Tag Archives: anwar ibrahim

GAY_TUA

RCI Di Sabah Buatkan Anwar Kian Lemas

Dalam menghadapi PRU13 yang kian mendekat, Anwar Ibrahim berusaha menimbulkan pelbagai isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat. Selepas satu demi satu isu yang dimainkan, hanyut begitu sahaja dan pendedahan menunjukkan penglibatan serius Anwar dalam rekaan isu-isu tersebut, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing.

Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir!

Anwar-Khairy

Anwar Ibrahim Sebenarnya Takut Rahsia dan Tembelang Terbarai Kalau Teruskan Saman

Hari ini, berita paling sensasi yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim, sudah tentulah berkenaan penarikan balik saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Anwar yang terlebih dahulu membuat kenyataan bahawa Khairy Jamaluddin telah menarik balik kenyataannya dan meminta maaf, sekaligus mengiktirafnya sebagai PEJUANG MELAYU dan bukannya boneka Amerika Syarikat atau Yahudi. 

Itu kata Anwar Ibrahim, sedangkan Anwar yang terkenal dengan pembohongan, bukan kali pertama memutarbelitkan cerita sebenar sepertimana dalam kes samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan 13 September 2012 lalu. Saman fitnah terhadap Saiful Bukhari telah ditarik balik ketika pengurusan kes sedang dilangsungkan.

Anwar bagi alasan, penarikan balik saman tersebut adalah kerana, Mahkamah Tinggi telah membebaskannya daripada tuduhan liwat Januari tahun yang sama. 

nopic

Deepak Jaikishan: Kalau Orang Lain, Dah Lama Tanam Kepala Dalam Tanah Tapi Anwar…

_MG_9746(1)

Memang tepat kena ke dahi Anwar Ibrahim sebijik-sebijik!

Deepak Jaikishan membidas sikap penakut Anwar Ibrahim yang gemar berselindung di sebalik orang lain untuk melemparkan batu dan membuat serangan. Malahan secara tidak langsung, Deepak Jaikishan, individu yang cuba dipergunakan oleh Anwar Ibrahim bagi mendapatkan mileage dalam serangannya terhadap peribadi Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, menyelar perangai Anwar yang hanya cuba mendapatkan kredit apabila semua kerja telah dibuat oleh orang lain. 

KLPOS melaporkan, Deepak berang dengan sikap tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim. Malahan dia cukup marah apabila Anwar Ibrahim menafikan mereka pernah bertemu, walhal pada malam 28 November, sehari sebelum dia tampil di mahkamah, dia telah pun bertemu Anwar Ibrahim di sebuah rumah kenalannya.

Bumi Kedah Sudah Jadi Neraka Buat Anwar!!!

Anwar Ibrahim  mungkin tidak menyangka, kehadirannya di Kedah akan ditentang dan cuba dihalang. Selama ini, Anwar Ibrahim, sungguhpun pernah bergelar sebagai orang yang disyaki atau suspek, dia bebas ke sana ke mari, malah boleh terbang ke luar negara dengan penuh bebas berbanding suspek-suspek yang lain di Malaysia. Keistimewaan yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim, ternyata mengundang perasaan jengkel memandangkan pada masa yang sama, dia terus melaung-laungkan tentang kebebasan walaupun hakikatnya, dialah orang yang paling bebas di negara ini.

Selama ini, Anwar Ibrahim ‘tidak pandang’ Kedah. Dia terlalu memperlekeh-lekehkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dengan menganggap orang tua itu tidak setanding langsung dengannya. Bahkan  Anwar menganggap segala arahannya akan diterima dengan sepenuh hati oleh Azizan Abdul Razak tanpa sebarang bantahan.

Namun, berbeza daripada apa yang difikirkannya, Azizan Abdul Razak ternyata bukan seorang tua yang boleh dipandang mudah. Ketegasannya menangani masalah yang ditimbulkan oleh kumpulan ANWARINAS dan PARASIT PAS Kedah, menyebabkan Anwar Ibrahim berasa terlalu bergoncang.

Anwar Cuba Tunjuk Pandai Di Alor Star

Semalam, Anwar Ibrahim bertemu dengan Menteri Besar Kedah di kediaman Azizan, di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Star. Pertemuan yang seharusnya tertutup, tidak lagi menjadi rahsia apabila pengamal media mengerumuni pintu pagar rumah Menteri Besar Kedah itu. Anwar akhirnya terpaksa mengadakan sidang media untuk membersihkan tanggapan yang dia sebenarnya cuba mengajar Azizan Abdul Razak agar akur dengan perintahnya menerusi Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat.

Anwar Ibrahim sentiasa menekankan tentang kepentingan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat kepada Azizan Abdul Razak. Malah dalam salah satu kenyataannya, Anwar Ibrahim menyatakan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat tidak menghalangnya daripada memberikan pandangan kepada Menteri Besar Kedah kerana itu merupakan tradisi Pakatan Rakyat.

Semenjak bila pula ada tradisi dalam Pakatan Rakyat yang membenarkan Anwar Ibrahim berlagak seperti Ketua Umum PAS yang boleh campurtangan dalam segala hal termasuklah pentadbiran di Kedah?