Tag Archives: azizan abdul razak
Azizan Abdul Razak Buktikan Penyokong PAS Bodoh-Bodoh Belaka
Himpunan Kebangkitan Rakyat versi Kedah yang diadakan sudah tentulah menampilkan Azizan Abdul Razak sebagai TUAN RUMAH. Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah itu, sekalipun tidak begitu sihat dan kelihatan tidak bertenaga, perlu juga berucap untuk menenangkan perasaan para penyokongnya, sekaligus memberi isyarat kepada PARASIT dan IBLIS PAS yang sedang mencari-cari jalan untuk mensabotajnya.
Banyak perkara menarik yang disentuh oleh Azizan Abdul Razak dalam ucapannya. Antara yang menarik dalam ucapannya ialah bagaimana Azizan memberitahu hadirin yang sudah pasti sebahagian besar daripada mereka akan mengangguk dan bersetuju dengan kata-katanya bahawa Kerajaan Pusat takut untuk membubarkan Parlimen walaupun ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat sudah tidak sabar-sabar untuk keluar mengundi.
Anwar Cuba Tunjuk Pandai Di Alor Star
Semalam, Anwar Ibrahim bertemu dengan Menteri Besar Kedah di kediaman Azizan, di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Star. Pertemuan yang seharusnya tertutup, tidak lagi menjadi rahsia apabila pengamal media mengerumuni pintu pagar rumah Menteri Besar Kedah itu. Anwar akhirnya terpaksa mengadakan sidang media untuk membersihkan tanggapan yang dia sebenarnya cuba mengajar Azizan Abdul Razak agar akur dengan perintahnya menerusi Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat.
Anwar Ibrahim sentiasa menekankan tentang kepentingan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat kepada Azizan Abdul Razak. Malah dalam salah satu kenyataannya, Anwar Ibrahim menyatakan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat tidak menghalangnya daripada memberikan pandangan kepada Menteri Besar Kedah kerana itu merupakan tradisi Pakatan Rakyat.
Semenjak bila pula ada tradisi dalam Pakatan Rakyat yang membenarkan Anwar Ibrahim berlagak seperti Ketua Umum PAS yang boleh campurtangan dalam segala hal termasuklah pentadbiran di Kedah?
Awat Nak Bunuh Ustaz Azizan?
Dah tiga hari rupa-rupanya Menteri Besar Kedah berada di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star untuk mendapatkan rawatan mata. Bagaimanapun, puak-puak Phahrolrazi sudah mula bersorak, malah ada yang tidak segan silu mendoakan agar USTAZ AZIZAN MATI CEPAT bagi membolehkan segala halangan kepada Phahrolrazi untuk mengaut keuntungan besar daripada khazanah perbendaharaan negeri Kedah.
Azizan Abdul Razak bukannya SAKIT JANTUNG sebagaimana yang dicanang-canangkan oleh puak-puak Phahrolrazi dan Taulan Rasul. Dek kerana ingin menyelesaikan krisis kepimpinan di Kedah, Azizan terpaksa menangguhkan rawatan matanya terlebih dahulu.
Cuma yang menjadi kemusykilan… kalau benarlah sepertimana yang dikatakan oleh SETPOL Menteri Besar, Mohd Helmi Khalid, mengapa pula pemeriksaan kataraks pada mata Azizan mengambil masa selama empat hari dengan Azizan sendiri ditahan di wad?
Atau sememangnya benar yang Azizan Abdul Razak telah diserang sakit jantung setelah berbalas-balas hujah atau lebih tepat lagi bertengkar dengan puak-puak Anwarinas ketika bermesyuarat dua hari sudah di Sri Mentalon ketika usaha Anwarinas untuk merampas jawatan yang disandangnya?





