Manifesto Tipu Rakyat!! Kononnya Akan Turunkan Harga Minyak, Auta Tak Habis

petronas

 

Kesejahteraan Rakyat kononnya merupakan Teras ketiga dalam manifesto pakatan haram.  Kononnya mereka  bertekad menurunkan harga minyak sejurus selepas pakatan haram  berjaya menawan Putrajaya. Sedangkan harga minyak di Malaysia  adalah antara yang  paling rendah di Asia Tenggara, berikutan subsidi berbilion ringgit telah  disediakan oleh  kerajaan untuk meringankan beban rakyat.


Mengikut rekod pada  tahun lalu sahaja(2012), kerajaan telah memperuntukkan RM20 bilion dalam bentuk subsidi bahan petroleum dan  pada 2011 subsidi petroleum sebanyak RM20.1 bilion. Jumlah subsidi itu meningkat 58.7 peratus berbanding 2010 iaitu hanya RM8.25 bilion disebabkan kenaikan harga bahan api tersebut. 

  

Oleh itu ternyata janji pakatan haram untuk menurunkan lagi harga minyak sebagai tidak rasional.  Mereka tidak menetapkan kadar sebenar penurunan yang ingin dibuat. Jika mereka menurunkan harga minyak 20 hingga 50 sen, maka kerajaan perlu menyediakan tambahan subsidi RM5.2 bilion hingga RM13 bilion setahun, tambahan kepada kira-kira RM20 bilion subsidi yang diberikan sekarang. Walau macamana pun sebenarnya kita menyedari bahawa itu sekadar janji kosong pakatan haram yang mereka tidak pernah terniat untuk tunaikan dan buktikan kepada rakyat Malaysia.

  Pakatan haram telah mengitar semula janji pembohong  mereka itu walaupun mereka tahu bahawa ianya  tidak munasabah dan hanya akan meningkatkan beban kewangan melalui perbelanjaan subsidi yang perlu ditanggung negara. Ini kerana subsidi akan meningkat yang mana akan  menghapuskan pelbagai manfaat  lain untuk rakyat.

  


Amat jelas isyarat di sini bahawa manifesto mereka sekadar bagi meraih undi  oleh itu mereka tidak berani mengumumkan kadar pengurangan harga minyak yang bakal dilaksana.  Hakikat kenyataannya manifesto pakatan haram  itu merupakan  satu lagi pembohongan pakatan haram kerana mereka  tahu manifesto yang dicanang  bukan janji dan tidak perlu ditunaikan seperti diakui sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

  Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pendekatan  yang  lebih praktikal dan munasabah  dalam membantu meringankan beban rakyat seperti  bantuan secara terus kepada rakyat –  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sekira pakatan haram benar-benar mahu melaksanakan manifesto tersebut,  mereka sepatutnya mengeluarkan formula kaedah penurunan harga bahan petroleum yang realistic bukan sekadar janji penipu untuk mengauta rakyat sekali lagi.


5 Responses to Manifesto Tipu Rakyat!! Kononnya Akan Turunkan Harga Minyak, Auta Tak Habis

  1. Ajis says:

    JANJI sajalah woi… JANJI TINGGAL JANJI…
    Ini hanya manifesto saja… Tak perlu ditunaikan… Pungkok hangpa lah… 

  2. azizdahlan says:

    USAH PECAYA LAA. DASAR PENIPU. PADAN MUKA SAPA YANG MENYOKONGNYA DULU. LA NI HANGPA PUSING 360 DARJAH. SOKONG SAPA YANG TUNAIKAN JANJI

  3. abdullahhassan says:

    kalau berjanji tak tunai . tak payah sokong. dasar pembelit. tipu sana tipu sini lama2 kantoi la woi.

  4. puyualor@yahoo.com says:

    Berilah kami peluang dah perintah negeri nak pulak perintah negara  apa salahnya

  5. parameswaralagenda@yahoo.com says:

    Piraq……….janji PRU yang lepas pun tak tunai lagi nak janji lain pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">