Tag Archives: amanat haji hadi
Buku Terbaru Hadi Awang Masih Tak Berani Jawab KAFIRKAH AKU?
Semenjak buku KAFIRKAH AKU? disebarkan secara lebih meluas dan halangan penjualannya telah diatasi, puak-puak PAS nampaknya sangat resah dan ketakutan. Apakan tidak, lebih banyak buku tersebut disebarkan dan lebih ramai orang yang membacanya, sama ada yang menyokong PAS, tidak menyokong mahupun di atas pagar, imej PAS akan menjadi bertambah teruk dan buruk. Cerita-cerita bohong yang seringkali diberitakan oleh para pemimpin PAS tentang perjuangan parti tersebut, akan hancur berderai dan setiap pemimpin PAS, sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati, dilihat sebagai golongan pendosa yang kerja mereka hanyalah merosakkan akidah umat Islam.
Barangkali kerana terlalu terdesak, Hadi Awang melancarkan sebuah buku berjudul AMANAT HAJI HADI: Antara Fakta dan Fitnah. Isi kandungan buku tersebut diharap dapat memadamkan isu yang dibangkitkan oleh C.N Al-Afghani menerusi buku KAFIRKAH AKU? yang cuba ditahan dan dihapuskan oleh puak-puak PAS.
Adakah buku terbaru yang diatasnamakan Hadi Awang menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Cikgu Non?
PAS Makin Susah Nak Jawab Isu AMANAT HAJI HADI, Dan Kini TABUNG DERMA MEMALI
Sekurang-kurangnya tiga isu utama yang perlu dijawab oleh PAS dengan sejelas-jelasnya, selain daripada terus berdalih kononnya isu tersebut sudah lapok dan basi. PAS perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Islam tentang AMANAT HAJI HADI 1981 yang merupakan sokongan kuat kepada FATWA DEWAN ULAMA PAS KELANTAN 1963 yang telah mengkafirkan orang UMNO dan sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS. PAS juga perlu menjawab tentang KALIMAH ALLAH yang mahu diserahkan hak kepenggunaannya kepada kaum bukan Islam, khususnya kaum Kristian untuk digunakan dalam Bible BERBAHASA MELAYU tetapi tidak dalam Bible berbahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, mahupun Bahasa Tamil. Dan yang terakhir sekali sudah tentulah, PAS perlu menjawab, KE MANA PERGINYA WANG TABUNG DERMA MEMALI yang sehingga kini PAS terus berdolak dalih dan berbohong tentangnya.
Tiga isu utama tersebut rupa-rupanya, sudah menjadi barah yang hendak meletup di kalangan para pecacai dan penyokong PAS. Tidak tahu apa jawapan yang perlu diberikan, mereka mencari jalan mudah memberikan alasan iaitu ISU TERSEBUT SUDAH BASI dan LAPOK kerana faktor masa.
Benarkah isu berkenaan sudah basi dan lapok?
AMANAT HAJI HADI, Hadi Kelam-Kabut Cari Tongkat Sakti Untuk Lesap
Hadi Awang bukan kecik anak. Kalau dia kecik anak, dia takkan jadi Presiden PAS. Dan kalau dia bangang sebagaimana yang disangkakan oleh Anwar Ibrahim, dia tidak akan menjadi Presiden kepada manusia-manusia ekstrim yang merupakan ahli serta anggota PAS.
Apabila tawaran datang kepadanya di stesen televisyen dengan masa siaran adalah satu jam, Hadi Awang yang sebelum ini tutup mulut dan pekak badak, tiba-tiba sahaja melompat dan mengeluarkan kenyataan, menyetujui rancangan berkenaan. Bagaimanapun, dia memberi isyarat, tiada sesiapa pun dibenarkan bertanyakan soalan kepadanya. Bahkan, Hadi Awang memberi syarat agar jurukamera PAS dibenarkan membuat rakaman sama.
