Tag Archives: azizan razak
Azizan Makin Teruk Diserang PAS Pusat
Dalang sebenar yang melakukan serangan terhadap Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah adalah dari PAS Pusat sendiri yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Rasa-rasanya ramai yang dapat menjangkakan kaitan terus Mat Sabu dengan Zionis di Israel yang perantaranya di Malaysia adalah Anwar Ibrahim.
Selepas cubaan Anwarinas yang menggunakan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal menumbangkan Azizan Abdul Razak, kumpulan Anwarinas menggunakan pula kuasa PAS Pusat dengan kewujudan Jawatankuasa Pemandu yang ingin mengongkong Azizan Abdul Razak, sekaligus mengembalikan semula kita ke zaman penjajah Inggeris di mana Sultan-Sultan perlu menerima nasihat daripada Residen atau Pemandu yang dilantik oleh British.
Azizan Abdul Razak bagaimanapun tidak mudah melatah dengan kewujudan Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh Mustafa Ali, Mahfodz Mohammad, Asmuni Alwi, Kamaruddin Jaafar dan Halim Abdul Rahman, sebaliknya dengan tegas menyatakan Jawatankuasa Pemandu tiada hak dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campurtangan dalam pentadbiran Kedah.



