Tag Archives: deepak jaikishan
Black Rose, Penafian Deepak Tidak Dipedulikan Media Pakatan Rakyat
Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya media-media yang sangat pro-Pakatan Rakyat, telah menyebarkan cerita kononnya, Deepak Jaikishan, figur yang telah digemparkan oleh Anwar Ibrahim, kononnya akan membuat pendedahan dan mengaitkan Rosmah Mansor dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu, telah menyiapkan sebuah buku setebal 26 halaman yang menceritakan tentang pembunuhan berkenaan.
Dan menariknya, Anwar Ibrahim yang mungkin sudah serik kerana beberapa 'kegemparan' yang diciptanya, akhirnya terbukti memakan diri sepertimana dia cuba membuat fitnah berkenaan kapal selam SCORPENE, bahkan pembunuhan Altantuya Shiiribu sendiri pun, 'melepaskan hak' cerita tersebut kepada Rafizi Ramli yang masih belum serik-serik melakukan fitnah semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan Anwar Ibrahim agar menjadi calon PKR pada PRU13.
Deepak Jaikishan Mengesahkan ‘Di Belakangnya’ Adalah Anwar Ibrahim
Apabila Editor Harakahdaily, Zulkifli Sulong mengatur pertemuan dan wawancara dengan Deepak Jaikishan bagi memanjangkan semula kes pembunuhan Altantuya Shiiribu yang dikaitkan dengan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, ia sebenarnya sudah boleh dijangka. Sebabnya, Pakatan Rakyat sudah kehilangan momentum apabila perbicaraan SCORPENE yang dicanang-canangkan sebelum ini di Perancis, telah terbukti sebagai satu penipuan semata-mata.
Pembunuhan Altantuya Shiiribu telah dikaitkan oleh Anwar Ibrahim dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. 'Bukti' yang direka oleh Tian Chua menggunakan perisian Photoshop, telah dijaja dan kononnya itu adalah bukti tulen. Namun apabila didesak dan ditekan, akhirnya Tian Chua mengaku bahawa gambar-gambar tersebut direkanya sendiri.



