Rakyat Sungai Petani Seru Umat Islam Bersatu Bantah Usul Guan Eng dan Anwar

COVER-BUKU-ISU-KALIMAH-ALLAH-new-new

Seorang rakan di Sungai Petani memberitahu saya baru-baru ini bahawa sekumpulan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) telah berhimpun mengadakan bantahan terhadap isu penggunaan kalimah "Allah" ketika sambutan perarakan Maulidur Rasul diadakan di bandar itu.

Berapi-api ucapan bantahan yang disampaikan oleh wakil kumpulan tersebut. Meskipun ringkas, dikatakan cukup padat dan mampu membuat telinga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, berasap…

Mereka memohon semua umat Islam di negara ini supaya bersatu tanpa mengira fahaman politik dan membantah isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible berbahasa Melayu.

perkasakualamuda1

perkasakualamuda2

Kumpulan tersebut juga menjelaskan bahawa penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu dipercayai bertujuan untuk memurtadkan ummah dan generasi umat Islam yang akan datang.

Kata rakan saya, walaupun bantahan itu hanya diadakan oleh sebuah kumpulan yang agak kecil di dalam anggaran 25 orang sahaja, namun ia cukup memberi kesan kepada ratusan peserta perarakan Maulidur Rasul yang turut diadakan di situ.

Malah katanya, masyarakat Islam yang turut berada di sekitar lokasi  tersebut begitu bersemangat menyokong bantahan tersebut.

Persoalannya, kita melihat begitu ramai umat Islam di seluruh negara, termasuk para penyokong tegar PAS sendiri telah membuat bantahan keras kepada usul yang dibuat oleh Guan Eng dan disokong kuat oleh Anwar Ibrahim itu.

Malangnya, tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin PAS yang tampil membantah keras penghinaan Guan Eng dan Anwar itu sehingga kini seolah-olah membuktikan kebaculan PAS.

Lebih teruk lagi, mereka menyokong pula Anwar Ibrahim untuk dijadikan Perdana Menteri dan Guan Eng pula dinobatlan sebagai "Khalifah". Politik jenis apakah yang mengenepikan kepentingan Islam ini?

Bantahan secara aman telah dilakukan pada jam 6:30 petang 23 Januari lalu di Dataran Zero Kilometer. Bantahan tersebut telah diketuai oleh Mejar (b) Anuar bin Abdul Hamid. Antara yang hadir termasklah Mejar Satar dan Makbul Illahi. Antara intipati ucapan ialah menyatakan bahawa DAP bersikap biadap dan tidak menghormati undang-undang negara terutama membabitkan Perkara 3 Perlembagaan yang menyatakan bahawa agama Islam adalah Agama Persekutuan. 

Seruan turut dibuat kepada semua jemaah Islam agar bersatu bagi tujuan menghalang KALIMAH ALLAH dicteak di dalam Bible versi Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, bantahan berkenaan turut dibuat terhadap sekelompok orang Melayu yang menyokong penggunaan KALIMAH ALLAH sedangkan tujuan sebenar penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam Bible versi Bahasa Melayu adalah untuk mengelirukan umat Islam terutama sekali generasi baru, sekaligus meramaikan lagi golongan murtad dari Islam. 

4 Responses to Rakyat Sungai Petani Seru Umat Islam Bersatu Bantah Usul Guan Eng dan Anwar

  1. black says:

    nauzubillahiminzaliq… ya Allah kau hancurkan golongan kafir… itu Eng aaa tadak kerja ka…kasi potong saja kepala itu Eng… cakap manyak tadak guna punya…mau main2 na dengan Islam…wa tadak takut punya sama cina sebab wa cakap saja ada bau skit cina lo… binatang punya Lim Guan Eng… dia bukan jolok sarang tebuan ni, dia dah masuk dalam sarang tebuan…bulih sakit la kau Eng…

  2. abdullahhassan says:

    Syabas PERKASA negeri KEDAH. teruskan usaha anda sehingga seluruh rakyat sedar siapa kah sebenarnya anwar dan guan eng.  Hari demi hari mereka semakin panas dengan desakan rakyat.

  3. azizdahlan says:

    la ni baru ada kesedaran dari puak pas bahawa anwar memang tak sayangkan Islam dan Guan eng memang musuh Islam. Tapi ada juga dikalangan  ketua2 pas masih takut nak cakap banyak-banyak bab isu ni. takut kena singkir oleh Dap dan Pkr. alamat melepas lah putrajaya.

  4. BROTHER BLUES says:

    xyah le buat demo… puak pembangkang ni buat pekak je. depa x peduli sume tu. apa yg penting, depa nak putrajaya.. tu je. agama depa tolak tepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">