PAS Kedah Ketakutan Apabila Kena Soal Bertalu-talu di DUN Kedah
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 telah pun berakhir dan ianya merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah, malah merupakan yang terakhir sebelum PRU13. Sidang Bajet selama tiga hari ini, nampaknya telah dipergunakan secara optima oleh wakil-wakil pembangkang Kedah untuk mendapatkan penjelasan serta jawapan daripada pihak kerajaan negeri yang diterajui oleh Azizan Abdul Razak.
Ramai yang menganggap dan bersetuju, sidang kali ini adalah yang paling hangat walaupun ianya tidak pernah mengatasi negeri-negeri lain.
Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Kedah, malahan rakyat Malaysia yang sudah sedia maklum dengan sidang 1 jam setengah oleh PAS Kedah, menjadi kenyataan. Wakil-wakil Kerajaan Negeri Kedah terpaksa berhadapan dengan banyak persoalan yang menimbulkan kemusykilan seperti kerugian jutaan ringgit daripada pelaburan labu peram di Papua New Guinea, KUIN yang bakal diserahkan kepada sebuah syarikat dari Turki, penderhakaan Ahli-Ahli Majlis PBT terhadap DYMM Sultan Kedah, penebangan balak tidak terkawal di hutan simpan kekal serta pertambahan pusat-pusat hiburan.
Antara orang Kerajaan Negeri Kedah yang cuba mempertahankan diri adalah Amiruddin Hamzah. Amiruddin tidak menjawab tentang kerugian serta kerosakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS Kedah, sebaliknya cuba mengorek pelbagai projek di bawah Kerajaan Negeri terdahulu sehingga akhirnya dibidas oleh bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid.
Malah Mahdzir Khalid turut mencabar agar pentadbiran Kedah sekarang, menyeretnya ke SPRM dan membentangkan semua salah laku selain penyelewengan sepertimana yang didakwa oleh Amiruddin Hamzah.
Hasilnya, Amiruddin Hamzah yang diketahui mempunyai kecenderungan besar untuk menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak, hilang suara dan hilang telur. Apatah lagi, beberapa projek peribadi Amiruddin yang mendapat pembiayaan serta top-up daripada Kerajaan Negeri Kedah, turut disentuh oleh ADUN-ADUN UMNO-BN.
Bukti telah diminta daripada pendedahan yang kononnya dibuat oleh Amiruddin. Bagaimanapun, seperti biasa, Amiruddin yang gila menggoreng, terus menggoreng dengan penuh bergaya tanpa sedikit pun atau sebatang angka pun ditunjukkan tentang penyelewengan yang dikatakannya itu. Sebaliknya, masalah-masalah yang disebut, semuanya melibatkan teknikal, bukannya penyelewengan.
Lebih memalukan lagi ialah apabila Amiruddin menyatakan bahawa beban kegagalan daripada projek-projek sewaktu Kerajaan UMNO-BN dahulu, terpaksa ditanggung oleh kerajaan sekarang!
Sama ada sedar atau tidak, Amiruddin sebenarnya menelanjangi dirinya sendiri. Amiruddin telah memalukan Azizan Abdul Razak kerana daripada kegagalan-kegagalan yang disebutkannya, hampir kesemua projek berkenaan dalam keadaan yang sangat baik, sehinggalah PAS mengambilalih tampuk pemerintahan dan PAS mula berlagak seolah-olah mereka adalah perompak dan lanun yang mahu merampas Kedah hanya untuk merompak dan menjarah kekayaan negeri.
Semua projek-projek berdaya maju yang ditinggalkan oleh UMNO-BN, kini menjadi projek-projek sakit. Amiruddin ternyata gagal memberikan bukti tentang projek-projek sakit tersebut. Malahan gaji CEO-CEO yang dilantik pada zaman PAS memerintah Kedah untuk GLC-GLC selain pemindahan aset serta pembabitan para pembesar PAS secara langsung dalam projek-projek berkenaan, gagal dijawab oleh Amiruddin dengan baik.
