PAS Kedah Perlu Jawab, Mengapa Syarikat Pembalakan Dapat Lebih 113,256,000 Kaki Persegi Kawasan Pembalakan Di Empangan Muda?
Ada pecacai PAS yang cuba mengalihkan perhatian dan cuba menunjukkan bahawa segala pendedahan yang dibuat berhubung pembalakan di Kedah oleh banyak pihak, sebenarnya tidak wujud. Malah lebih tepat lagi dikatakan sebagai satu FITNAH, alasan standard yang seringkali mereka gunakan apabila sudah tersepit dan mereka tidak mempunyai sebarang jawapan untuk persoalan berkenaan.
Bagaimanapun, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bukan sahaja di kawasan-kawasan yang telah diluluskan, aktiviti pembalakan sedang berjalan dengan rancak sehinggakan pokok sebesar lengan pun ditebang sama, bahkan di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan pun, aktiviti pembalakan lebih giat dijalankan.
Hasil siasatan selama beberapa hari di Hutan Simpan Ulu Muda, Daerah Sik/Baling, beberapa aktiviti pembalakan telah dikesan. Kaedah pembalakan yang dijalankan seolah-olah PAS Kedah sudah kesuntukan masa dan mereka memerlukan dana yang cukup besar sehinggakan pembalakan dijalankan secara rakus, tidak dirancang, dan lebih kepada kemusnahan yang amat teruk.
Siasatan di kawasan Sik (Kompartment (Kmpt) 83-96) mendapati, kelulusan pembalakan telah diberi ketika zaman Kerajaan Barisan Nasional. Bagaimanapun, Kerajaan PAS Kedah telah memperbaharui kelulusan bagi proses penebangan dan penggondolan yang lebih rakus.
Kawasan berkenaan adalah berbukit-bukau. Bagaimanapun, kawasan pembalakan tidak melibatkan kawasan tadahan hujan untuk Empangan Muda/Gubir.
Namun, bagi kawasan Baling (Kmpt 82 dan ke bawah), di mana pengeluaran balak melalui Kampung Landai, Gulau, Sik, kelulusan lesen balak telah dibuat pada zaman pentadbiran Kerajaan PAS Kedah.
Maklumat mendedahkan setakat ini Kerajaan PAS Kedah telah meluluskan 13 kawasan pembalakan terbaru di mana setiap kawasan berkeluasan tidak kurang dari 8,712,000 kaki persegi di mana kesemua kawasan yang telah diluluskan oleh PAS Kedah itu dikendalikan oleh SYARIKAT SBB NORTHERN TRADING yang beralamat di 51, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani atau lebih dikenali sebagai KILANG ASIA PLYWOOD, BUKIT SELAMBAU.
Namun apa yang menarik perhatian, kesemua kawasan berkenaan merupakan kawasan tadahan air bagi EMPANGAN MUDA di mana melibatkan aliran Sungai Lasor terus ke empangan.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya dua kawasan yang telah dibuka, manakala selebihnya masih dalam tindakan Jabatan Hutan.
Kegiatan pembalakan yang berleluasa pada umumnya hanya diketahui oleh kalangan yang terlibat dengan aktiviti pembalakan, manakala masyarakat hanya melihatnya secara zahir iaitu lori-lori balak yang bertali arus melalui kawasan Sik.
Kawasan pembalakan tersebut terletak jauh dari jalan utama sehingga menjangkau 15 kilometer. Agak sukar untuk melihat kemusnahan sepertimana yang berlaku di Pedu memandangkan syarikat pembalakan berkenaan tidak memusnahkan hutan sepenuhnya. Dek kerana itulah, isu pembalakan di Baling kurang menarik perhatian dan menjadi bualan hangat penduduk setempat.
Pun begitu, kelulusan kawasan pembalakan baru yang amat luas melebihi 113,256,000 kaki persegi di bawah Kerajaan PAS Kedah dilihat amat menarik perhatian memandangkan ianya melibatkan kawasan tadahan air bagi Empangan Muda.
