Riak Dan Takabbur Memang Pakaian Pemimpin PAS
Apabila Hadi Awang memperlekehkan Cikgu Non atau C.N. Al-Afghani yang juga merupakan penulis buku KAFIRKAH AKU? dan AIR MATA MEMALI, sebenarnya ia sekadar menunjukkan belang sebenar Presiden PAS itu. Bahkan lebih tepat lagi menunjukkan tentang perangai sebenar orang PAS yang sentiasa berasa mereka lebih pandai dan lebih hebat berbanding orang lain yang tidak separti dan sefahaman dengan mereka. Tiada yang membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain kecuali ilmunya. Dan dalam bab ilmu, tidak ada manusia yang lebih lengkap ilmu pengetahuannya berbanding Rasulullah s.a.w. Pun begitu, dalam Perang Khandak, Nabi s.a.w menggunapakai strategi yang dicadangkan oleh Syaidina Salman Al-Farisi r.a, meskipun pada awalnya strategi yang diatur oleh Nabi s.a.w adalah berbeza sama sekali dengan strategi Sahabat r.a. itu. Sekaligus Nabi s.a.w memberi teladan kepada umat Islam, bahawa sesiapa sahaja akan Allah Taala berikan kepakaran atau keahlian atau lebih tepat lagi petunjuk tanpa bergantung kepada serban di kepala, jubah di badan, janggut di dagu, mahupun borang parti siasah mana yang telah diisi.
Dan terlebih penting, Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a, memberikan pengertian secara amali tentang praktikaliti Ayat 38 Surah As-Syura. AMANAT HAJI HADI merupakan satu perkara yang sangat besar dan penting kerana ia membabitkan akidah. Walaupun para pecacai PAS, terutama sekali mereka yang berselindung di sebalik ilmu dan jubah cuba menyatakan bahawa sebenarnya amanat tersebut telah diputarbelitkan oleh UMNO, namun bagi mereka yang telah mukallaf pada tahun 1981, sangat tahu bahawa AMANAT tersebut memang ditujukan kepada UMNO, bukan kepada DAP, bukan kepada PKR yang belum wujud lagi, bukan kepada HAMIM, BERJASA, Jemaah Tabligh atau Jemaah al Arqam. Destinasi AMANAT HAJI HADI 1981 memang ditujukan secara langsung kepada UMNO dan Barisan Nasional. Usaha putar belit yang cuba dilakukan oleh para pecacai PAS masakini, sebenarnya lebih menunjukkan bagaimana kecenderungan mereka untuk menyesatkan dengan cara mendangkalkan pemikiran dan memalsukan fakta. Menariknya, para pecacai PAS bagaikan hilang arah dan tujuan dalam usaha mempertahankan AMANAT HAJI HADI. Ada yang mengatakan ianya adalah FACELIFT UMNO yang sudah kehabisan modal. Ada pula yang berkata, UMNO yang perasan lebih-lebih kononnya AMANAT berkenaan mengkafirkan orang UMNO walhal tidak terdapat langsung dalam amanat tersebut yang orang UMNO kafir. Ada juga yang mengatakan, ianya tidak pernah berlaku dan hanya diada-adakan oleh orang UMNO. Namun bagi yang pernah hidup dengan akal yang sihat pada tahun 1981, akan memberikan dalih yang paling 'sempurna' iaitu AMANAT berkenaan hanyalah kata-kata politik, bukannya kata-kata agama yang membabitkan akidah. Secara tidak langsung, pecacai-pecacai PAS sendiri telah menafikan salah satu rukun penting dalam amanat tersebut yang menyebut tentang POLITIK SUKU AGAMA SUKU. Semasa mula-mula AMANAT tersebut disebarkan, diceritakan kepada semua orang PAS yang jahil murakkab, kononnya AMANAT tersebut tidak bersalahan langsung dengan agama, bahkan ianya adalah selari dengan apa yang difirmankan oleh Allah Taala menerusi al Quran. Namun dari semasa ke semasa, apabila tingkat pemikiran dan tahap ilmu umat Islam di negara ini semakin baik, para pecacai PAS tidak lagi berani menyamakan AMANAT berkenaan dengan al Quran dan berdusta atas nama Allah Taala, sebaliknya mereka mula memilih dalih yang lebih sesuai iaitu ianya hanyalah kata-kata politik yang tidak bersentuhan dengan akidah sekalipun ianya berkenaan akidah, perkara pokok yang tidak diperselisihkan oleh mana-mana mazhab dalam Islam termasuklah Syiah.