Riak Dan Takabbur Memang Pakaian Pemimpin PAS
Apabila Hadi Awang memperlekehkan Cikgu Non atau C.N. Al-Afghani yang juga merupakan penulis buku KAFIRKAH AKU? dan AIR MATA MEMALI, sebenarnya ia sekadar menunjukkan belang sebenar Presiden PAS itu. Bahkan lebih tepat lagi menunjukkan tentang perangai sebenar orang PAS yang sentiasa berasa mereka lebih pandai dan lebih hebat berbanding orang lain yang tidak separti dan sefahaman dengan mereka. Tiada yang membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain kecuali ilmunya. Dan dalam bab ilmu, tidak ada manusia yang lebih lengkap ilmu pengetahuannya berbanding Rasulullah s.a.w. Pun begitu, dalam Perang Khandak, Nabi s.a.w menggunapakai strategi yang dicadangkan oleh Syaidina Salman Al-Farisi r.a, meskipun pada awalnya strategi yang diatur oleh Nabi s.a.w adalah berbeza sama sekali dengan strategi Sahabat r.a. itu. Sekaligus Nabi s.a.w memberi teladan kepada umat Islam, bahawa sesiapa sahaja akan Allah Taala berikan kepakaran atau keahlian atau lebih tepat lagi petunjuk tanpa bergantung kepada serban di kepala, jubah di badan, janggut di dagu, mahupun borang parti siasah mana yang telah diisi.
Presiden PAS Akan Mati Mata Terbuntang Kalau Tak Tarik Balik AMANAT HAJI HADI 1981
Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.
C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.
Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.
C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas.
Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981.
“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana diamengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
“Percayalah saudara-saudara sekalian.
“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”
Inilah teks apa yang dikenali sebagai “Amanat Hadi Awang 1981”. Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).
8 Kesesatan Ketara Dikenalpasti MAIK Dalam AMANAT HAJI HADI
Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak. Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.
Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS. Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat di atas. Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya.
Blogger PAS Sanggup Perlekeh Tuntutan Islam Demi Kuasa Politik
Marah betul puak-puak PAS di Kedah bila Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mendesak supaya Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981.
Hadi pada tahun 1981 tanpa rasa bersalah telah menjatuhkan hukuman “kafir” terhadap UMNO, sekaligus mencetus kontroversi memandangkan fatwanya itu berkaitan dengan aqidah umat Islam yang menyokong UMNO.
Memandangkan hukuman “kafir” itu dijatuhkan Hadi kepada seluruh UMNO di negara ini, apakah salah untuk Datuk Paduka Ahmad Bashah menggesa Hadi supaya menarik balik amanat sesatnya itu?
Pecacai Dah Berbunyi Tapi Hadi Awang Tetap Kecut Telur
AMANAT HAJI HADI masih terus dilabelkan sebagai BASI, JIJIK, TIDAK RELEVAN dan bukan lagi isu. Itu yang ditulis dan ditekankan oleh para pecacai PAS dan Pakatan Rakyat, tanpa mereka sedikit pun menjawab tentang apa yang terkandung dalam amanat berkenaan selain natijah terhadap umat Islam serta orang Melayu di seluruh Malaysia.
Menariknya, walaupun amanat tersebut telah diperkatakan hampir tiga dekad, namun dari pihak PAS, mereka tidak pernah berani mengulas panjang lebar tentang apa yang diperkatakan oleh Hadi Awang pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Banir yang kemudian dikenali sebagai AMANAT HAJI HADI.
Lebih malang lagi ialah apabila para penganut PAS yang baru cuba menafikan tentang berlakunya pemisahan suami isteri, pengkafiran anak beranak, jenazah tidak diuruskan, solat dua imam, sembelihan tidak sah dan sebagainya kesan daripada amanat berkenaan. Bahkan menganggap, segala cerita tersebut sekadar satu cerita basi yang tidak ada bukti dan asasnya.
Mengapa sampai begitu jadinya?
Sudah tentulah kerana mereka sendiri tidak berani menyentuh sensitiviti para sekutu yang sekarang ini terdiri daripada orang bukan Islam yang terdapat dalam PKR dan DAP.
AMANAT HAJI HADI tidak sahaja bab mengkafirkan umat Islam yang tidak sefikiran dengan PAS. Sebaliknya amanat berkenaan turut menyentuh tentang kedudukan kaum bukan Islam di Malaysia sebaik-baik sahaja Malaysia diiktiraf sebagai agama Islam.
Kenyataan yang dibuat menerusi buku tulisan C.N. Al-Afghani berjudul, KAFIRKAH AKU? ternyata telah menarik perhatian banyak pihak. Sama ada pihak berkenaan yang tidak pernah mengetahui secara mendalam tentang AMANAT HAJI HADI mahupun yang memang tahu tentang amanat tersebut.






