Tag Archives: bersih 3.0
Polis Tetap Dipersalahkan Biarpun Yang BERSIH 3.0 Adalah Untuk Timbulkan Kekacauan
Kalau sudah berlidah Pakatan Rakyat, apa-apa sahaja yang mereka perbuat akan mereka salahkan kepada pihak lain. Kalau dalam bab kelakuan dan onar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang didedahkan, kesalahan akan segera tudingkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi apabila dalam kes perundangan, mereka akan menyalahkan pihak polis kerana pada pendapat mereka, pihak polislah yang menganjurkan keganasan dan dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang bertindak ganas pula, hanyalah disebabkan pengaruh anggota-anggota polis.
Itulah yang dikatakan oleh Ambiga Sreevanasan, Pengerusi BERSIH 3.0 ketika memberikan keterangan pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas Perhimpunan BERSIH 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini.
Silat Dan Tepisan Anwar Bersama Azmin Ali, Memualkan
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan BERSIH 3.0 yang telah memulakan provokasi dan seterusnya melakukan kekecohan menjelang malam 28 April lalu. Video dan gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memberikan isyarat kepada para perusuh melakukan provokasi dan mencetuskan huru-hara telah disiarkan di kebanyakan blog pro-kerajaan.
Manakala kebanyakan blog utama pro-Pakatan pula tidak berani sama sekali menyiarkan video tersebut walaupun ada beberapa buah blog pro-Pakatan yang sekadar memberikan ulasan dalam bentuk tulisan, bukannya video.
Agak menghairankan memandangkan BERSIH 3.0 menjadi medan kebencian mendalam yang dipaparkan oleh jurublog-jurublog Pakatan Rakyat itu terhadap Azmin Ali dan Anwar Ibrahim terutamanya. Dua buah blog dikesan menyeranah Azmin Ali dan Anwar Ibrahim secara langsung kerana mencemarkan tujuan demonstrasi BERSIH 3.0.
BERSIH 3.0 Semakin Menghuru-harakan!
Dari malam tadi, pelbagai fraksi yang mempunyai kepentingan, menggerakkan ahli-ahli mereka untuk berkumpul di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan jalan-jalan yang menjadi sasaran adalah Jalan Medan Pasar, Jalan Tun HS Lee, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Tengah malam tadi, sekitar 3 ribu orang penunjuk perasaan berkumpul di persimpangan Jalan Tun Perak- Jalan TAR- Jalan Raja Laut apabila hajat mereka untuk melepak di Dataran Merdeka tidak berjaya setelah pihak berkuasa tempatan memagar seluruh jalan masuk ke Dataran Merdeka.
Sehingga jam 2:45 pagi tadi, kumpulan yang berkumpul dan menyesakkan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Raja Laut, tidak sekadar melakukan provokasi terhadap kenderaan-kenderaan yang lalu lalang tetapi pada masa yang sama turut membuatkan jalan-jalan utama itu sesak teruk.
Serangan juga dilakukan ke atas sebuah bas PDRM yang melalui kawasan tersebut. Bagaimanapun, tendangan dan pukulan ke atas badan bas berkenaan hanya melibatkan beberapa orang daripada mereka sahaja. Hujan gerimis menjelang 2:30 pagi menyebabkan masing-masing mula mencari tempat berlindung dan kebanyakan pemerhati yang memenuhkan kawasan tersebut beredar dan pulang.