Di sinilah 'kelebihan' PAS berbanding mana-mana mazhab muktabar. Para pemimpinnya sangat pandai bersandiwara dan membuat ijtihad sendiri dengan berlandaskan ammarah dan lawamah sekalipun mereka cuba menopengkannya dengan MUTMA'INNAH. Mereka seringkali menuding pihak lain, khususnya UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap kesalahan yang telah mereka lakukan. Hadi Awang telah pun bersuara tentang AMANAT HAJI HADI. Manakala Menteri Penerangan, Rais Yatim pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk menyediakan ruang buat Hadi Awang memberikan penjelasan berhubung amanatnya pada tahun 1981 itu. Menariknya, sekali lagi pemimpin utama PAS itu menyingkapkan tabir takabbur dan ujubnya yang sepatutnya bukan menjadi pakaiannya. Sebelum itu, dia telah memperlekehkan Cikgu Non dengan menyatakan bahawa Cikgu Non tidak setaraf dengannya memandangkan bekas pengikut setianya itu hanyalah seorang guru sekolah rendah. Berbanding Hadi Awang, Cikgu Non tidak mempunyai jawatan utama dalam PAS kecuali di peringkat negeri ketika masih menjadi ahli PAS dahulu. Mungkin memikirkan bahawa para penyokong PAS yang sentiasa menyesatkan kepala dan hati mereka dengan tanggapan kemaksuman seorang tok guru, kononnya, Hadi Awang bercakap dengan nada sebegitu. Sedangkan teladan daripada para Sahabat r.a yang muktabar, terutama dalam soal ilmu, tidak langsung dipedulikan. Dan kemungkinan hal tersebut, tidak juga diketahui oleh para penyokong PAS sehingga mereka disesatkan oleh riak dan takabbur yang telah semulajadi menjadi pakaian para pemimpin PAS.





Apa yang tuan jelaskan adalah tepat. Kini ada sesetengah pemimpin dan pencacai pas mengatakan bahawa hanya umno yang perasan diri mereka kafir, bukan pas yang tuduh. Tuan lihatlah permainan jahat puak2 ni,. Saya katakan bahawa amanat hadi sebenarnya tiada sebarang polimik dan natijah sekiranya penyokong pas tidak menjalankan kerja terkutuk memulau umno dgn isu dua imam, mengharamkan sembelihan, cerai berai, putus saudara, haram nikah kawin dsb. sewaktu perkara ini berlaku, tiada sekor pun pemimpin pas yang mahu menegur (takut hilang sokongan).
Penipuan puak2 pas ini lebih teruk atau sama dgn kerja jahat puak syiah… cuma nama shj yang tak sama, tapi pendekatan dan perbuatan mereka sama dgn puak syiah dan khawarij.
Amanat Hadi tu satu pasal tp untuk nak larikan tajuk tuduh pula pengarang Kafirkah Aku tu hanya cikgu sekolah rendah yang hanya tahu mengajar A B C. Cikgu sekolah tak mengapa la juga berbanding dgn ahli parlimen Pokok Sena tu yg hanya Pesara Portal Lapangan Terbang Bayam Lepas Pulau Pinang je yg kini sedang memasang angan-angan untuk menjadi MB Kedah. Berapa orang tokoh PAS yang berpelajaran tinggi jika berbanding Prof Dr Ustaz Hj MOHAMAD bin SABUN…hahaha..mengaku bertaubat je la Hj. HADI dgn Amanat yg kamu telah buat tu. Walau pun Presiden PAS tetapi kamu akan tetap akan mengadap ALLAH unt menghitungkan untung nasib kamu selepas mati.. berapa ramai umat islam yg hubungan mereka huru hara ekoran amanat kamu itu….
sekrg nie minta pula nk buat penjelasan kt TV3 & RTM, nk main wayang pulak. cukup2 la pesong pemikiran penyokong2 PAS, insaflah apa yg berlaku kesan drpd amanat tersebut. apa yg menyedihkan perpecahan keluarga. ermmm apa nk jd politik PAS ni… senang2 je nk bg amanat.
Haji hadi ingat surga untuk dia ngan nik aziz saja
Apa yang diucap oleh Tuan Guru Hj Hadi adalah betul, Non ni bukan ahli agama, kitab arab pun tak boleh nak baca.. apa lagi nak bincang bab aqidah… dia telah lari dari PAS, tunggu nak masok UMNO…Cuba tanya PAS Baling, mereka tahu siapa Non. Oleh itu jangan mudah tertipu dengan buku ini…
Kalau setakat bekas cikgu sekolah rendah sekerat jalan tak padan nak banding dengan Hj Hadi kelulusan Madinah dan Azhar.
Cikgu NON ni pun haru biru….masa dok dalam satu kumpulan dulu semuanya ok…tp bila keluaq saja x ok…maklumlah macam orang laki bini bila bercerai saja sampai hak dalam kelambu pun cerita habih kat orang….