.Target sighted: Ban foreigners from buying petrol or diesel To also include Rich Malaysian w BIG cars, Expat. Mat Salleh, Legal as well as illegal Indonesian residing in M’sia.FIRE!!!Report: Malaysian working in S’pore but living in JB (driving S’pore registered car b’cos NOT allowed to drive M’sian registered car) were the main casualties. Rich Malaysian w BIG cars, Expat Mat Salleh, Legal as well as illegal Indonesian, driving M’sia registered cars, still enjoying their subsidies.CONCLUSION: Miss target, (biasa lah) SIR!
that (but it was included in the copy) or he was made to say that.You must uresndtand that he has the worst ever team of advisers/spinners. Yeah yeah, some of them have mega degrees. Yeah yeah, so do many other Malaysians. But surely that does not make you good at strategising for and advising Pak Lah. No need to belabour this point because those Ks, B, Z and V have proven that they are soooo baaad. Goodness, They have so effortlessly destroyed the man’s credibility. And they dont even know it. Worse part…they think they are good.
salam…
Bagi aku dibawah pmerintahan PR adalah gagal…lihat sendiri dinegeri kedah…jalanraya banyak yang punah tak direpair…sistem peparitan yang tak diselenggara, hujan lebat sikit ja…banjir…yang aku hairan adun bagi setiap kawasan buat binatang apa…kata negeri berkebajikan…tp aku tengok tak da berkebajikan pon…kalau setakat nak tunjuk pada rakyat bagi bantuan wang ringgit pada rakyat yang tidak seberapa buat pa…tak jadi apa….semua jadi taik ja…..wahai rakyat2 malaysia buka mata la sikit…..buka hati….buka minda hampa………..
in plain M’sian english was..”See, God is angry with BN and the Sultan escaipelly..because of what the Sultan did by not listening to the rakyat’s wishes, so now that MB Roslan has passed away, ada chance lah for that much wanted election. So orang2 Perak, ini lah masa nye untuk balas dendam”. Savvy? Jangan pandai jual aje la. Al-fatihah untuk Roslan Shaharum
Salam sejahtera semua,
Saya adalah bekas mangsa banjir di Kedah beberapa kali samada masa BN dan masa PAS memerintah. Adalah satu pembohongan kalau kata wakil rakyat melawat dan tolong masa banjr. Saya tau lah. Baik BN maupun PAS tidaklah tolong kami. kami tak ksah pun tapi nak menyalahkan PAS adalah keterlaluan. Kalau mau kempen datanglah ke kampung kami baru kau tau BN itu akan jadi Be End selama lamanya di hati kami.