Seharusnya sebelum kelulusan diberikan, kajian dan penilaian dibuat terlebih dahulu terhadap kesan kepada ekosistem. Bagaimanapun, PAS Kedah barangkali tidak mempunyai ‘masa yang cukup’ untuk menunggu bagi mendapatkan laba besar. Justeru, kelulusan diberikan secara tergesa-gesa, apatah lagi wujud pula cerita kononnya, syarikat berkenaan mempunyai ‘hubungan sulit’ dengan salah seorang Exco Kedah yang amat berkuasa.
Dengan keluasan kawasan pembalakan yang sangat besar itu, berapa sebenarnya laba yang masuk ke kocek Exco dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain? Dan berapa pula yang masuk ke perbendaharaan negeri? Bagaimana pula dengan kesan jangka panjang terhadap ekosistem dan pertanian negeri Kedah, terutama sekali yang amat bergantung kepada Empangan Muda seperti penanaman padi?








perghhhh….kaya6…depa tau dah depa nk kalah PRU nnt depa kaut kaw2 punya….cilakak punya PAS… hantu raya pun hilang rumah nk bergayut xboleh habih hutan depa crett..
Dulu masa UMNO perintah kedah. tak la tamak macam kerajaan pas kedah buat. anak balak pun depa tebang. Rakus semacam je.
hahahahahha…. standard le tu nnti MB nak jawab. nak buka ladang rakyat. x abih2 alasan bongok depa. last skali mesti puak pas kata semua ni salah UMNO… hahahha dah boleh baca dah skrip depa.
ADAKAH INI KERJA MENGIKUT CARA ISLAM…?? JAWAB ORANG PAS..
DULU AKU SOKONG PAS…. TAPI LEPAS NI SAMPAI BILA BILA PUN AKU TAKKAN SOKONG PAS LAGI..
Depa janji masuk $$$ utk menghadapi PRU, takut kalah nnt apa projek pun x dpt jln,la ni buat hebat2 besaq dulu…balun $$$ dulu la.
aduiiaii..sedih la tgk..mcm ni yg korang nk bg depa memerintahh…jahanammmm clap2 negara pn depa nk gadai
ABE mcm mna la ang boleh sokong PAS dulu….bkn ke dulu dn skrg sma je huhu
Rakyat Pahang bukan lagi bodoh untuk terus membenarkan MALAPETAKA besar barleku di Negeri tercinta. Kami tahu projek Lynas sememangnya membuatkan kroni MB kaya raya, tapi itu tidak penting bagi kami. Apa yang perlu diberi proriti utama adalah keselamatan anak cucu di masa depan. Cukuplah malapetaka di Lombong bijih besi sebagai peringatan kerana jika ia berulang di Gambang, MB pasti akan berhujah INI TAKDIR … Kami akan pastikan BN akan diBE…ENDKAN dalam PRU akan datang. Cukuplah merompak dan berpolitik untuk kayakan diri dan kroni.
Rakyat Pahang bukan lagi bodoh untuk terus membenarkan MALAPETAKA besar blaerku di Negeri tercinta. Kami tahu projek Lynas sememangnya membuatkan kroni MB kaya raya, tapi itu tidak penting bagi kami. Apa yang perlu diberi proriti utama adalah keselamatan anak cucu di masa depan. Cukuplah malapetaka di Lombong bijih besi sebagai peringatan kerana jika ia berulang di Gambang, MB pasti akan berhujah INI TAKDIR … Kami akan pastikan BN akan diBE…ENDKAN dalam PRU akan datang. Cukuplah merompak dan berpolitik untuk kayakan diri dan kroni.
PAS DAH TAHU DEPA DAH TAKDAK MASA NAK TUNGGU KRN PENGGAL DEPAN UZTAZ AZIZAN DAH PASTI BALIK SG.LIMAU JADI NELAYAN DAN SEMUA EXCO BALIK BUAT KERJA LAMA MEREKA MASING2. OLEH ITU DARI BIAR BALAK DOK TUA SAJA BAIK TEBANG BUANG KOT2 DAPAT KUMPUL DUIT BAWA LARI.
pebalakan sudah lama berleluasa di sarawak….begitu teruk pembalakan di sarawak…dari awal thn 1970 lagi sarawak sudah dibalakan…tapi tak pernah juga keluar tv…kedah baru2 ni baru sikit je kena balak bukan main lagi heboh 1 malaysia…mungkin kayu dekat sarawak ada 'penunggu'