Nasharuddin Mat Isa Tidak Akan Bagi Penjelasan Kepada Kepimpinan PAS Berhubung Lawatannya ke Gaza Bersama Najib
Setelah teruk dikecam oleh beberapa orang pemimpin PAS yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, selain penyokong dan pecacai mereka, akhirnya bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa membuka mulut. Bagaimanapun, kenyataan yang keluar dari mulut Nasharuddin Mat Isa, mungkin kurang disenangi oleh para pecacai Pakatan Rakyat, memandangkan Nasharuddin langsung tidak menafikan atau mengiakan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Dalam kenyataanya, Nasharuddin Mat Isa berkata, lawatannya ke Gaza dalam rombongan Perdana Menteri, tidak ada kena-mengena dengan politik sebaliknya sebagai menunjukkan keprihatinan kepada umat Islam yang sedang ditindas di Palestin.
Dia juga tidak berhajat untuk memberikan penjelasan kepada kepimpinan tertinggi PAS berhubung pemergiannya ke Gaza bersama-sama rombongan Perdana Menteri. Alasan Nasharuddin ialah, ketika pemergiannya ke Makkah bersama Perdana Menteri tahun lepas, Majlis Syura PAS tidak mempersoalkannya bahkan memahami mengapa dia turut serta.
Apatah lagi, ramai penyokong PAS yang memuji dan berbesar hati dengan kehadiran Nasharuddin dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza.
Menurut Nasharuddin lagi, sepanjang program lawatan yang telah diatur itu dan ketika dalam perjalanan ke Gaza, tiada sebarang perbincangan politik di Malaysia telah dibuat. Sebaliknya apa yang dibincangkan ialah usaha-usaha yang boleh digerakkan untuk mengukuhkan sumbangan Malaysia kepada rakyat Palestin atas dasar sebagai seorang Muslim.
Pastinya, para pecacai Pakatan tidak akan berpuas hati dengan jawapan Nasharuddin Mat Isa. Mereka tidak mungkin juga akan menerima jawapan Nasharuddin kerana bekas Timbalan Presiden PAS itu, tidak mengesahkan ‘KERJASAMA’ dengan UMNO pada PRU akan datang.
Kata Nasharuddin, “Bagi saya, kalau hendak tuduh, tuduhlah. Itu hak mereka. Hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim.”
Tentunya paling tidak memuaskan hati mereka, sekaligus mengukuhkan lagi tanggapan mereka bahawa Nasharuddin Mat Isa adalah ANJING UMNO ialah apabila Nasharuddin Mat Isa memuji lawatan Najib ke Gaza. Menurut Nasharuddin, lawatan tersebut telah meningkatkan imej Malaysia sebagai model sebuah Negara Islam yang praktikal dan amat diperlukan dalam dunia moden ini.
Paling menyakitkan hati ialah apabila Nasharuddin turut mengesahkan, media-media Arab memuji keberanian Najib Abdul Razak yang menjadi pemimpin Islam bukan dari kalangan Negara Arab yang memasuki zon perang.
Najib Abdul Razak memasuki Gaza tanpa sebarang perlindungan keselamatan memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.






nak p Mekah ngan PM pun tak boleh ke? . takkan nak p dengan Guan eng kot ? dia peduli apa dengan nasib islam kat Gaza? . Dah tentu dia kafir. Puak2 PAS takkan itu pun nak jadikan isu. PM tak layak ke nak p Mekah @ Gaza? PM pun orang Islam sama juga dengan orang PAS.
bila ada puak pas berbaik dengan UMNO, mula lah kata depa dah menyeleweng sebab berkawan dengan orang yang depa dakwa UMNO tak tegakkan Islam. Tapi bila org PAS berbaik dengan DAP apa pulak alasan depa? nak dalih apa pulak. last2 sekali kata nak tarik depa masuk Islam. Selama ni berapa ramai PAS dah tarik orang kafir DAP masuk Islam? dah berpuluh ke? ratus ke? atau beribu-ribu? Usah jadikan alasan. Yang penting nak rampas Putrajaya. itu aje. PAS parti hipokrit selamanya.
baik xyah bagi ler… buang masa je. puak pas tu kalau dah bangang, mmg bangang jugak. x reti2 juga pa yg berlaku depan mata.
lantak hanglah Nasha oooi…. hang dok dalam PAS pun menyemak saja.. elok hang belahlah .. masuk geng setan… sebab hang memang asai situ pun… dulu hang nak berbaik2 dengan UMNO , nasib baik nik aziz masuk campur… kalau tak PAS pun dah jadi setan macam UMNO jugak…
Nasha, Nasha, pandai hang cari makan no, dah dalam PAS hang tak leh cari makan, hang berjinak pula ngan UMNO, dengar najib nak g Gaza, terhegeh hegeh nak ikut, konon nya atas dasar kemanusiaan, perggh, isi borang terus la Nasha, untung untung leh jadi calun UMNO.