Nasharuddin Mat Isa Belasah Guan Eng, Adakah Mat Sabu Akan Belasah Dia Balik?
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba menimbulkan polemik bagi mengurangkan tekanan terhadap DAP yang sedang berhadapan dengan pelbagai pendedahan skandal penyelewengan serta salahguna kuasa yang begitu menjadi-jadi mutakhir ini. Guan Eng memilih kalimah ALLAH yang pernah menimbulkan kontroversi untuk melindungi perkara sebenar yang menyusahkan hatinya terutama sekali yang membabitkan penjualan tanah di Pulau Pinang kepada syarikat kroni selain pemilikan tanah oleh dua orang pemimpin DAP Perak di Kelantan yang dibuat menerusi transaksi yang serba meragukan.
Beberapa hari lepas, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan, menolak desakan Lim Guan Eng agar kalimah ALLAH dibenar guna dalam Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di seluruh Malaysia, walaupun sebelum ini kerajaan telah membenarkan penggunaan kalimah tersebut di dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.
Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri utama anutan Kristian oleh kaum Bumiputera yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Bagaimanapun, segala hujah Tuan Ibrahim Tuan Man yang kelihatan bagus itu, sebenarnya tidak lebih daripada topengan PAS yang bersikap bermuka-muka dalam hal ini. Dari awal lagi, para pemimpin utama PAS, bahkan Presiden PAS sendiri menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, terutama sekali DAP untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam secara halus, mengapa pula secara tiba-tiba Tuan Ibrahim Tuan Man menghujahkan Kristian tidak dibenarkan guna kalimah tersebut dengan gaya Melayu-UMNO?
Hari ini, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah menghuraikan secara panjang lebar tentang PERSETUJUAN PAS kepada saranan Lim Guan Eng dalam hal ini. Sekaligus, menyanggah penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat untuk menipu Melayu dan umat Islam Malaysia agar terus menyokong PAS sebagai sebuah parti siasah yang mempertahankan Islam dan umatnya. (BACA DI SINI)
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagaimanapun, menimbulkan satu persoalan yang sangat bagus, dan perlu dijawab oleh Lim Guan Eng serta Mat Sabu dengan secepat mungkin.
Adakah GOD atau LORD dalam Bible berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil akan digantikan dengan ALLAH atau ALLAH hanya digunakan untuk Bible berbahasa Melayu semata-mata?
Telah dikatakan dari awal lagi, DAP sebenarnya adalah sebuah parti chauvinist yang amat ekstrim dan membenci umat Melayu serta umat Islam di negara ini. Apatah lagi dengan barisan kepimpinan yang terdiri daripada golongan pastor Kristian seperti Lim Guan Eng sendiri, seringkali DAP cuba menimbulkan masalah yang lebih besar agar umat Islam menunjukkan kuasa dan akhirnya dunia melihat umat Kristian di negara ini sebagai MANGSA yang tertindas.
DAP terang-terangan mahukan penyebaran agama lain kepada umat Islam, dipermudahkan dan dibenarkan sekalipun Perlembagaan negara menghalang dan tidak membenarkannya. DAP jugalah yang berselindung di belakang IFC yang mendesak agar umat Islam dibenarkan murtad dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana kononnya itu adalah KEBEBASAN BERAGAMA.
Sepatutnya para pemimpin PAS mengikut jejak Nasharuddin Mat Isa mendesak agar Guan Eng menjelaskan, mengapa kalimah ALLAH hanya untuk Bible berbahasa Melayu dan bukan dalam bahasa lain? Sepatutnya juga Guan Eng didesak untuk menerangkan apa tujuan sebenar digunakan ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu walhal kaum Kristian di seluruh dunia, rata-rata menolak ALLAH sebagai Tuhan mereka. Bahkan ALLAH tidak diiktiraf oleh VATICAN dan POPE.
PAS berani?
Sudah tentu tidak kerana PAS hanyalah pencuci najis Guan Eng semata-mata, manakala para pengikut PAS pula, KESEMUANYA JAHIL-JAHIL BELAKA tentang ALLAH!!!






subahanallah……sedaq la pas oiii…ini soal agama….jgn kerana nak kuasa dunia nk ke putrajaya gadai agama…dap tu terang2 tolak islam…..dap tu kristian pas oiiiiiiii…..
ermmmmm tu puak pas x nampak lg. p laaa pangkah dap lg… pangkah lg….
Sedarlah wahai semua orang Melayu/Islam, kenyataan tersebut sengaja dibuat oleh Lim Guan Eng 'keparat' tu sebagai strategi DAP tu untuk memecah belah perpaduan ummah sekaligus menutup isu kelemahan DAP. Dia cukup pasti puak PAS dengan Keadilan akan bela dia dan sekumpulan lain akan menentang. Dia tau lepas ni orang Melayu akan 'bertikam lidah' sesama sendiri bercakap isu ini sampai pilihanraya nanti, lepastu kalau didesak sangat dia akan 'minta maaf'… berapa kali mafff da.. Betul kata Dr. M ' Melayu mudah lupa' tapi aku dengan Dr. M takkan lupa… Korang tak sedor lagi ke…
BAB AGAMA NI JANGAN MAIN2…PEMIMPIN, PENYOKONG DAN PENDOKONG PAS NI NORMAL KE … DUK IKUT TELUNJUK GUAN ENG… TAK ADA NAK MEMBANTAH , I CELAKA TU… SEDAR LA SIKIT … DIA TU TETAP SOKONG CINA DAP..
kalau PAS kafirkn UMNO…knp bkrjasama dengan DAP…..hang tulung bg cek penjelasan ckittttt………..dap TU BUKAN KAFIR KA…………………………………………..????NK USTAT HADI JAWAB…hehehehehe