Dek kerana tidak dapat menjawab itulah, Amiruddin terpaksa kona ke serata ceruk semata-mata untuk menyalahkan UMNO-BN, walhal sebagai Kerajaan Negeri, PAS seharusnya menyelesaikan masalah, bukannya menuding pihak lain.
Apakah PAS mengharapkan mereka akan mentadbir negeri dengan bentangan karpet merah dan semuanya terletak di atas dulang emas dan perak? Kalau dah jadi Kerajaan Negeri, banyaklah masalah yang melanda. Apatah lagi, jikalau ianya melibatkan pelbagai proses termasuklah proses pengambilan tanah untuk pembangunan dan sebagainya.
Kalau setakat nak menyalahkan pihak lain, budak tadika yang tak pernah jadi wakil rakyat pun, boleh buat kerja macam tu.
Sepatutnya, inilah waktunya PAS menunjukkan bagaimana caranya mereka menyelesaikan masalah dan mereka lebih baik dari UMNO-BN Kedah dalam bidang kerja dan pengurusan. Malangnya, PAS Kedah tidak berbuat sepertimana yang sepatutnya. Sebaliknya, perangai berceramah hentam orang, terbawa-bawa sampai ke Sidang DUN sekalipun PAS sekarang adalah Kerajaan Negeri Kedah.
Mujurlah persoalan peribadi tidak diutarakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional di Sidang DUN Kedah. Kalau tidak, jenuhlah Amiruddin Hamzah nak menepis soalan, mengapa dia sanggup rampas isteri kawannya sendiri untuk dijadikan sebagai isteri kedua!!!




wahai MB dan Exco kedah…….dah hampa kata negeri ni rosak bila hampa ambil alih dh dkt 5 tahun tak kan tak bolh repair lgi ke..dok salah org lagi…apa ni…woiii
hari ni dia rampas isteri kawan untuk jadi isteri kedua dia…..tapi kita tak tahu yang dia juga sedang mengatur strategi untuk merampas kedudukan Dato' seri Azizan sebagai MB KEDAH sekarang…..ramai ahli-ahli PAS dok bersembang di KEDAI kopi bahawa Dato seri AZIZAN dah tak releven lagi menjadi MB KEDAH kerana faktor kesihatan beliau…..tibalah masa untuk di gantikan dengan AMIRIDDIN pula yang lebih muda dan cergas………………..
KATA TELUS LA, KOMPETEN LA, AMANAH LA..XKAN KENA G MAHKAMAH JUGA KOT..BERAK JER BESAR..TAPI TAHI KECIK JER..MACAM BINAWEH..
EXCO Kedah kan gendang kosong…lagi pun mereka jugak berok dapat bunga…
wah… amiruddin hamzah sapu bini org?… aku x heran la kalau suku sakat mat sabu ni.. hahaha
Mmg ia bermula dr projek BN. Pas lak yg d salahakn
# HijauKePutrajaya
nak korek jubuq org memang seronok….tapi kena ingat belum tau yg tu betoi…depa dulu pun lagi kalut…org tak kata apa pun…jgn dok siok sendiri bro….nanti lemas…..
Mungkiin amiruddin patut ambil penasihat ekonomi negeri selangor utk bantu dia. !!! Manalah tau kot kot bulan buat … tp takut juga kalau dibawa masuk kot jadi lain pulak cerita. Ekonomi Kedah ntah kemana tut tut bini dia kena kebas pulak sebagai kifarah…..Nasib lah ord Kedah… dok elok2 dulu , galak dok tukaq… la sedaq ambik lah….. Lu pikiaq la sendiri!!!
Kan pemimpin PR khususnya PAS dah takutkan bayang2 sendiri….malah tak tau tadbir negeri dituduh pihak UMNO yang silap..kepala otak pak hang la duhai PAS…nak tuduh-tuduh orang lain lak jika dah rugi..hangpa ni bak “kera dapat Bunga’….
“Walaupun buat masa ini, belum ada perkembangan baru yang positif. Namun, SULIHH bukannya terkubur, Kerajaan Negeri masih memberi peluang kepada Merapoh untuk mendapatkan dana baru agar projek ini dapat dilaksanakan setelah semuanya sempurna,” ujarnya.