Rancangan PAS Lepas PRU13, Jual Kedah Selatan Kepada Warga Asing
Trend jual tanah dan pindah milik tanah kepada pihak asing yang sedang berkembang biak di Kelantan, nampaknya sekarang sudah menular di Kedah pula. Menariknya, kedua-dua buah negeri, berada di bawah genggaman PAS. Selepas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang bagi mengkayakan kroni dan pemimpin-pemimpin PAS Kedah, satu lagi langkah drastik akan dibuat demi mendabik dada kononnya Kedah diperintah oleh golongan yang sangat pandai 'mencari wang'.
Wilayah Kedah Selatan yang merangkumi Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baru merupakan kawasan yang kini menjadi kubu kuat PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO-BN hanya menang satu kerusi DUN di wilayah tersebut iaitu DUN Bayu. PAS telah menang kerusi DUN Tanjong Dawai menerusi wakilnya, Che Hamdan Che Khalib di Parlimen Merbok; Abdullah Yusof DUN Pantai Merdeka di Parlimen Sungai Petani; Taib Azzamuddin di Parlimen Baling, Johari Abdullah DUN Kupang, Mat Zuki Yusof, DUN Kuala Ketil; Aisyah Ghazali, DUN Merbau Pulas di Parlimen Padang Serai dan Yaakob Hussin, DUN Bandar Baru di Parlimen Kulim-Bandar Baru.
Manakala PKR pula menguasai Parlimen dan DUN Bukit Selambau di Merbok; Parlimen dan DUN Bakar Arang, DUN Sidam di Sungai Petani; Parlimen dan DUN Lunas di Padang Serai sebelum kedua-dua wakil keluar dari PKR serta Parlimen dan DUN Kulim di Kulim-Bandar Baru sebelum Ahli Parlimennya dipecat dari PKR.
Penguasaan total PAS di Kedah Selatan selepas PKR diyakini tidak mampu mempertahankan kerusi-kerusi yang mereka menangi pada PRU12 lalu, membuatkan PAS berasakan mereka tidak akan terkalah pada PRU13 yang hanya beberapa hari sahaja lagi mendatang. Kawasan pembalakan di Gunung Inas dan Gunung Bongsu sebelum ini telah mendedahkan tentang kebobrokan PAS mentadbir Kedah, terutama sekali di selatan negeri tersebut.
Sekaligus menyebabkan PAS tidak dapat lagi bergantung harap kepada mineral, pencerobohan dan pemusnahan hutan serta penebangan balak semata-mata, sebaliknya PAS perlu melihat alternatif lain yang lebih mendatangkan wang dalam tempoh terdekat.
Selepas KUIN dikatakan bakal diserahkan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Turki atas nama 'KERJASAMA' dan 'PELABURAN', terutama menerusi pembinaan kampus baru di Kuala Ketil yang menggunakan dana dari syarikat berkenaan, kini, KULIM HI-TECH PARK pula bakal menjadi sasaran PAS Kedah untuk digadaikan kepada pihak asing.
Kulim Hi-Tech Park merupakan KAWAH EMAS negeri Kedah pada zaman pentadbiran UMNO-BN dahulu. Namun selepas kekalahan UMNO-BN, Kuli Hi-Tech menjadi kawah emas untuk para pemimpin dan kroni PAS menerusi perlantikan golongan tidak berkelayakan melakukan pentadbiran dan pengurusan kawasan industri tersebut.
Kini, Kulim Hi-Tech merupakan 'projek sakit' di Kedah apabila ramai pelabur yang bertindak menghentikan operasi kilang mereka dan berpindah ke Senai Hi-Tech yang dipimpin oleh bekas CEO Kulim Hi-Tech yang telah dihalau oleh PAS sebaik-baik sahaja mereka menguasai Kedah. Walaupun terdapat beberapa pelaburan baru yang masuk ke KHTP, ianya adalah usaha MITI dan MIDA secara bersendirian tanpa campurtangan atau bantuan Kerajaan Negeri Kedah.
Wilayah Kedah Selatan dilihat amat berpotensi untuk dijual kepada warga asing memandangkan ia merupakan kawasan paling hampir dengan Pulau Pinang. PAS Kedah tidak akan teragak-agak untuk menuruti jejak langkah PKR Selangor untuk menjual kesemua aset yang dimiliki oleh entiti Kerajaan Negeri bagi mendapatkan wang tunai.
Dan memandangkan kawasan Kedah utara agak terdedah kepada perhatian, apatah lagi dengan tumpuan banyak diberikan di wilayah utara, PAS Kedah melihat di bahagian selatan Kedah sebagai kawasan yang amat berpotensi untuk tujuan tersebut. Menerusi 'perkongsian bijak' kononnya, PAS Kedah tidak akan teragak-agak untuk melakukan kezaliman kepada penduduk di Kedah selatan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Nik Aziz di Kelantan terhadap penduduk Gua Musang dan kawasan sekitar apabila perampasan tanah dilakukan secara sewenang-wenangnya, bagi memudahkan PAS Kelantan menjual tanah tersebut kepada si mata sepet.
Kalau Gunung Inas menyaksikan penduduk tempatan mula naik semangat untuk membantah tindakan PAS Kedah yang menggondolkan kawasan berkenaan demi mendapatkan balak bagi tujuan kocek dan dana pilihanraya PAS, seharusnya penduduk di wilayah-wilayah selatan yang lain turut sama bangkit 'memberontak' melawan kerakusan serta keserakahan PAS.
Mereka perlu mempertahankan Kulim Hi-Tech Park yang semakin hampir untuk dijual kepada pihak asing. Mereka perlu mempertahankan KUIN yang dibangunkan menggunakan segala jenis cukai yang telah dinaikkan oleh PAS Kedah. Dan yang paling penting, mereka harus mempertahankan tanah yang mereka miliki daripada dirampas dan dipersembahkan oleh PAS Kedah kepada pihak asing yang telah merasuah mereka dengan sejumlah wang!






Demi kuasa. kalau boleh teloq pun depa nak gadaikan pada orang asing.
Wahai rakyat kedah. sedarlah…….. hak anda bakal digadaikan oleh pemimpin2 rakus PR. Depa tau jangka hayat depa dah tak lama di kedah. ada kesempatan ini lah depa kaut semuanya selagi boleh..
ye ke?… biar betul. tp aku x heran ler. psl puak pas ni mmg pandai cakap je.
Mengapa di kedah saja yang nampak, dijohor tak nampak ke??????? habis tanah rakyat malaysia jatuh ketangan rakyat singapore, sehingga boleh dilebelkan rakyat johor antara yang termiskin, sedangkan pelaburan melimpah ruah masuk ke johor, yang kenyang sapa? lu pkir la sendiri